• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Setel kini diintegrasi dalam TNG eWallet, ganjaran RM5 menanti pengguna

  • OLEH Putra Aziz
  • 4:54 pm
  • 23/06/2025
  • Komen
Setel kini diintegrasi dalam TNG eWallet, ganjaran RM5 menanti pengguna
Share on FacebookShare on Twitter

Setel Ventures dan TNG Digital telah mengumumkan kerjasama strategik baharu, membolehkan pengguna membayar minyak di stesen Petronas terus melalui aplikasi TNG eWallet. Ciri ini boleh diakses menerusi program mini ‘PETRONAS via Setel’ yang tersedia dalam aplikasi TNG eWallet.

Dikenali sebagai Setel Mini, ia menawarkan pengalaman isi minyak yang hampir sama seperti aplikasi Setel. Apabila tiba di stesen Petronas, anda hanya perlu pergi ke bahagian mini program “Petronas via Setel” di dalam aplikasi TNG eWallet, kemudian tekan “Purchase Fuel” untuk mulakan pembelian minyak.



Seterusnya, seperti aplikasi Setel, anda akan diminta untuk memasukkan nombor pam, jumlah minyak yang nak diisi sama ada dalam Ringgit atau liter, dan jenis minyak. Tekan “Continue” untuk teruskan pembayaran menggunakan TNG eWallet dan mengisi minyak ke dalam kenderaan.

Bersempena pelancaran ciri ini, pengguna yang membuat transaksi Setel melalui aplikasi TNG eWallet juga akan menerima ganjaran RM5 dalam bentuk mata Ganjaran Mesra, terhad kepada 50,000 transaksi pertama. Promosi ini terbuka kepada pengguna baharu Setel dan Ganjaran Mesra, serta pengguna sedia ada yang menghubungkan ID Mesra mereka ke akaun Setel buat kali pertama.



Lebih menarik, setiap kali anda melakukan transaksi melalui ciri ini, anda akan menerima dua ganjaran serentak, iaitu mata Ganjaran Mesra dan juga GoRewards TNG eWallet.

Beza aplikasi Setel dan Setel Mini dalam TNG eWallet

Kini: CEO TNG Digital Alan Ni, Kanan: CEO Setel Abdullah Ayman Awaluddin

Tentunya, integrasi Setel ke dalam aplikasi TNG eWallet memberikan kemudahan untuk isi minyak tanpa perlu bertukar aplikasi. Tapi, adakah ini bermaksud anda langsung tak perlu lagi guna aplikasi Setel? Berkemungkinan tidak.

Ini kerana, Setel Mini dalam TNG eWallet hanya menawarkan kemdahan untuk mengisi minyak, tiada fungsi untuk pembayaran parkir dan pengecasan EV. Jadi, anda masih perlukan aplikasi Setel untuk mengakses kedua-dua fungsi tersebut.

Selain itu, perlu diingat bahawa ganjaran melalui Setel Mini adalah lebih rendah. Anda hanya akan menerima 1 mata Ganjaran Mesra untuk setiap liter yang dibelanjakan. Sebagai perbandingan, aplikasi Setel menawarkan antara 1.5x hingga 3x bagi setiap liter mata Ganjaran Mesra, bergantung pada peringkat keahlian anda.

Tambahan pula, aplikasi TNG eWallet hanya memaparkan ringkasan transaksi minyak. Untuk melihat butiran lengkap seperti resit dan sejarah pembelian, anda masih perlu merujuk pada aplikasi Setel.

Tags: seteltngTNG Digitaltng ewalletTouch n Go
Putra Aziz

Putra Aziz

POPULAR

Setel kini diintegrasi dalam TNG eWallet, ganjaran RM5 menanti pengguna

Setel kini diintegrasi dalam TNG eWallet, ganjaran RM5 menanti pengguna

23 June 2025
PDRM uji Nissan Kicks e-Power selama 2 bulan untuk operasi barisan hadapan

PDRM uji Nissan Kicks e-Power selama 2 bulan untuk operasi barisan hadapan

7 August 2026
Redmi A7 Malaysia: Telefon bajet bawah RM500 dengan skrin 120Hz & bateri 5,200mAh

Redmi A7 Malaysia: Telefon bajet bawah RM500 dengan skrin 120Hz & bateri 5,200mAh

7 August 2026
Omoda C7 PHEV dibuka untuk tempahan di Malaysia, harga anggaran RM180,000

Omoda C7 PHEV dibuka untuk tempahan di Malaysia, harga anggaran RM180,000

10 August 2026
Redmi 17 4G & 5G kini di Malaysia dengan bateri 7,500mAh, harga dari RM699

Redmi 17 4G & 5G kini di Malaysia dengan bateri 7,500mAh, harga dari RM699

7 August 2026
Siri Honor Pad 20 bakal tiba di Malaysia, ini spesifikasi yang dijangka ditawarkan

Siri Honor Pad 20 bakal tiba di Malaysia, ini spesifikasi yang dijangka ditawarkan

11 August 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN