• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

CMF Watch 3 Pro: Skrin lebih besar, hayat bateri lebih lama, harga pun meningkat

  • OLEH Putra Aziz
  • 8:22 pm
  • 22/07/2025
  • Komen
CMF Watch 3 Pro: Skrin lebih besar, hayat bateri lebih lama, harga pun meningkat
Share on FacebookShare on Twitter

CMF, sub jenama Nothing hari ini secara tiba-tiba mengumumkan ketibaan jam pintar generasi ketiga mereka iaitu CMF Watch 3 Pro, setahun selepas Watch Pro 2 diperkenalkan. Ya, jam pintar ini bernama Watch 3 Pro, dan bukannya Watch Pro 3 mengikut skema nama generasi sebelumnya.

Selain daripada perubahan nama, Watch 3 Pro turut diberikan beberapa pembaharuan termasuk skrin lebih besar, hayat bateri lebih panjang, dan ciri kecergasan yang lebih pelbagai, sambil mengekalkan reka bentuk bulat dengan butang boleh putar di sisi.



Spesifikasi CMF Watch 3 Pro

Skrin bulat pada CMF Watch 3 Pro adalah jenis AMOLED bersaiz 1.43″ beresolusi 466 x 466 dengan kepadatan piksel 326 ppi. Ia adalah 0.11″ lebih besar dari generasi sebelumnya, dan skrinnya juga lebih cerah sehingga 670 nits. Kadar segar semulanya kekal pada 60fps.

CMF juga menyediakan lebih 120 muka jam yang boleh dipilih pengguna, termasuk jenis dinamik dan statik. Bingkai jam diperbuat dari logam, dan terdapat tiga warna tersedia iaitu oren, kelabu terang dan kelabu gelap, dengan kemasan tali jam yang berbeza. Jam ini juga masih diiktiraf kalis air dan debu IP68.



Untuk keperluan bersukan, jam ini dilengkapi dengan 131 mod sukan, dan mampu menawarkan metrik terperinci seperti kalori terbakar, pace larian, masa pemulihan dan zon kadar degupan jantung ketika bersenam. Ia juga berupaya untuk mengesan aktiviti seperti berjalan, berlari, berbasikal, mendayung secara automatik menggunakan GPS dwijalur (dual-band) terbina.

Terdapat juga fungsi Custom running coach yang menyediakan jadual latihan untuk anda capai, serta ringkasan diperibadikan selepas setiap senaman yang dilakukan, di mana data yang dikumpul akan ditukar kepada cadangan latihan seterusnya. Lebih menarik, antaramuka senaman pada jam kini turut dilengkapi kawalan muzik terbina, membolehkan anda tukar lagu dengan hanya menyapu ke skrin seterusnya.

Dari segi fungsi kesihatan, Watch 3 Pro dilengkapi sensor optikal baharu lebih canggih bagi penjejakan yang kesihatan lebih tepat. Ia boleh memantau degupan jantung, tahap oksigen dalam darah, penjejakan kualiti tidur yang lebih terperinci, tahap tekanan, serta kitaran haid wanita. Turut disertakan ialah latihan pernafasan, dan ciri baharu ‘Active Score’ yang memberikan satu skor ringkas berdasarkan intensiti aktiviti fizikal anda sepanjang minggu.

Hayat bateri yang diiklankan untuk Watch 3 Pro kini lebih panjang, sehingga 13 hari untuk penggunaan biasa, 10 hari untuk penggunaan berat, atau 4.5 hari dengan fungsi Always-on-display (AOD) dihidupkan. Dalam mod jimat tenaga, ia boleh bertahan lebih lama sampai 60 hari, manakala penggunaan dengan GPS berterusan adalah 17.2 jam. Dilengkapi bateri 350mAh, ia boleh dicas penuh dalam masa 99 minit.

Watch 3 Pro turut dilengkapi dengan pembantu maya ChatGPT, fungsi transkripsi suara ke teks apabila disambungkan kepada aplikasi Nothing (dengan rakaman sehingga 30 minit), serta ciri Essential News yang membolehkan anda menerima berita terkini terus dari jam. Dengan fungsi ‘Quick replies’, anda juga kini boleh balas mesej ringkas terus dari jam melalui beberapa preset yang tersedia.

Dalam masa yang sama, jam ini menyokong panggilan, cari telefon, kawalan jauh kamera dan macam-macam lagi. Ia disambungkan melalui Bluetooth 5.3, dan boleh digunakan dengan telefon Android 6 ke atas atau iOS 13 ke atas melalui aplikasi Nothing X, bukannya aplikasi CMF Watch lagi.

Harga CMF Watch 3 Pro

Buat masa ini, CMF Watch 3 Pro hanya dilancarkan di pasaran global. Harga jualannya di Eropah adalah EUR99 (~RM488). Maklumat ketersediaannya di pasaran Malaysia masih belum diumumkan setakat ini, tetapi berdasarkan pelancaran sebelum ini, ia dijangka tiba untuk pasaran tempatan tidak lama lagi.

Sebagai perbandingan, CMF Watch Pro 2 dilancarkan di sini pada harga RM339. Anda juga boleh jangkakan bahawa harga Watch 3 Pro akan meningkat sedikit di Malaysia, memandangkan harga di pasaran globalnya turut meningkat dari EUR 69 ke EUR 99.

Untuk maklumat lanjut tentang spesifikasi, anda boleh layari laman produk CMF Watch 3 Pro.

Tags: CMFCMF Watch 3 ProNothingWatch 3 Pro
Putra Aziz

Putra Aziz

POPULAR

CMF Watch 3 Pro: Skrin lebih besar, hayat bateri lebih lama, harga pun meningkat

CMF Watch 3 Pro: Skrin lebih besar, hayat bateri lebih lama, harga pun meningkat

22 July 2025
AEON Bank sambut ulang tahun pertama dengan 8x ganjaran tunai, Kad Debit-i edisi khas, hadiah menarik & Neko Missions

AEON Bank sambut ulang tahun pertama dengan 8x ganjaran tunai, Kad Debit-i edisi khas, hadiah menarik & Neko Missions

28 May 2025
Tune Talk Kini Lebih Dari Telco: Data, Drama & Game Semua Dalam Satu App

Tune Talk Kini Lebih Dari Telco: Data, Drama & Game Semua Dalam Satu App

5 July 2025
Infinix Hot 60 5G dan Hot 60i dilancar, skrin 120Hz dengan Dimensity 7060, dari RM499

Infinix Hot 60 5G dan Hot 60i dilancar, skrin 120Hz dengan Dimensity 7060, dari RM499

10 July 2025
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER