• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

CMF Headphone Pro kini rasmi dengan ANC 40dB, bateri 100 jam, harga RM429

  • OLEH Putra Aziz
  • 6:50 pm
  • 30/09/2025
  • Komen
CMF Headphone Pro kini rasmi dengan ANC 40dB, bateri 100 jam, harga RM429
Share on FacebookShare on Twitter

Pada bulan Julai lalu, Nothing telah melancarkan fon kepala over-ear pertama mereka, Nothing Headphone (1). Kini giliran sub-jenama mereka, CMF, memperkenalkan CMF Headphone Pro. Ia tampil dengan rekaan lebih segar dan bergaya, dilengkapi ciri premium, tetapi pada harga yang lebih mesra poket.

Harga CMF Headphone Pro di Malaysia

Walaupun sudah diumum, jualan CMF Headphone Pro di Malaysia hanya akan bermula pada 13 Oktober 2025. Ia dijual pada harga RM429, dan anda boleh dapatkannya menerusi Nothing.tech, Lazada, Shopee dan TikTok, serta semua pengedar sah Nothing di seluruh negara, iaitu:



  • DirectD
  • TMT
  • URBAN REPUBLIC
  • Vivid Concepts
  • TAC Mobile
  • SS Solution
  • Nothing Image Store

Sebagai perbandingan, harga CMF Headphone Pro adalah lebih dua kali ganda lebih rendah berbanding Headphone (1) pada RM1,099.

Terdapat tiga pilihan warna untuk CMF Headphone Pro iaitu hijau, kelabu dan hitam.



Spesifikasi CMF Headphone Pro

Satu ciri unik pada CMF Headphone Pro ialah kusyen telinganya boleh ditukar ganti dengan mekanisme pusing. Selain memudahkan anda untuk membersihkannya, ini juga membolehkan anda tukar warna untuk gaya lebih unik. CMF menjual kusyen telinga berasingan dalam warna hijau atau oren pada harga RM89 sepasang.

Untuk kawalan, CMF melengkapkan Headphone Pro dengan tiga butang fizikal, iaitu Slider, Roller dan Button. Slider membolehkan anda laras tahap bass atau treble, manakala Roller pula digunakan untuk kawalan asas seperti laras kelantangan, main/henti muzik, serta tukar mod antara ANC dan mod ketelusan. Sementara itu, Button boleh digunakan untuk lancarkan pembantu pintar telefon anda, sama ada Gemini atau Siri.

Di bahagian audio, Headphone Pro dilengkapi pemacu 40mm dengan diafragma bersalut nikel. Ia turut memanfaatkan gegelung suara tembaga besar 16.5mm, reka bentuk dwiruang akustik, serta saluran bass khas untuk bunyi yang lebih dalam dan bertenaga. Untuk kualiti audio yang lebih premium, ia juga menyokong LDAC untuk audio Hi-Res, selain SBC dan AAC.

Selain itu, CMF Headphone Pro turut menyokong fungsi penyaring hingar aktif (ANC) hibrid, dengan CMF mendakwa ia mampu menghalang bunyi sehingga 99% hingar, atau angka lebih tepat sekitar 40dB. Bagi pengalaman mendengar lebih imersif, fon kepala ini turut menyokong Static Spatial Audio melalui dua mod, Cinema dan Concert.

Berat keseluruhan fon kepala adalah 283g dengan bateri 720mAh terbina. CMF menyatakan ia boleh menawarkan masa mendengar muzik sehingga 100 jam (pada kelantangan 50%, mod AAC, ANC dimatikan). Jika ANC dihidupkan, hayat baterinya berkurangan sekitar 50 jam. Menurut CMF, cas 5 minit boleh memberikan masa mendengar sehingga 4 jam, manakala pengecasan penuh mengambil masa 2 jam menerus USB-C.

CMF Headphone Pro juga boleh dipadankan dengan aplikasi Nothing X, di mana anda boleh akses fungsi tambahan seperti equaliser, Find My Headphones, Low Lag Mode, dan juga kemas kini perisian. Dari segi keserasian, ia boleh dipadankan dengan telefon pintar sekurang-kurangnya Android 5.1 atau iOS 13, serta menyokong Google Fast Pair dan Microsoft Swift Pair.

Untuk ketahanan fizikal, ia hadir dengan penarafan IPX2 untuk kalis percikan air.

Sebarang maklumat lanjut tentang spesifikasi anda boleh dapatkan menerusi laman produk CMF Headphone Pro.

Tags: CMFCMF Headphone ProNothing
Putra Aziz

Putra Aziz

POPULAR

realme 15 Pro: Peneman AI Terbaik untuk Setiap Detik Malam

realme 15 Pro: Peneman AI Terbaik untuk Setiap Detik Malam

18 September 2025
eKYC sebelum 20 Disember 2024 atau akses TNG eWallet anda dihalang

BUDI95: Ini cara beli RON95 pada harga RM1.99/L guna TNG eWallet

23 September 2025
Yes tawar iPhone 17 Pro paling mampu milik di Malaysia, dapatkan sekarang

Yes tawar iPhone 17 Pro paling mampu milik di Malaysia, dapatkan sekarang

20 September 2025
CMF Headphone Pro kini rasmi dengan ANC 40dB, bateri 100 jam, harga RM429

CMF Headphone Pro kini rasmi dengan ANC 40dB, bateri 100 jam, harga RM429

30 September 2025
Gabungan ketahanan, kelancaran & gaya dalam satu telefon, itulah OPPO A6 Pro 5G

Gabungan ketahanan, kelancaran & gaya dalam satu telefon, itulah OPPO A6 Pro 5G

24 September 2025
Honor X9d 5G dilancar: Telefon tahan lasak IP69K, bateri 8,300mAh & dapat percuma tablet

Honor X9d 5G dilancar: Telefon tahan lasak IP69K, bateri 8,300mAh & dapat percuma tablet

24 September 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER