• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Jenama Apple

Apple kembali dengan promosi Back to School, tawar diskaun untuk MacBook, iPad & aplikasi

  • OLEH Putra Aziz
  • 3:36 pm
  • 05/08/2025
  • Komen
Apple kembali dengan promosi Back to School, tawar diskaun untuk MacBook, iPad & aplikasi
Share on FacebookShare on Twitter

Musim kembali ke sekolah kembali lagi di Amerika Syarikat, dan Apple tidak ketinggalan untuk meraikannya. Macam tahun-tahun sebelum ini, Apple sekali lagi menawarkan diskaun khas kepada pelajar, ibu bapa, dan juga pengajar melalui promosi Back to School 2025.

Bukan setakat menawarkan potongan harga untuk peranti seperti MacBook dan iPad, tetapi Apple juga menyediakan diskaun bagi senarai aplikasi di App Store yang direka untuk bantu pelajar kekal produktif dan menguruskan pembelajaran dengan lebih efektif. Berikut adalah senarai aplikasi yang ditawarkan dengan promosi khas:



CamScanner

Diskaun 50% untuk langganan tahunan baharu, termasuk akses kepada fungsi premium seperti penyingkiran watermark dan tandatangan digital.

EF Hello

Diskaun sehingga 60% untuk langganan tahunan antara 10 Ogos – 10 September.



Notability

Diskaun 50% untuk langganan Notability Plus dari 1–15 Ogos.

Selain itu, Apple turut memaklumkan bahawa aplikasi Canva kini hadir dengan ciri AI berkuasa termasuk Magic Charts yang menukar data nombor kepada graf atau carta mudah difahami, Magic Write yang membantu menjana idea dengan pantas, serta Text to Image yang membolehkan pengguna menukar deskripsi teks kepada imej.

Anda juga boleh meneroka senarai aplikasi pembelajaran yang disusun khas untuk pelajar dalam bidang STEM, seni serta pelbagai aplikasi latihan Bahasa Inggeris.

Beli Mac atau iPad, dapat AirPods atau Apple Pencil Pro percuma

Sebagai sebahagian daripada promosi ini, Apple turut menawarkan setiap pembelian MacBook Air, MacBook Pro atau iMac melalui Apple Education Store dengan AirPods percuma, manakala pembelian iPad Air atau iPad Pro pula datang bersama Apple Pencil Pro secara percuma.

Antara yang diketengahkan adalah MacBook Air M4, yang tersedia dalam dua saiz 13″ dan 15″. Laptop ini diperkasa cip M4 dengan hayat bateri sehingga 18 dalam satu isian penuh. Ia juga dilengkapi kamera 12MP dengan fungsi Centre Stage dan Desk View, sokong output sehigga dua paparan 6K dan iPhone Mirroring. MacBook Air M4 ditawarkan pada harga pendidikan bermula RM4,069.

Jika anda mahukan iPad, iPad Air M3 boleh didapatkan dengan harga bermula RM2,569 dengan Apple Education. Ia turut hadir dalam dua saiz 11″ dan 13″, dikuasakan cip M3, Magic Keyboard baharu, sambungan 5G dan hayat bateri sehingga 10 jam.

Kalau berminat dengan tawaran ini, anda boleh singgah ke stor Apple Education melalui pautan ini.

Tags: appleApple App StoreApple AppstorecamscannerCanvaEF HelloipadiPad Air M3MacBookMacBook Air M4Notability
Putra Aziz

Putra Aziz

POPULAR

Apple kembali dengan promosi Back to School, tawar diskaun untuk MacBook, iPad & aplikasi

Apple kembali dengan promosi Back to School, tawar diskaun untuk MacBook, iPad & aplikasi

5 August 2025
Nak Jimat Lebih Masa Raya? PayLater by Grab Tawar Diskaun Sehingga RM35

Nak Jimat Lebih Masa Raya? PayLater by Grab Tawar Diskaun Sehingga RM35

15 March 2026
iPhone bakal terima sokongan 5G SA menerusi kemas kini iOS 26.4

iPhone bakal terima sokongan 5G SA menerusi kemas kini iOS 26.4

16 March 2026
Infinix Note 60 Ultra kini rasmi: Reka bentuk Pininfarina, bateri 7000mAh, harga RM2,999

Infinix Note 60 Ultra kini rasmi: Reka bentuk Pininfarina, bateri 7000mAh, harga RM2,999

13 March 2026
Huawei Mate 80 Pro Malaysia: Kirin 9030 Pro, pengecasan 100W, harga RM3,999

Huawei Mate 80 Pro Malaysia: Kirin 9030 Pro, pengecasan 100W, harga RM3,999

12 March 2026
Apakah warna baju melayu Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja semasa umum Hari Raya kali ini?

Apakah warna baju melayu Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja semasa umum Hari Raya kali ini?

22 May 2020

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN