• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Terowong SMART tawar pas perjalanan tanpa had pada harga RM68

  • OLEH Putra Aziz
  • 12:17 pm
  • 12/08/2025
  • Komen
Terowong SMART tawar pas perjalanan tanpa had pada harga RM68
Share on FacebookShare on Twitter

Sempena sambutan Hari Kebangsaan ke-68, terowong SMART kini menawarkan Merdeka Unlimited Travel Pass (MUTP), iaitu pas perjalanan tanpa had untuk sebulan dengan harga cuma RM68. Kalau anda memang guna terowong ini setiap hari untuk ke tempat kerja, mungkin boleh pertimbang untuk dapatkannya.

Pas MUTP ini sah digunakan selama sebulan, hanya dari 16 Ogos hingga 16 September 2025, tak kira bila anda membelinya. Untuk menggunakannya, pas ini hadir dalam bentuk kad Touch ‘n Go NFC Enhanced, dan harga RM68 tersebut sudah pun termasuk harga kad, tetapi kad tidak mempunyai nilai baki.



Di luar daripada terowong SMART, kad ini masih boleh digunakan seperti kad TNG NFC biasa di mana-mana lokasi yang menerimanya.

Untuk tahu sama ada MUTP ini berbaloi atau tidak, tol Terowong Smart sekarang ialah RM3 sekali masuk. Ini bermakna anda perlu lalu terowong sekurang-kurangnya 23 kali untuk menjadikan pas ini berbaloi.



Di mana boleh beli Merdeka Unlimited Travel Pass terowong SMART ini?

Menurut laman web rasmi terowong SMART, MUTP boleh didapati di lokasi berikut:

  • Lorong tol Smart Highway (12 lorong) dari KL (hala utara) dan dari Sg. Besi (hala selatan)
  • Kaunter jualan di Plaza Tol Smart
  • Kawasan Rehat & Servis (RSA) Kinrara dan Awan Besar di Lebuhraya KESAS
  • Kaunter jualan di Plaza Tol KESAS (Kemuning, Sunway, Awan Besar Barat dan Awan Besar Timur)
  • Kaunter jualan di Plaza Tol Bukit Kiara, Lebuhraya SPRINT
  • Kaunter jualan di hentian Petaling Jaya Utara, Lebuhraya LDP
  • Gerai di Dataran Singgah Sana, Tun Razak Exchange, Kuala Lumpur
  • Perlu diingat, pembelian pas hanya boleh dibuat di lokasi ini menggunakan DuitNow QR.
Tags: kad tngTerowong SMARTtngtng nfcTouch n Go
Putra Aziz

Putra Aziz

POPULAR

5 Terbaik: Jam pintar bawah RM1,000 dengan GPS, bateri tahan & ciri kesihatan lengkap

5 Terbaik: Jam pintar bawah RM1,000 dengan GPS, bateri tahan & ciri kesihatan lengkap

18 November 2025
Proton Saga MC3 2026 bakal dilancar pada 27 November

Proton Saga MC3 2026 bakal dilancar pada 27 November

20 November 2025
Terowong SMART tawar pas perjalanan tanpa had pada harga RM68

Terowong SMART tawar pas perjalanan tanpa had pada harga RM68

12 August 2025
Xiaomi akan lancar siri flagship Poco F8 pada 26 November ini

Xiaomi akan lancar siri flagship Poco F8 pada 26 November ini

17 November 2025
SaveME 999: Aplikasi kecemasan baharu kerajaan, tapi sepatutnya lebih mudah digunakan

SaveME 999: Aplikasi kecemasan baharu kerajaan, tapi sepatutnya lebih mudah digunakan

16 November 2025
KKM dilapor u-turn ke sistem MERS 999 lama susulan kegagalan NG MERS 999

KKM dilapor u-turn ke sistem MERS 999 lama susulan kegagalan NG MERS 999

21 November 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER