• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

OpenAI lancar ChatGPT Atlas, pelayar web AI baharu cabar Google Chrome

  • OLEH Putra Aziz
  • 7:25 pm
  • 22/10/2025
  • Komen
OpenAI lancar ChatGPT Atlas, pelayar web AI baharu cabar Google Chrome
Share on FacebookShare on Twitter

OpenAI kini memperkenalkan ChatGPT Atlas, sebuah pelayar web AI baharu yang dibina berasaskan chatbot popular mereka, ChatGPT. Buat masa ini, Atlas tersedia secara global untuk macOS, dan versi untuk Windows, iOS serta Android dijangka menyusul tidak lama lagi.

Berbeza daripada pelayar biasa, Atlas membolehkan ChatGPT digunakan terus dalam pelayar itu sendiri. Pengguna boleh membuka sidebar ChatGPT pada mana-mana tab dengan menekan “Ask ChatGPT” di atas kini untuk bertanya soalan, meringkaskan halaman web, membandingkan produk, atau menganalisis data dengan cepat. ChatGPT juga boleh membantu anda menulis serta memberikan cadangan penyuntingan secara terus di mana-mana ruang teks yang anda tulis, misalnya di e-mel.



Lebih menarik, Atlas menyokong fungsi memori pilihan (optional memory), membolehkan ChatGPT mengingati laman web yang anda lawati atau perbualan sebelum ini. Misalnya, anda boleh mintaa “tunjukkan senarai kerja yang saya semak minggu lepas” atau “rumuskan berita yang saya baca semalam”.

Salah satu ciri utama Atlas ialah Agent Mode, yang membolehkan ChatGPT melakukan tindakan secara automatik bagi pihak pengguna. . Dalam demo OpenAI, ciri ini digunakan untuk mencari resepi dan terus membeli bahan di Instacart, semuanya dilakukan oleh AI.



Dengan Agent Mode, ChatGPT boleh bantu pengguna merancang perjalanan, membuat kajian, atau melengkapkan pembelian dalam talian dari awal hingga akhir. Buat masa ini, ciri ini hanya tersedia secara previu untuk pelan berbayar ChatGPT Plus, Pro, dan Business.

Menurut laporan Reuters, pelancaran Atlas ini dilihat sebagai cabaran terus kepada Google Chrome, yang kini menguasai lebih 70% pasaran pelayar global.

Dengan menggabungkan fungsi pelayaran, carian dan bantuan AI dalam satu platform, OpenAI cuba menjadikan Atlas sebagai alternatif yang lebih pintar berbanding pelayar tradisional. Penganalisis turut menjangkakan langkah ini boleh mengubah landskap iklan digital, terutama jika OpenAI mula menjual iklan dalam Atlas pada masa depan

Atlas bukan satu-satunya pelayar yang memanfaatkan teknologi AI. Ia kini bersaing dengan pelayar lain seperti Perplexity Comet, Brave, dan Opera Neon. Namun kelebihan besar OpenAI ialah pangkalan pengguna ChatGPT yang kini mencecah 800 juta pengguna mingguan, menjadikan pelancaran Atlas mempunyai komuniti pengguna sedia ada yang sangat besar.

OpenAI menegaskan bahawa memori dalam Atlas adalah pilihan sepenuhnya pengguna. Pengguna boleh melihat, arkibkan atau padam memori pada bila-bila masa, serta menentukan laman web mana yang boleh diakses ChatGPT.
Secara lalai, data pelayaran tidak digunakan untuk melatih model AI, kecuali pengguna memilih untuk membenarkannya.

Untuk Agent Mode, terdapat beberapa sekatan keselamatan dikenakan. Antaranya ia tidak boleh menjalankan kod, mengakses fail tempatan atau memasang extension, dan akan berhenti beroperasi secara automatik apabila pengguna melayari laman sensitif seperti portal perbankan.

ChatGPT Atlas kini boleh digunakan di macOS untuk semua jenis akaun termasuk Free, Plus, Pro, Go dan Business.

Tags: aiChatgptChatGPT Atlaskecerdasan buatanopenai
Putra Aziz

Putra Aziz

POPULAR

OpenAI lancar ChatGPT Atlas, pelayar web AI baharu cabar Google Chrome

OpenAI lancar ChatGPT Atlas, pelayar web AI baharu cabar Google Chrome

22 October 2025
AEON Bank Tawarkan Pembiayaan Peribadi-i Untuk Bantu Ringankan Kekangan Bajet

AEON Bank Tawarkan Pembiayaan Peribadi-i Untuk Bantu Ringankan Kekangan Bajet

25 December 2025
Xiaomi Mijia Air Conditioner Eco kini di Malaysia, boleh dapat serendah RM1,000

Xiaomi Mijia Air Conditioner Eco kini di Malaysia, boleh dapat serendah RM1,000

30 March 2026
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024
Samsung Galaxy A57 5G dan A37 5G: Tempahan dibuka di Malaysia, harga bermula RM1,799

Samsung Galaxy A57 5G dan A37 5G: Tempahan dibuka di Malaysia, harga bermula RM1,799

30 March 2026
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN