• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

TechLife Pad Plus 12 LTE bakal tiba di Malaysia 30 Oktober

  • OLEH Putra Aziz
  • 4:51 pm
  • 21/10/2025
  • Komen
TechLife Pad Plus 12 LTE bakal tiba di Malaysia 30 Oktober
Share on FacebookShare on Twitter

TechLife, jenama di bawah Realme, kini bersedia melancarkan tablet terbaharunya untuk pasaran Malaysia, TechLife Pad Plus 12” LTE. Syarikat itu mengesahkan bahawa pelancaran rasmi akan berlangsung pada Khamis, 30 Oktober 2025.

Menurut TechLife, Pad Plus 12” LTE direka khusus untuk generasi baharu pelajar, pencipta kandungan, dan profesional yang aktif bergerak. Tablet ini menampilkan paparan besar 12 inci beresolusi 2K, sistem empat pembesar suara (quad speaker), serta bateri besar yang mampu bertahan sepanjang hari, walaupun kapasiti sebenar tidak didedahkan dalam kenyataan rasmi.



Setakat ini, itu sahaja yang didedahkan TechLife berkenaan spesifikasi tablet ini. Namun begitu, tempahan untuk Pad Plus 12 LTE kelihatan telah dibuka di beberapa pengedar sah di Malaysia, seperti SS Solution dan KTS Cellular. Melalui penyenaraian itu, selain spesifikasi penuh, harga tablet juga telah didedahkan menjelang pelancaran rasmi.

Sumber: SS Solution

Pad Plus 12 LTE dijual pada harga RM799 untuk satu-satunya konfigurasi RAM 8GB dan storan 256GB. Mereka yang membeli awal turut akan menerima hadiah RM398, terdiri daripada papan kekunci wayarles dan juga beg. Malah, pembelian juga datang dengan fon putik TechLife S99, speaker Bluetooth dan pen stailus kapasitif.



Spesifikasi TechLife Pad Plus 12 LTE

Pad Plus 12” LTE hadir dengan skrin LCD 12 inci 2K dan kadar segar semula 90Hz, menjanjikan visual yang tajam dan lancar untuk tontonan atau sesi produktiviti.

Di dalamnya, tablet ini dikuasakan oleh cip MediaTek Helio G91 dengan 8 teras berkelajuan 2GHz, dan dipadankan dengan RAM 8GB serta storan dalaman 256GB. Bagi pengguna yang memerlukan ruang tambahan, tablet ini turut menyokong kad mikroSD untuk storan boleh diperluas.

Bateri 8,000mAh dimuatkan di dalam tablet dan ia menyokong pengecasan 18W dan pengecasan terbalik berwayar 5W. Dari segi kamera, tablet ini dilengkapi kamera belakang 13MP dan kamera depan 8MP, sesuai untuk rakaman nota visual atau panggilan video.

TechLife Pad Plus 12 LTE menjalankan Android 15 bersama sokongan Gemini, dan seperti namanya, turut menyokong sambungan rangkaian 4G LTE. Ia akan ditawarkan dalam dua pilihan warna iaitu Perak dan Kelabu.

Tags: Pad Plus 12 LTERealmerealme techlifeTechLifeTechLife Pad Plus 12 LTE
Putra Aziz

Putra Aziz

POPULAR

TechLife Pad Plus 12 LTE bakal tiba di Malaysia 30 Oktober

TechLife Pad Plus 12 LTE bakal tiba di Malaysia 30 Oktober

21 October 2025
Vivo V70 rasmi di Malaysia dengan skrin OLED 6.59″, bateri 6,500mAh, harga dari RM1,999

Vivo V70 rasmi di Malaysia dengan skrin OLED 6.59″, bateri 6,500mAh, harga dari RM1,999

5 March 2026
Honor Magic V6 rasmi, telefon lipat pertama kalis air IP69 dengan bateri besar 6,660mAh

Honor Magic V6 rasmi, telefon lipat pertama kalis air IP69 dengan bateri besar 6,660mAh

2 March 2026
MacBook Neo: Laptop “Rahmah” Apple dengan cip A18 Pro dan bateri hingga 16 jam

MacBook Neo: Laptop “Rahmah” Apple dengan cip A18 Pro dan bateri hingga 16 jam

5 March 2026
iQoo 15R 15R tiba di Malaysia dengan Snapdragon 8 Gen 5, bateri 7,600mAh, dari RM2,499

iQoo 15R 15R tiba di Malaysia dengan Snapdragon 8 Gen 5, bateri 7,600mAh, dari RM2,499

2 March 2026
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN