• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

BUDI95: Kuota subsidi RON95 pemandu E-Hailing kini naik ke 600L sebulan

  • OLEH Putra Aziz
  • 5:09 pm
  • 14/10/2025
  • Komen
Grab akan kenakan penalti kepada penumpang yang lambat dan batalkan tempahan
Share on FacebookShare on Twitter

Berita baik untuk pemandu eHailing sepenuh masa di Malaysia. Kementerian Kewangan (MoF) baru sahaja mengumumkan bahawa kuota BUDI95, subsidi petrol RON95 untuk pemandu eHailing sepenuh masa kini dinaikkan sekali ganda kepada 600L sebulan.

Sebelum ini, kuota 300L diberikan kepada semua rakyat Malaysia yang mempunyai lesen memandu aktif, termasuk pemandu e-Hailing. Namun, dengan pengumuman terbaru ini, pemandu e-Hailing sepenuh masa boleh menikmati jumlah subsidi petrol yang lebih besar setiap bulan.



Menurut kenyataan MoF, lebih 53,900 pemandu eHailing sepenuh masa telah dikenal pasti melalui proses pengesahan yang dilakukan bersama Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD). Namun, kementerian tidak menyatakan secara terperinci apa yang dimaksudkan dengan “pemandu sepenuh masa” ataupun bagaimana pemandu boleh menyemak sama ada mereka menerima kuota tambahan 300L.

Kuota BUDI95 yang dipaparkan dalam aplikasi Touch ‘n Go dan Setel bagi pemandu ehailing. Sumber gambar Facebook  Eeiyy Sham, Sai Zul 

Dari pemerhatian komuniti eHailing di Facebook, kuota tambahan ini diberikan secara automatik kepada pemandu yang layak. Jika anda tergolong dalam kategori ini, jumlah kuota anda kini akan dipaparkan sebagai 600L di aplikasi BUDI95 seperti Touch ‘n Go eWallet dan Setel.



Selain pemandu eHailing, MoF turut menjelankan bahawa senarai kelayakan BUDI95 telah diperluas. Antara penerima baru termasuk lebih 1,400 pemilik bot berdaftar di Sarawak dan11,460 individu yang baru menerima atau memperbaharui lesen memandu mereka.

[Sumber: MOF]

Tags: BUDI95ehailingKementerian KewanganMOFPETROLRON95Subsidi RON95
Putra Aziz

Putra Aziz

POPULAR

Grab akan kenakan penalti kepada penumpang yang lambat dan batalkan tempahan

BUDI95: Kuota subsidi RON95 pemandu E-Hailing kini naik ke 600L sebulan

14 October 2025
MyKad generasi baharu diperkenal dengan 53 ciri keselamatan, ini apa yang berubah

MyKad generasi baharu diperkenal dengan 53 ciri keselamatan, ini apa yang berubah

16 September 2026
Beli iPhone 18 Pro mengikut gaya anda: Yes tawar lebih banyak pilihan dengan rebat & cashback

Beli iPhone 18 Pro mengikut gaya anda: Yes tawar lebih banyak pilihan dengan rebat & cashback

17 September 2026
iPhone 18 Pro: Ini perbandingan pelan telco paling ‘ngam’

iPhone 18 Pro: Ini perbandingan pelan telco paling ‘ngam’

16 September 2026
Mati-mati ingat TNB salah kira, rupanya ini sebab bil naik melambung!

Mati-mati ingat TNB salah kira, rupanya ini sebab bil naik melambung!

18 September 2026
Oppo Find X10 Pro Max jadi antara telefon pertama guna cip Dimensity 9600 Pro 2nm

Oppo Find X10 Pro Max jadi antara telefon pertama guna cip Dimensity 9600 Pro 2nm

15 September 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN