• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Vivo X200 FE Malaysia: Flagship kompak dengan Dimensity 9300+ & kamera Zeiss 50MP, dari RM2,999

  • OLEH Putra Aziz
  • 4:09 pm
  • 30/06/2025
  • Komen
Vivo X200 FE Malaysia: Flagship kompak dengan Dimensity 9300+ & kamera Zeiss 50MP, dari RM2,999
Share on FacebookShare on Twitter

Vivo Malaysia hari ini telah melancarkan ahli terbaru dalam siri X200, iaitu Vivo X200 FE. Ia menjadi model paling mampu milik dan paling kompak dalam siri ini, tetapi masih membawakan ciri flaghsip seperti cip Dimensity 9300+, skrin LTPO AMOLED 120Hz, kamera 50MP ditala Zeiss, serta bateri besar 6,500mAh.

Harga dan ketersediaan Vivo X200 FE di Malaysia

Vivo X200 FE ditawarkan hanya dalam satu varian pada harga RM3,199 untuk RAM 12GB dan storan 512GB. Tetapi mereka menempah awal dari sekarang hingga 4 Julai 2025 akan menerima rebat RM200, menjadikan Vivo X200 FE didapati pada harga hanya RM2,999.



Selain itu, mereka yang membuat tempahan awal melalui kedai jenama Vivo turut akan menikmati beberapa tawaran menarik, seperti:

  1. Hadiah Percuma (bernilai sehingga RM1,856)
    • Set Paddle Pickleball (bernilai RM259)
    • Fon putik Vivo TWS 3e (bernilai RM199)
    • Lanjutan waranti 1+1 Tahun
    • Jaminan perlindungan skrin retak selama 1 tahun
  2. Pelan Ansuran 0% Faedah tersedia melalui rakan kongsi
    • Nikmati bayaran ansuran sehingga 24 bulan tanpa faedah.
    • Diskaun tambahan 30% melalui promosi PWP (Purchase-With-Purchase) untuk Watch GT dan Watch 3.
  3. Tawaran Eksklusif Bank
    • Public Bank: Rebat Segera RM100
    • Affin Bank: Rebat Segera RM100 + 5x Mata Ganjaran AFFIN
  4. Promosi Beli Sekarang, Bayar Kemudian (BNPL)
    • PayLater by Grab: Diskaun RM60 dengan perbelanjaan minimum RM550, pelan ansuran 0% sehingga 4 bulan (Sah hingga 31 Julai sahaja)

Kepada yang berminat, anda boleh dapatkan Vivo X200 FE melalui stor online Vivo atau gedung rasmi Vivo di Lazada, Shopee dan TikTok Shop.



Spesifikasi Vivo X200 FE

Selain menjadi telefon paling mampu milik dalam barisannya, Vivo X200 FE juga adalah model paling kompak. Di bahagian muka, ia dilengkapi dengan skrin LTPO AMOLED bersaiz 6.31″ yang memiliki resolusi 1216 x 2640, serta menyokong kadar segar semula 120Hz dan kecerahan puncak 5,000 nits.

Dari segi dimensi, ia memiliki ketebalan hanya 7.9mm dan berat 186g, serta menggunakan bingkai diperbuat dairpada aluminium. Untuk perlindungan, Vivo X200 FE menerima pengiktirafan kalis air dan debu IP69.

Atas papan utama, cip MediaTek Dimensity 9300+ menjadi tunjang utama Vivo X200 FE, iaitu cip flagship yang sedikit lama berbanding Dimensity 9400 yang digunakan di telefon siri Vivo X200 yang lain. Cip itu dipadankan dengan RAM 12GB dan storan sehingga 512GB.

Seperti siri Vivo X200 FE, bahagian pengimejan model FE ini juga masih menerima penalaan pakar kamera ZEISS. Kelengkapan kameranya terdiri daripada kamera tiga kamera belakang. Ia adalah kamera utama 50MP f/1.88 menggunakan sensor Sony IMX921 dengan OIS, kamera telefoto 50MP f/2.65 menggunakan Sony IMX882 dan kamera kamera ultralebar 8MP f/2.2.

Kamera telefotonya berupaya untuk zum optikal 3x dan zum digital sehingga 100x. Untuk selfie, terdapat kamera depan 50MP f.20 yang ditempatkan di dalam lubang dahi skrin.

Walaupun Vivo X200 FE merupakan model paling kompak dalam siri ini, ia tampil dengan bateri terbesar, berkapasiti 6,500mAh menggunakan teknologi BlueVolt. Sekiranya perlu dicas, telefon menyokong pengecasan FlashCharge 90W melalui USB-C, tetapi tiada pengecasan wayarles seperti model lain dalam sirinya.

Ciri ketersambungan yang disokong Vivo X20 termasuk WiFi 7, Bluetooth 5.4, NFC dan juga 5G. Sejurus keluar kotak, ia akan menjalankan sistem operasi Funtouch OS 15 berasaskan Android 15. Vivo X200 FE tersedia dalam empat pilihan warna iaitu biru, hitam, kuning dan merah jambu.

Untuk maklumat lanjut, anda boleh layari laman produk Vivo X200 FE.

Tags: vivovivo MalaysiaVivo X200 FE
Putra Aziz

Putra Aziz

POPULAR

Tarif TNB Baharu Julai 2025: Apa Kesan Pada Bil Elektrik Anda?

Tarif TNB Baharu Julai 2025: Apa Kesan Pada Bil Elektrik Anda?

21 June 2025
Vivo X200 FE Malaysia: Flagship kompak dengan Dimensity 9300+ & kamera Zeiss 50MP, dari RM2,999

Vivo X200 FE Malaysia: Flagship kompak dengan Dimensity 9300+ & kamera Zeiss 50MP, dari RM2,999

30 June 2025
Menyambut era tanpa tunai, kemudahan yang bermanfaat buat semua

Menyambut era tanpa tunai, kemudahan yang bermanfaat buat semua

25 March 2025
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024
Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

19 February 2025
Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

25 February 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER