• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Jenama Apple

MacBook Pro 14 2025: Kini dengan cip Apple M5 & SSD hingga 4TB, dari RM6,999

  • OLEH Putra Aziz
  • 12:57 pm
  • 16/10/2025
  • Komen
MacBook Pro 14 2025: Kini dengan cip Apple M5 & SSD hingga 4TB, dari RM6,999
Share on FacebookShare on Twitter

Apple kini memperkenalkan kemas kini baharu untuk MacBook Pro 14 tahun 2025 dengan Soc Apple M5, menggantikan SoC M4 yang digunakan sebelum ini. Namun, peningkatan ini hanya terhad kepada model 14 inci dan tidak melibatkan varian 16 inci.

Selain prestasi yang lebih berkuasa, MacBook Pro 14 M5 kini turut menyokong storan SSD sehingga 4TB, dua kali ganda lebih besar berbanding model terdahulu. Menariknya, meskipun hadir dengan peningkatan ini, harga permulaan MacBook Pro 14 M5 baharu ini kekal tidak berubah.



Harga MacBook Pro 14 di Malaysia

Berikut adalah harga MacBook Pro 14″ M5 di Malaysia:

  • RAM 16GB + SSD 512GB – RM6,999
  • RAM 16GB + SSD 1TB – RM7,849
  • RAM 24GB + SSD 1TB – RM8,699

Pengguna ada pilihan untuk konfigurasikan sehingga RAM 32GB dan storan sehingga 4TB. Terdapat juga pilihan untuk naik taraf ke paparan nano-texture dengan bayaran tambahan sebanyak RM640. Kepala pengecas juga boleh dinaik taraf daripada 70W ke 96W dengan tambahan RM80.



Untuk konfigurasi maksimum dengan paparan nano-texture, 32GB RAM, 4TB SSD dan pengecas 96W, harga keseluruhan mencecah RM14,519 di Malaysia.

Apple hanya memperkenalkan cip asas M5 buat masa ini, tiada varian Pro ataupun Max. Bagi pengguna yang mahukan prestasi lebih tinggi, pilihan MacBook Pro 14 dan 16 dengan cip M4 Pro dan M4 Max masih tersedia.

Apa yang baru pada MacBook Pro 14 M5?

Perkara baru pada MacBook Pro 14 ini tentunya pada cip M5. Cip baharu ini menampilkan dibina menggunakan teknologi 3nm generasi ketiga, dan Apple mendakwa ia menampilkan teras prestasi terpantas di dunia. Ia hadir dengan CPU 10-teras, gabungan 6 teras kecekapan dan 4 teras prestasi memberikan sehingga 20% prestasi multithread lebih pantas berbanding M4.

Selain itu, Neural Engine 16-teras kini menawarkan jalur lebar memori lebih luas, meningkat daripada 120GB/s kepada 153GB/s. GPU juga dilengkapi dengan Neural Accelerator untuk mempercepatkan tugasan berasaskan AI. Apple turut menambah baik storan dengan kelajuan SSD dua kali ganda lebih pantas, dan pengguna kini boleh menaik taraf sehingga 4TB storan SSD.

Seperti beberapa generasi sebelum ini, tiada perubahan fizikal yang boleh dicerapkan pada MacBook Pro 14 baru ini. Ia masih dilengkapkan dengan paparan Liquid Retina XDR bersaiz 14.2″ dengan kadar segar semula 120Hz dan sokong kecerahan puncak 1,600 nits.

Penawaran port I/O juga masih sama, lengkap dengan tiga port Thunderbolt 4 (USB-C), HDMI, bicu audio 3.5mm, dan slot kad SDXC. Bahagian audio pula menampilkan sistem 6 pembesar suara dengan woofer pembatal daya (force-cancelling) serta mikrofon berkualiti studio.

Apple juga mengekalkan bateri 72.4Wh, yang mampu bertahan sehingga 24 jam penggunaan. Dengan pengecas 96W, anda boleh mengisi bateri dari 0–50% dalam kira-kira 30 minit. Rekaan MacBook Pro 14 M5 pun cukup mudah alih dengan berat 1.55kg dan ketebalan 1.55cm.

Untuk maklumat lanjut anda boleh layari laman produk MacBook Pro 14 M5.

Tags: appleApple M5apple malaysiamacbook proMacbook Pro 14MacBook Pro 14 M5
Putra Aziz

Putra Aziz

POPULAR

Proton e.MAS 5: Harga anggaran RM60K – RM80K, dua varian kini boleh ditempah

Proton e.MAS 5: Harga anggaran RM60K – RM80K, dua varian kini boleh ditempah

7 October 2025
MacBook Pro 14 2025: Kini dengan cip Apple M5 & SSD hingga 4TB, dari RM6,999

MacBook Pro 14 2025: Kini dengan cip Apple M5 & SSD hingga 4TB, dari RM6,999

16 October 2025
Tesla Malaysia umum promosi akhir sebelum pengecualian cukai EV tamat

Tesla Malaysia umum promosi akhir sebelum pengecualian cukai EV tamat

13 October 2025
Yes tawar iPhone 17 Pro paling mampu milik di Malaysia, dapatkan sekarang

Yes tawar iPhone 17 Pro paling mampu milik di Malaysia, dapatkan sekarang

20 September 2025
Samsung jadikan AI lebih mampu milik dengan Galaxy S25 FE

Samsung jadikan AI lebih mampu milik dengan Galaxy S25 FE

7 October 2025
Menyambut era tanpa tunai, kemudahan yang bermanfaat buat semua

Menyambut era tanpa tunai, kemudahan yang bermanfaat buat semua

25 March 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER