[Artikel ini dibawakan oleh Samsung Malaysia]
Bila melancong atau menyambut perayaan, mesti anda nak abadikan setiap momen berharga bersama keluarga dan rakan, kan? Peranti flagship seperti siri Galaxy S sememangnya mampu hasilkan gambar dan video yang berkualiti tinggi. Tapi kalau nak hasil yang betul-betul “next level”, ia bukan sekadar tekan butang kamera semata-mata.
Dengan sedikit pelarasan dan trik mudah, kamera telefon anda sebenarnya mampu hasilkan gambar seperti yang ditangkap jurugambar profesional. Berikut beberapa langkah mudah untuk tingkatkan fotografi anda, terutama jika anda pengguna siri Samsung Galaxy S.
1. Aktifkan Scene Optimiser

Pertama sekali, pastikan anda hidupkan Intelligent Mode pada maksimum dan Scene Optimiser dalam tetapan kamera. Fungsi ini membantu kamera untuk mengenal pasti suasana, sama ada waktu malam, makanan, atau pemandangan dan melaras warna serta kontras secara automatik. Hasilnya, gambar akan nampak lebih hidup dan menarik tanpa perlu suntingan tambahan.

Untuk pastikan tetapan kamera tidak berubah setiap kali anda buka semula aplikasi, aktifkan “Camera Mode” di bawah menu “Settings to Keep”. Fungsi ini akan menyimpan mod terakhir yang anda gunakan, jadi anda boleh terus sambung rakaman tanpa perlu setup semula setiap kali buka kamera.

Sekadar tips. Semasa mengambil gambar, anda boleh kunci fokus pada subjek dengan tekan lama pada subjek dalam bingkai, kemudian turunkan sedikit tahap kecerahan untuk hasil yang lebih estetik. Ini berguna terutamanya untuk gambar malam.
2. Muat turun Camera Assistant

Untuk kawalan lebih mendalam, anda boleh muat turun Camera Assistant melalui Galaxy Store. Aplikasi ini menambah pelbagai tetapan tambahan termasuk:


- Shortcut zum 2x dan 100x – tekan sahaja tahap zum yang anda nak tanpa perlu laras manual.
- Quick Tap Shutter – gambar diambil serta-merta sebaik anda tekan butang pengatup.
Dengan hidupkan dua fungsi ini, pengalaman menangkap gambar lebih pantas, mudah, dan fleksibel, terutamanya ketika nak rakam momen spontan.
3. Gunakan mod resolusi tinggi

Sementara itu, bagi keadaan cahaya malap, tangkapan 12MP (melalui pixel binning) sudah cukup baik. Tapi bila ada cahaya mencukupi, anda boleh gunakan mod resolusi tinggi 50MP atau 200MP untuk hasil yang lebih tajam dan kaya dengan perincian. Ini lebih sesuai untuk gambar landskap, bangunan tinggi, atau pemandangan luas.
Dengan resolusi ultra-tinggi, anda juga boleh crop imej tanpa hilang butiran penting, memberi lebih fleksibiliti untuk ubah komposisi selepas tangkapan.
4. Cuba Pro Mode untuk kawalan penuh

Anda juga boleh cuba gunakan mod Pro atau Pro Video untuk kawalan manual penuh. Dalam mod ini, anda boleh ubah ISO, Shutter Speed, dan White Balance mengikut situasi. Untuk hasil yang lebih profesional, tangkap gambar dalam format RAW dan rakam video dalam Log.


Kemudian, anda boleh buat “color grading” untuk sesuaikan tona warna ikut citarasa. Tetapi kalau nak lebih mudah, untuk video, anda boleh gunakan fungsi Correct Color dan biarkan AI optimumkan warna secara automatik.


Sebelum rakam dalam format RAW atau Log, pastikan format fail ditetapkan kepada HEIF untuk gambar dan HEVC untuk video. Aktifkan juga High Bitrate Video untuk rakaman yang lebih tajam.

Sekiranya anda mahu lebih, anda boleh menggunakan ciri Expert RAW yang turut boleh dimuat turun melalui Galaxy Store. Ia membolehkan anda mengambil gambar dalam format 16-bit RAW berbanding 12-bit pada mod Pro biasa, sekaligus menghasilkan warna yang lebih kaya serta fleksibiliti lebih tinggi semasa proses “color grading”.

Walaupun telefon Galaxy menyokong rakaman video sehingga 8K, tidak semua situasi memerlukan resolusi setinggi itu. Untuk keseimbangan terbaik antara kualiti dan kestabilan, UHD 30fps atau 60fps sudah memadai.
5. Gunakan Galaxy AI untuk sentuhan terakhir


AI pada telefon Galaxy bukan sekadar gimik, ia boleh bantu sempurnakan hasil tangkapan anda. Kalau ada gangguan latar belakang seperti orang lalu, gunakan AI Object Eraser untuk padam dengan satu sentuhan.
Siri Samsung Galaxy S
Dengan pelarasan kecil ini, kamera telefon anda boleh hasilkan gambar dan video yang nampak jauh lebih profesional.
Kalau anda belum miliki siri Galaxy S, boleh dapatkannya sekarang di stor rasmi Samsung Malaysia.