• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Samsung Galaxy Buds 3 FE: Prestasi audio dan ANC dipertingkat, tiba di Malaysia September ini

  • OLEH Putra Aziz
  • 1:00 pm
  • 19/08/2025
  • Komen
Samsung Galaxy Buds 3 FE: Prestasi audio dan ANC dipertingkat, tiba di Malaysia September ini
Share on FacebookShare on Twitter

Samsung kini telah melancarkan Galaxy Buds FE 3, tambahan fon putik terbaharu dalam barisan Galaxy Buds dan menggantikan tempat Galaxy Buds FE sebelum ini. Fon putik baharu ini didatangkan dengan rekaan “Blade Design” dengan tangkai menyerupai Galaxy Buds 3 yang lain, serta dilengkapi fungsi penyaring hingar aktif (ANC), prestasi audio dan keupayaan AI yang dipertingkatkan berbanding model sebelumnya.

Harga Samsung Galaxy Buds 3 FE

Samsung Malaysia menyatakan bahawa fon putik ini akan tersedia di Malaysia secara berperingkat mulai 19 September 2025. Maklumat harga Galaxy Buds 3 FE di Malaysia masih belum diumumkan buat masa ini, tetapi di pasaran Amerika Syarikat, ia dijual pada harga USD 149.99 (~RM634).



Sebagai perbandingan, Galaxy Buds FE yang diumumkan dua tahun lepas berharga RM399, manakala Galaxy Buds 3 dan Buds 3 Pro pula masing-masing berharga RM599 dan RM999.

Galaxy Buds 3 FE ditawarkan dalam dua warna, iaitu hitam dan putih.



Spesifikasi Galaxy Buds 3 FE

Macam yang dinyatakan pada awal artikel, Galaxy Buds 3 FE kini hadir dengan rekaan “Blade Design” bertangkai seperti model Buds 3 lain. Namun, ia tidak dilengkapi dengan lampu LED pada tangkai, tetapi masih menyokong kawalan sentuhan—sapuan untuk melaras kelantangan dan picitan untuk kawal main atau henti lagu.

Badan fon putik juga kini dinaik taraf dengan kalis percikan air dan debu IP64 berbanding hanya IPX2 pada model FE sebelumnya.

Walaupun tiada maklumat rasmi mengenai jenis pemandu yang digunakan, Galaxy Buds 3 FE menampilkan speaker satu hala yang lebih besar, dijanjikan memberikan bunyi lebih kaya dengan bass lebih dalam. Ia turut menyokong audio 360 darjah untuk pengalaman lebih imersif, serta hadir dengan penyaring hingar aktif (ANC) dipertingkat dan teknologi Crystal Clear Call yang membantu menjadikan suara lebih jelas ketika berbual di persekitaran bising.

Untuk kawalan audio, anda boleh melaras EQ, bunyi dan tetapan preset terus melalui panel Quick Settings. Galaxy Buds 3 FE juga diperkasa dengan Galaxy AI, membolehkan anda mengakses Gemini secara hands-free hanya dengan memanggil “Hey Google”. Ciri Gemini ini disokong pada peranti dengan One UI 8.0 atau lebih baharu.

Apabila dipadankan dengan telefon pintar Galaxy, Buds 3 FE turut menyokong terjemahan secara langsung melalui Galaxy AI Interpreter. Terdapat dua mod disediakan, satu mod “Listening”, di mana anda hanya perlu picit lama fon putik untuk mendengar perbualan seseorang dan terjemahannya dipaparkan di skrin.

Manakala satu lagi mod iaitu “Conversation”, membolehkan anda dengar terjemahan masa nyata dengan menghalakan mikrofon telefon ke arah orang sambil memicit fon putik dengan perlahan.

Galaxy Buds 3 FE juga menawarkan sambungan pantas dengan peranti Galaxy, dan anda boleh beralih dengan lancar antara Galaxy Tab, Galaxy Book atau peranti lain bergantung pada sumber audio yang dimainkan.

Daripada segi bateri, Buds 3 FE mampu menawarkan masa pengunaan sehingga 6 jam dengan ANC aktif atau 8.5 jam tanpa ANC. Dengan bekas pengecas, masa penggunaan lebih panjang sehingga 30 jam boleh anda jangkakan.

Tags: Galaxy BudsGalaxy Buds 3 FEsamsungSamsung Galaxy Buds
Putra Aziz

Putra Aziz

POPULAR

Kini ada lagi banyak cara kumpul GrabRewards, ini tip untuk maksimumkan ganjaran anda!

Kini ada lagi banyak cara kumpul GrabRewards, ini tip untuk maksimumkan ganjaran anda!

31 July 2025
Samsung Galaxy Buds 3 FE: Prestasi audio dan ANC dipertingkat, tiba di Malaysia September ini

Samsung Galaxy Buds 3 FE: Prestasi audio dan ANC dipertingkat, tiba di Malaysia September ini

19 August 2025
Menyambut era tanpa tunai, kemudahan yang bermanfaat buat semua

Menyambut era tanpa tunai, kemudahan yang bermanfaat buat semua

25 March 2025
AEON Bank sambut ulang tahun pertama dengan 8x ganjaran tunai, Kad Debit-i edisi khas, hadiah menarik & Neko Missions

AEON Bank sambut ulang tahun pertama dengan 8x ganjaran tunai, Kad Debit-i edisi khas, hadiah menarik & Neko Missions

28 May 2025
Kenapa FlexWindow Galaxy Z Flip7 buat telefon lipat jadi lebih praktikal dari sebelum ini

Kenapa FlexWindow Galaxy Z Flip7 buat telefon lipat jadi lebih praktikal dari sebelum ini

14 August 2025
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER