• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Siri Huawei Pura 80 tiba di Malaysia 24 Julai ini, hadiah sehingga RM1,428 menanti anda

  • OLEH Putra Aziz
  • 3:14 pm
  • 14/07/2025
  • Komen
Siri Huawei Pura 80 tiba di Malaysia 24 Julai ini, hadiah sehingga RM1,428 menanti anda
Share on FacebookShare on Twitter

Siri Huawei Pura 80 bakal dilancarkan di Malaysia tidak lama lagi, kira-kira sebulan selepas debut rasminya di China. Barisan telefon pintar flagship terbaharu Huawei ini akan dilancarkan secara rasmi di Malaysia pada 24 Julai 2025.

Di pasaran China, siri Pura 80 didatangkan dalam empat model iaitu Pura 80, Pura 80 Pro, Pura 80 Pro+ dan Pura 80 Ultra. Tetapi untuk pasaran Malaysia, Huawei hanya akan membawa masuk dua model, iaitu Pura 80 dan Pura 80 Ultra.



Tawaran Huawei Pura 80 dan Ultra dengan hadiah sehingga RM1,428

Lebih menarik, pengguna tempatan boleh menikmati pelbagai hadiah dan manfaat tambahan bernilai sehingga RM1,428 dengan membuat deposit awal.

Untuk Pura 80 Pro, Huawei Malaysia menawarkan hadiah percuma termasuk Huawei Care+ 1 tahun bernilai RM479 dan fon putik Huawei FreeBuds Pro 4. Huawei Pura 80 Pro didatangkan dengan RAM 12GB dan storan 512GB, serta tersedia dalam pilihan warna merah, hitam dan putih.



Manakala, model Huawei Pura 80 Ultra pula ditawarkan dengan hadiah seperti Huawei Care+ 1 tahun bernilai RM529 dan fon putik Huawei FreeBuds Pro 4 berwarna hitam. Pura 80 Ultra hadir dengan RAM 16GB dan storan 512GB, dalam pilihan warna emas dan hitam.

Bukan itu sahaja, mereka yang meletakkan deposit awal turut boleh menerima rebat RM500 ke atas harga telefon. Untuk menikmati tawaran ini, anda boleh meletakkan deposit RM80 melalui stor dalam talian Huawei seperti di bawah:

Huawei Pura 80 Pro

  • Huawei Online Store
  • Shopee
  • Lazada

Huawei Pura 80 Ultra

  • Huawei Online Store
  • Shopee
  • Lazada

Huawei Pura 80 Pro dan Pura 80 Ultra akan dijual secara rasmi di Malaysia pada pada jam 8pm, hari Khamis 24 Julai 2025.

Spesifikasi Huawei Pura 80 Pro dan Pura 80 Ultra

Huawei Pura 80 Pro dan Pura 80 Ultra hadir dengan spesifikasi yang hampir serupa. Kedua-duanya menampilkan skrin LTPO OLED bersaiz 6.8 inci dengan resolusi 2848×1276 dan kadar segar semula 120Hz. Kuasa penggerak utama kedua-dua model juga adalah cip yang sama, iaitu Kirin 9020

Tiada perbezaan pada bahagian bateri juga, di mana Pura 80 Pro dan Pura 80 Ulta dilengkapi bateri 5,170mAh yang sokong pengecasan 100W USB-C dan wayarles 80W.

Jika ada yang berbeza, ia adalah pada bahagian kamera. Pura 80 Pro menggunakan kamera telefoto 48MP f/2.1, manakala 80 Ultra pula menggunakan sensor 50MP yang boleh berubah antara dua lensa Satu lensa ada apertur f/2.4 dengan zum optikal 3.7x, manakala satu lagi ada apertur f/3.6 dengan zum optikal 9.4x.

Selain daripada itu, kedua-dua berkongsi perkakasan kamera sama, iaitu kamera utama 50MP dengan sensor 1″ dan apertur yang boleh berubah di antara  f/1.6-f/4.0, serta kamera ultralebar 40MP f/2.2. Untuk selfie, terdapat kamera 13MP yang boleh anda gunakan.

Berdasarkan laman spesifikasi Pura 80 Pro dan Pura 80 Ultra, tiada kenyataan yang menyatakan sokongan 5G, tetapi ia akan menyokong WiFi 7 dan Bluetooth 5.2. Seperti biasa untuk telefon Huawei, kedua-duanya turut akan menjalankan  EMUI15.0 berasaskan HarmonyOS.

Tags: HuaweiHuawei Pura 80Huawei Pura 80 ProHuawei Pura 80 Ultra
Putra Aziz

Putra Aziz

POPULAR

Siri Huawei Pura 80 tiba di Malaysia 24 Julai ini, hadiah sehingga RM1,428 menanti anda

Siri Huawei Pura 80 tiba di Malaysia 24 Julai ini, hadiah sehingga RM1,428 menanti anda

14 July 2025
Siri Redmi Note 17 kini boleh ditempah di Malaysia: Ini spesifikasi penuhnya

Siri Redmi Note 17 kini boleh ditempah di Malaysia: Ini spesifikasi penuhnya

28 August 2026
Realme C100x rasmi di Malaysia, tawar bateri 8,000mAh dan skrin 120Hz bawah RM1,000

Realme C100x rasmi di Malaysia, tawar bateri 8,000mAh dan skrin 120Hz bawah RM1,000

1 September 2026
Vivo V80 Lite 5G dengan bateri 10,000mAh rasmi di Malaysia, harga dari RM1,399

Vivo V80 Lite 5G dengan bateri 10,000mAh rasmi di Malaysia, harga dari RM1,399

4 September 2026
Siri Poco F9 tiba di Malaysia: Skrin 185Hz, kamera 200MP, promo dari RM2,799

Siri Poco F9 tiba di Malaysia: Skrin 185Hz, kamera 200MP, promo dari RM2,799

1 September 2026
Redmi Note 17 5G & 4G Malaysia: Skrin besar 6.99″, bateri 7,700mAh, dari RM749

Redmi Note 17 5G & 4G Malaysia: Skrin besar 6.99″, bateri 7,700mAh, dari RM749

2 September 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN