• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Maxis beri akses percuma Sooka Premium kepada pelanggan Postpaid 139, 169 dan 199

  • OLEH Putra Aziz
  • 4:03 pm
  • 13/08/2025
  • Komen
Maxis beri akses percuma Sooka Premium kepada pelanggan Postpaid 139, 169 dan 199
Share on FacebookShare on Twitter

Maxis kini mengumumkan satu tawaran menarik kepada pelanggan pelan pascabayar mereka. Bermula hari ini, pelanggan baru dan sedia ada Maxis Postpaid 139, 169 dan 199 boleh menikmati langganan percuma Sooka Premium selama enam bulan, dan tawaran ini boleh ditebus bermula sekarang sehingga 31 Oktober 2025.

Sooka Premium menyediakan akses kepada pelbagai siaran langsung sukan popular termasuk Malaysian Football League (MFL), Premier League, UEFA Champions League, Formula 1, MotoGP, La Liga, Bundesliga, BWF Badminton, UFC, Sepak Takraw League (STL), Tennis Grand Slams, bola keranjang dan banyak lagi.



Dengan langganan ini, pengguna boleh menonton dalam resolusi 1080p Full HD pada sehingga tiga peranti serentak, termasuk satu TV.

Cara tebus Sooka Premium di aplikasi Maxis

Untuk menebus tawaran ini, anda hanya perlu membuka Maxis App, tekan ikon Live Sports, tekan “Sooka Premium RM0/30 days”, tekan “Complete Order, kemudian ikut sahaja arahan seterusnya untuk mengaktifkan akaun Sooka. Sesudah itu, anda boleh mula menonton Sooka sama ada melalui laman web atau peranti.



Jika anda merupakan pelanggan Sooka Maxis Lifestyle sedia ada dan berada dalam pelan pascabayar yang layak, akses percuma akan diberikan bermula pada kitaran bil seterusnya. Bagi pelanggan Maxis Postpaid lain, terdapat diskaun 50% untuk Sooka Premium, iaitu RM25 sebulan berbanding harga asal RM49.90 sebulan.

Pelan Maxis Postpaid 139, 169 dan 199

Semua pelan Maxis Postpaid 139, 169 dan 199 hadir dengan data 5G dan 4G tanpa had, panggilan dan SMS tanpa had ke semua rangkaian, serta kemudahan menambah Share Line dengan 50GB data, panggilan dan SMS tanpa had pada harga RM48 sebulan setiap satu.

Perbezaan antara pelan terletak pada jumlah maksimum Share Line yang dibenarkan, iaitu dua untuk Postpaid 139, tiga untuk Postpaid 169 dan empat untuk Postpaid 199. Setiap Share Line berharga RM48/bulan dan datang dengan data 4G/5G 50GB, panggilan tanpa had dan SMS.

Tags: maxisMaxis PostpaidMaxis Postpaid 139Maxis Postpaid 169Maxis Postpaid 199pascabayarpascabayar MaxissookaSooka Premium
Putra Aziz

Putra Aziz

POPULAR

Maxis beri akses percuma Sooka Premium kepada pelanggan Postpaid 139, 169 dan 199

Maxis beri akses percuma Sooka Premium kepada pelanggan Postpaid 139, 169 dan 199

13 August 2025
KLIMS 2026 bakal kembali Jun ini, lebih daripada sekadar pameran kereta

KLIMS 2026 bakal kembali Jun ini, lebih daripada sekadar pameran kereta

10 June 2026
Vivo Y31s 5G Malaysia: Bateri BlueVolt 6,500mAh & kalis air IP69+ pada harga RM1,199

Vivo Y31s 5G Malaysia: Bateri BlueVolt 6,500mAh & kalis air IP69+ pada harga RM1,199

11 June 2026
ASUS ExpertBook Ultra dilancar di Malaysia, laptop ringan 0.99kg, skrin Tandem OLED 3K & Intel Core Ultra X7

ASUS ExpertBook Ultra dilancar di Malaysia, laptop ringan 0.99kg, skrin Tandem OLED 3K & Intel Core Ultra X7

12 June 2026
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024
Oppo Find X9 Ultra rasmi di Malaysia, guna telefoto 50MP 10x Hasselblad pertama industri

Meneroka Keunikan Warisan Kelantan Bersama Flagship Fotografi Muktamad, OPPO Find X9 Ultra!

16 June 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN