• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Google Pixel 10 Pro & Pro XL Malaysia: Skrin lebih cerah, telefoto zum lebih jauh 100x

  • OLEH Putra Aziz
  • 6:12 am
  • 21/08/2025
  • Komen
Google Pixel 10 Pro & Pro XL Malaysia: Skrin lebih cerah, telefoto zum lebih jauh 100x
Share on FacebookShare on Twitter

Acara Made By Google hari ini yang baru sahaja berlangsung sebentar tadi menyaksikan pengenalan empat model baharu dalam siri Pixel 10. Macam tahun lalu, model Pro hadir dalam dua varian, iaitu Pixel 10 Pro dan Pixel 10 Pro XL, serta diberikan beberapa peningkatan, sambil mengekalkan reka bentuk yang sama.

Cip Tensor G5, storan lebih besar

Salah satu naik taraf utama pada Pixel 10 Pro dan Pro XL tentunya cip pemproses baharu Google Tensor G5 3nm, yang turut digunakan pada Pixel 10 dan Pixel 10 Pro Fold. Selain 34% lebih pantas berbanding generasi sebelumnya, Google mendakwa Tensor G5 ialah cip pertama yang boleh menjalankan Gemini Nano untuk pelbagai ciri AI generatif diproses terus pada peranti Pixel.



Untuk model 10 Pro XL, storannya kini dinaik taraf bermula 256GB, manakala 10 Pro masih ditawar bermula dengan 128GB.

Skrin lebih cerah

Seperti biasa, perbezaan utama kedua-dua Pro dan Pro XL terletak pada bahagiah skrin. Pixel 10 Pro mengekalkan skrin 6.3″, manakala Pixel 10 Pro XL menawarkan skrin yang lebih besar iaitu 6.8″.



Selain daripada perbezaan saiz, paparan Super Actua Display pada kedua-dua model Pixel 10 Pro ini sebenarnya hampir sama dengan model tahun lepas. Ia masih menggunakan panel LTPO OLED dengan kadar segar semula adaptif 1-120Hz, dengan resolusi 1280 x 2856 untuk model Pro dan 1344 x 2992 untuk Pro XL. Kaca Corning Gorilla Glass Victus 2 melapisi kedua-dua skrin telefon.

Namun, ada satu peningkatan ketara tahun ini. Skrin kedua-dua model kini lebih cerah dengan kecerahan puncak 3300 nits, berbanding 3000 nits pada Pixel 9 Pro dan Pro XL sebelum ini.

Sistem kamera dipertingkat

Berbeza dengan model Pixel 10 yang dapat kamera telefoto baharu, perubahan pada sistem kamera dua model Pixel 10 Pro mungkin lebih sederhana. Antara peningkatan termasuk keupayaan Super Res Zoom lebih jauh sehingga 100x menggunakan kamera telefoto 48MP-nya, dengan zum optikal masih 5x. Kamera telefoto ini guna sensor bersaiz 1/2.55″ dengan apertur f/2.8, serta ada OIS dan EIS.

Sementara itu, kamera lain pada kedua-dua model masih sama, iaitu kamera utama 50MP f/1.68 okta PD dengan sensor bersaiz 1/1.3″, dan kamera ultralebar 48MP f/1.7 kuad PD menggunakan sensor 1/2.55″. Kamera swafoto pula 42MP dengan autofokus yang terletak di bahagian atas skrin.

Bateri, pengecasan pantas

Model Pro XL dilengkapi dengan bateri lebih besar 5,200mAh, manakala model Pro menggunakan bateri 4,870mAh. Kedua-duanya merupakan naik taraf kecil berbanding generasi sebelumnya. Sama seperti Pixel 10, Google menyatakan hayat bateri Pro dan Pro XL boleh mencapai lebih daripada 24 jam, dan sehingga 100 jam dengan mod jimat tenaga diaktifkan.

Kedua-dua Pro dan Pro XL juga boleh dicas pantas, tetapi dengan kelajuan berbeza. Menurut Google, model Pro boleh dicas ke 55% dalam masa 30 minit menggunakan kepala pengecas 30W, sementara Pro XL pula dikatakan boleh dicas ke 70% dalam masa 40 minit menggunakan kepala pengecas 45W.

Pixel 10 turut kini menyokong aksesori magnetik Google dinamakan Pixelsnap, iaitu teknologi seakan MagSafe Apple yang berasaskan Qi 2. Namun, hanya model Pixel 10 Pro XL yang menyokong piawaian Qi 2.2, membolehkan ia dicas tanpa wayar pada kelajuan maksimum 25W, manakala model Pro hanya menyokong Qi 2.0 dengan kelajuan pengecasan maksimum 15W.

Kedua-dua peranti ini hadir dengan pembesar suara stereo, serta menyokong sambungan seperti WiFi 7, Bluetooth 6, NFC, 5G dan juga UWB. Google turut menjanjikan kemas kini OS dan keselamatan sehingga 7 tahun, dan ia akan terus menjalankan Android 16

Harga dan ketersediaan Pixel 10 Pro dan Pro XL di Malaysia

Di Malaysia, siri Pixel 10 Pro akan mula dijual bermula 28 Ogos dengan harga dari RM4,999 untuk Pixel 10 Pro dan RM5,999 bagi Pixel 10 Pro XL. Tidak kira model mana yang anda pilih, kesemuanya ditawarkan dalam pilihan warna kelabu, hijau, kuning dan hitam.

Tempahan awal telahpun dibuka sekarang, dan sempena pelancaran ini Google menawarkan naik taraf storan percuma bernilai sehingga RM1,200 untuk keluarga Pixel 10 Pro.

Tags: Googlegoogle malaysiaGoogle Pixel 10Pixel 10 ProPixel 10 Pro XL
Putra Aziz

Putra Aziz

POPULAR

Kini ada lagi banyak cara kumpul GrabRewards, ini tip untuk maksimumkan ganjaran anda!

Kini ada lagi banyak cara kumpul GrabRewards, ini tip untuk maksimumkan ganjaran anda!

31 July 2025
Google Pixel 10 Pro & Pro XL Malaysia: Skrin lebih cerah, telefoto zum lebih jauh 100x

Google Pixel 10 Pro & Pro XL Malaysia: Skrin lebih cerah, telefoto zum lebih jauh 100x

21 August 2025
Menyambut era tanpa tunai, kemudahan yang bermanfaat buat semua

Menyambut era tanpa tunai, kemudahan yang bermanfaat buat semua

25 March 2025
Kenapa FlexWindow Galaxy Z Flip7 buat telefon lipat jadi lebih praktikal dari sebelum ini

Kenapa FlexWindow Galaxy Z Flip7 buat telefon lipat jadi lebih praktikal dari sebelum ini

14 August 2025
AEON Bank sambut ulang tahun pertama dengan 8x ganjaran tunai, Kad Debit-i edisi khas, hadiah menarik & Neko Missions

AEON Bank sambut ulang tahun pertama dengan 8x ganjaran tunai, Kad Debit-i edisi khas, hadiah menarik & Neko Missions

28 May 2025
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER