• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Ini senarai harga semua produk Google Pixel Malaysia 2025

  • OLEH Putra Aziz
  • 6:32 am
  • 21/08/2025
  • Komen
Ini senarai harga semua produk Google Pixel Malaysia 2025
Share on FacebookShare on Twitter

Google baru saja mendedahkan barisan produk terbaru dalam acara Made by Google untuk tahun 2025 yang merangkumi telefon pintar Pixel 10, Pixel 10 Pro, Pixel 10 Pro XL dan Pixel 10 Pro Fold. Selain itu, mereka turut melancarkan jam tangan pintar Pixel Watch 4 serta fon putik Pixel Buds 2a.

Tempahan awal untuk siri Pixel 10 di Malaysia dibuka bermula hari ini, 21 Ogos 2025, dan ia akan mula dijual pada minggu depan, iaitu 28 Ogos 2025.



Harga Pixel 10, Pixel 10 Pro dan Pixel 10 Pro XL di Malaysia

Berikut adalah harga rasmi untuk siri Pixel 10 di Malaysia:

  • Pixel 10 128GB – RM3,999
  • Pixel 10 Pro 256GB – RM4,999
  • Pixel 10 Pro 512GB – RM5,499
  • Pixel 10 Pro 1TB – RM6,099
  • Pixel 10 Pro XL 512GB – RM5,999
  • Pixel 10 Pro XL 1TB – RM6,599

Sempena pelancaran, Google Malaysia menawarkan naik taraf storan percuma bernilai sehingga RM500 untuk Pixel 10, dan sehingga RM1,200 untuk Pixel 10 Pro serta 10 Pro XL. Ini bermaksud anda boleh dapatkan Pixel 10 Pro 1TB pada harga versi 512GB.



Dari segi warna, Pixel 10 ditawarkan dalam 4 pilihan iaitu ungu, biru, kuning dan hitam. Sementara itu, Pixel 10 Pro dan Pro XL hadir dalam warna kelabu, hijau, kuning dan hitam.

Bagi yang berminat, pratempahan boleh dibuat sekarang melalui kedai rasmi Google Pixel di Shopee serta pengedar sah seperti Senheng, Urban Republic dan TMT.

Peranti Pixel ini juga akan ditawarkan melalui kontrak telco bersama CelcomDigi, Maxis dan U Mobile.

Berikut adalah harga aksesori yang menyokong Qi2 untuk siri Pixel 10:

  • Pengecas Pixelsnap – RM219
  • Pengecas Pixelsnap dengan pendiri – RM339
  • Pengecas Pixelsnap dengan Ring – RM149
  • Sarung Pixelsnap untuk Pixel 10 & 10 Pro – RM239
  • Sarung Pixelsnap untuk Pixel 10 Pro Fold – RM339
  • Pengecas 67W Pixel Flex Dual Port – RM289

Harga Pixel 10 Fold di Malaysia

Buat pertama kalinya, anda boleh membeli peranti lipat Google Pixel secara rasmi di Malaysia lengkap dengan waranti tempatan.

Pixel 10 Pro Fold dijual pada harga bermula RM7,999 untuk versi 256GB dan akan mula tersedia di Malaysia pada 9 Oktober 2025. Peranti boleh lipat ini hanya ditawarkan dalam pilihan warna kelabu.

Harga Pixel Watch 4 dan Pixel Buds 2a di Malaysia

Peranti boleh pakai terbaru Google Pixel juga bakal memasuki pasaran Malaysia. Berikut adalah harga rasmi untuk Pixel Watch 4 dan Pixel Buds 2a di Malaysia:

  • Pixel Watch 4 (41mm) – dari RM1,749
  • Pixel Watch 4 (45mm) – dari RM1,999
  • Pixel Buds 2a – RM649

Pixel Buds 2a dijangka mula dijual di Malaysia pada 9 Oktober 2025, bersama pelancaran Pixel 10 Pro Fold. Namun, untuk Pixel Watch 4 (41mm dan 45mm), ia hanya akan tiba di pengedar sah terpilih pada November 2025.

Dari segi pilihan warna, Pixel Watch 4 (41mm & 45mm) hadir dengan dua kombinasi: Polished Silver Aluminium case dengan Porcelain Active Band, atau Matte Black Aluminium case dengan Obsidian Active Band.

Sementara itu, Pixel Buds 2a ditawarkan dalam warna ungu dan kuning.

Tags: Googlegoogle malaysiaGoogle Pixel 10pixelPixel 10Pixel 10 ProPixel 10 Pro FoldPixel 10 Pro XL
Putra Aziz

Putra Aziz

POPULAR

Ini senarai harga semua produk Google Pixel Malaysia 2025

Ini senarai harga semua produk Google Pixel Malaysia 2025

21 August 2025
Realme P4 Power 5G dilancar dengan bateri gergasi 10,001mAh, kini boleh dibeli pada RM1,599

Realme P4 Power 5G dilancar dengan bateri gergasi 10,001mAh, kini boleh dibeli pada RM1,599

5 June 2026
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024
Unifi TV umum harga Pas Piala Dunia FIFA 2026, RM20 sehari atau RM50 untuk satu musim

Unifi TV umum harga Pas Piala Dunia FIFA 2026, RM20 sehari atau RM50 untuk satu musim

8 June 2026
Hantar WhatsApp tanpa save nombor? Ini caranya

Cara hantar mesej WhatsApp tanpa perlu simpan nombor telefon

27 May 2024
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN