• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Nothing Headphone (1) tiba di Malaysia pada harga RM1,099

  • OLEH Putra Aziz
  • 9:09 pm
  • 11/07/2025
  • Komen
Nothing Headphone (1): Fon kepala ANC pertama mereka, ditala KEF dengan bateri 80 jam
Share on FacebookShare on Twitter

Selain mengumumkan telefon flagship Nothing Phone (3) baharu, Nothing Malaysia dalam acara yang sama turut melancarkan fon kepala ANC pertama mereka, Nothing Headphone (1) untuk pasaran tempatan.

Harga dan ketersediaan

Kepada mereka yang berminat, Headphone (1) ditawarkan di Malaysia pada harga RM1,099. Tempahan awal untuk milikinya akan dibuka hari Sabtu,12 Julai, manakala jualan umum pula akan bermula pada 1 Ogos 2025. Jika berminat, anda boleh dapatkan fon kepala Headphone (1) di Shopee dan Lazada.



Spesifikasi Nothing Headphone (1)

Nothing Headphone (1) mengekalkan rekaan unik produk Nothing, menampilkan kemasan lutsinar pada rekaannya. Ini terutamanya boleh dilihat di setiap penutup fon kepala, yang seakan diinsipirasi daripada kaset. Keseluruhan binaannya diperbuat daripada gabungan bahan alumiunium dan plastik, dengan berat 329g.

Untuk mengawal fon kepala, terdapat tiga butang fizikal yang disediakan, iaitu Roller, Paddle dan Button yang semuanya terletak di bahagian kanan fon kepala. Butang Roller membolehkan anda melaras kelantangan audio dengan memutarnya ke kiri atau kanan, memainkan atau menghentikan lagu dengan tekan serta, serta menghidup atau mematikan ANC dengan tekan lama.



Untuk butang Paddle, ia boleh digunakan untuk skip ke lagu seterusnya atau jawab panggilan dengan menolak butang ke kanan, manakala menolak ke kiri pula untuk patah balik ke lagu sebelumnya atau tolak panggilan. Butang Button pula berfungsi sebagai shortcut, di mana anda boleh bertukar dari aplikasi Spotify ke YouTube Music, atau menyesuaikannya fungsinya untuk menyeru ChatGPT dan Essential Space.

Daripada segi audio, Headphone (1) dimuatkan dengan pemacu audio bersaiz 40mm yang ditala bersama pakar audio KEF. Ia juga hadir dengan fungsi ANC hibrid yang mampu melaras tahap penyaring bunyi secara masa nyata, mod ketelusan, serta spatial audio untuk pengalaman yang lebih imersif.

Fon kepala ini menggunakan sambungan codec seperti AAC, SBC dan LDAC, melalui Bluetooth 5.3. Jika anda lebih gemar menggunakan sambungan berwayar, Headphone (1) turut dilengkapi dengan port USB-C “lossless” serta jek audio 3.5mm. Ia boleh disambung pada telefon pintar menggunakan aplikasi Nothing X, yang menawarkan lebih banyak fungsi seperti penyesuaian EQ, dwisambungan dan mod rendah latensi.

Dilengkapi dengan bateri 1,040mAh, hayat bateri Headphone (1) dikatakan boleh mencecah sehingga 80 jam dalam satu isian penuh dengan ANC dimatikan, dan sehingga 35 jam dengan ANC hidup.

Untuk maklumat lanjut, anda boleh layari laman produk Nothing Headphone (1).

Tags: NothingNothing Headphone (1)Nothing Malaysia
Putra Aziz

Putra Aziz

POPULAR

Oppo Find X9 Ultra rasmi di Malaysia, guna telefoto 50MP 10x Hasselblad pertama industri

Meneroka Keunikan Warisan Kelantan Bersama Flagship Fotografi Muktamad, OPPO Find X9 Ultra!

16 June 2026
Nothing Headphone (1): Fon kepala ANC pertama mereka, ditala KEF dengan bateri 80 jam

Nothing Headphone (1) tiba di Malaysia pada harga RM1,099

11 July 2025
LRT3 Laluan Shah Alam kini dibuka: Tambang & parkir percuma sehingga 31 Julai

LRT3 Laluan Shah Alam kini dibuka: Tambang & parkir percuma sehingga 31 Julai

29 June 2026
Kenapa masih ada ATM yang kenakan caj RM1 selepas 1 Julai? Ini sebabnya

Kenapa masih ada ATM yang kenakan caj RM1 selepas 1 Julai? Ini sebabnya

3 July 2026
Proton S70 dipilih sebagai Teksi Madani, wajah baharu teksi Malaysia dilengkapi JPJePlate

Proton S70 dipilih sebagai Teksi Madani, wajah baharu teksi Malaysia dilengkapi JPJePlate

3 July 2026
Lenovo Tab Plus Gen 2: Tablet skrin 2.5K dengan 9 speaker JBL, bermula RM2,099

Lenovo Tab Plus Gen 2: Tablet skrin 2.5K dengan 9 speaker JBL, bermula RM2,099

24 June 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN