• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

ChatGPT perkenal pelan Go di Malaysia, akses GPT-5 pada harga RM38.99 sebulan

  • OLEH Putra Aziz
  • 3:08 pm
  • 10/10/2025
  • Komen
ChatGPT perkenal pelan Go di Malaysia,  akses GPT-5 pada harga RM38.99 sebulan
Share on FacebookShare on Twitter

Jika anda ingin menikmati kemampuan canggih ChatGPT, kini ada pilihan baharu lebih mampu milik. OpenAI baru sahaja melancarkan ChatGPT Go, pelan langganan baharu yang menawarkan akses kepada model AI canggih mereka pada harga RM38.99 sebulan (termasuk SST).

Melalui pelan ini, pengguna di Malaysia kini boleh menggunakan model GPT-5, versi terkini yang sebelum ini hanya tersedia untuk pelan berbayar yang lebih mahal. Selain prestasi yang lebih pantas dan bijak, ChatGPT Go turut memberikan pengguna had penggunaan 10 kali ganda lebih tinggi berbanding akaun percuma. Ini termasuk:



  • 10x had mesej lebih tinggi menggunakan GPT-5
  • 10x lebih banyak penjanaan imej setiap hari
  • 10x lebih banyak muat naik fail atau imej

Bukan itu sahaja, ia juga hadir dengan memori dua kali lebih besar untuk konteks lebih panjang, lantas hasilkan respons yang lebih peribadi dan konsisten.

OpenAI menyasarkan pelan ini untuk mereka yang menggunakan ChatGPT bagi keperluan harian seperti menulis esei, mendapatkan panduan, bimbingan akademik, penyuntingan teks, atau sekadar rujukan harian.



Jika dibandingkan dengan pelan lain, ChatGPT Go berada di antara pelan percuma dan pelan Plus yang berharga RM99.90 sebulan, manakala pelan Pro pula berharga RM999.90 sebulan. Pelan Plus menawarkan ciri tambahan seperti Deep Research, Agent Mode dan Sora video creation, manakala pelan Pro disasarkan untuk profesional atau organisasi yang memerlukan tahap reasoning dan fungsi enterprise yang lebih tinggi.

Dengan harga di bawah RM40, pelan Go menawarkan pilihan pertengahan yang lebih berbaloi untuk kebanyakan pengguna biasa. Menurut ChatGPT, pelan Go ini telah pun tersedia bermula 9 Oktober 2025 di 16 negara di Asia, termasuk Malaysia.

Untuk melanggan pelan Go ini, anda hanya perlu lancarkan ChatGPT sama ada melalui laman web chat.openai.com atau aplikasi. Log masuk ke akaun anda atau cipta akaun baru sekiranya tiada, kemudian pilih “Naik taraf kepada Go” dan teruskan proses pembayaran menggunakan kad anda.

Tags: aiChatgptChatGPT Goopenai
Putra Aziz

Putra Aziz

POPULAR

ChatGPT perkenal pelan Go di Malaysia,  akses GPT-5 pada harga RM38.99 sebulan

ChatGPT perkenal pelan Go di Malaysia, akses GPT-5 pada harga RM38.99 sebulan

10 October 2025
CelcomDigi tawar ansuran 0% faedah 6 bulan menerusi SPayLater untuk telefon 5G terpilih

CelcomDigi tawar ansuran 0% faedah 6 bulan menerusi SPayLater untuk telefon 5G terpilih

30 July 2026
Tecno Pova 8 5G dilancar di Malaysia dengan bateri gergasi 8,000mAh, harga RM1,399

Tecno Pova 8 5G dilancar di Malaysia dengan bateri gergasi 8,000mAh, harga RM1,399

27 July 2026
Samsung Wallet kini sokong pembayaran QR Maybank MAE di Malaysia

Samsung Wallet kini sokong pembayaran QR Maybank MAE di Malaysia

25 July 2026
Samsung lancar Galaxy A07 5G, telefon 5G bajet dengan sokongan OS 6 tahun

Samsung umum kenaikan harga untuk Galaxy A17 dan Galaxy A07 di Malaysia

27 July 2026
Facebook Verified: Ini perkara anda perlu tahu tentang lencana percuma baru Meta

Facebook Verified: Ini perkara anda perlu tahu tentang lencana percuma baru Meta

27 July 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN