• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Nak nikmati subsidi RON95 pada RM1.99 seliter? Pastikan MyKad anda berfungsi

  • OLEH Putra Aziz
  • 4:14 pm
  • 19/09/2025
  • Komen
Nak nikmati subsidi RON95 pada RM1.99 seliter? Pastikan MyKad anda berfungsi
Share on FacebookShare on Twitter

Menteri Dalam Negeri, Saifuddin Nasution mengingatkan semua rakyat Malaysia untuk semak MyKad masing-masing sebelum subsidi petrol RON95 yang dijangka mula dilaksanakan hujung September 2025.

Seperti diumumkan Perdana Menteri Anwar Ibrahim pada Julai lalu, harga petrol RON95 akan diturunkan daripada RM2.05 seliter kepada RM1.99 seliter. Harga subsidi ini hanya untuk warganegara Malaysia, dan ia memerlukan pengesahan MyKad di pam minyak.



Kalau MyKad anda tak berfungsi, anda tetap boleh isi minyak, tapi kena bayar harga penuh tanpa subsidi iaitu RM2.50 seliter.

MyKad wajib berfungsi untuk nikmati subsidi RON95

Memandangkan pengesahan MyKad diperlukan untuk menikmati harga RM1.99 seliter, Saifuddin menasihatkan rakyat Malaysia supaya semak sama ada MyKad mereka masih berfungsi.k. Kalau cip rosak atau sukar dibaca, anda perlu membuat gantian di Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).



Penggantian MyKad boleh siap pada hari sama di lokasi tertentu dan Saifudin mengingatkan orang ramai supaya tidak menunggu hingga saat akhir.

Beliau berkata, untuk menikmati harga RM1.99 seliter, penggunaan MyKad adalah wajib bagi memastikan anda warganegara Malaysia yang layak. Tanpa MyKad, anda tidak akan dapat menikmati harga petrol bersubsidi.

Beliau menegaskan bahawa penggantian MyKad perlu dilakukan segera supaya anda boleh terus menikmati harga subsidi RON95.

Jika cip MyKad rosak, rakyat Malaysia masih dibenarkan membeli petrol RON95, namun perlu membayar harga tanpa subsidi iaitu RM2.50 seliter.

Alhamdulillah YAB Perdana Menteri bakal tunaikan janji kepada rakyat Malaysia, Insya-Allah hujung bulan ini harga petrol RON95 akan TURUN ke RM1.99 seliter melalui subsidi bersasar.

Walaupun ambil masa sikit, tapi alhamdulillah beliau tetap tunaikan janji sebab Insya-Allah… pic.twitter.com/tWSK6mfc2g

— Saifuddin Nasution Ismail (@saifnasution) September 19, 2025

Cara ganti MyKad

Cip pada MyKad digunakan untuk mengesahkan identiti anda bagi pelbagai proses verifikasi termasuk urusan perbankan, perkhidmatan kerajaan dan juga bantuan tunai. Antara inisiatif besar terbaru yang memerlukan MyKad ialah program SARA, di mana semua rakyat Malaysia dewasa yang layak menerima kredit RM100 untuk membeli barangan keperluan di pasar raya terpilih, dan MyKad diperlukan di kaunter pembayaran.

Anda boleh ganti MyKad dengan dua cara, sama ada secara dalam talian melalui portal rasmi JPN atau hadir ke salah satu daripada 210 kaunter JPN di seluruh negara termasuk UTC, van bergerak MEKAR dan bas. Kos gantian MyKad ialah RM10 dan ia boleh siap secepat 30 minit di ibu pejabat JPN negeri, cawangan UTC serta cawangan terpilih.

Bagi cawangan lain, proses ini mungkin mengambil masa sehingga 5 hari bekerja di Semenanjung Malaysia atau sehingga 7 hari bekerja di Sabah dan Sarawak.

Tags: icJabatan Pendaftaran NegarajpnMyKadRON95Saifuddin NasutionSubsidi RON95
Putra Aziz

Putra Aziz

POPULAR

Kenapa akaun TNG eWallet boleh digantung sementara, dan apa yang perlu anda tahu

Kenapa akaun TNG eWallet boleh digantung sementara, dan apa yang perlu anda tahu

27 January 2026
Dongfeng 007 Malaysia: Sedan elektrik berkuasa 536hp, harga dari RM161k

Dongfeng 007 Malaysia: Sedan elektrik berkuasa 536hp, harga dari RM161k

6 February 2026
Nak nikmati subsidi RON95 pada RM1.99 seliter? Pastikan MyKad anda berfungsi

Nak nikmati subsidi RON95 pada RM1.99 seliter? Pastikan MyKad anda berfungsi

19 September 2025
Dongfeng Vigo dilancar di Malaysia, SUV elektrik kompak RM100k saingi BYD Atto 2

Dongfeng Vigo dilancar di Malaysia, SUV elektrik kompak RM100k saingi BYD Atto 2

5 February 2026
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024
SARA RM100 dikreditkan hari ini, kini terpakai untuk makanan sejuk beku

SARA RM100 dikreditkan hari ini, kini terpakai untuk makanan sejuk beku

9 February 2026

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER