• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Samsung Galaxy XR dilancar: Jawapan kepada Apple Vision Pro dengan harga lebih mesra poket

  • OLEH Putra Aziz
  • 5:29 pm
  • 22/10/2025
  • Komen
Samsung Galaxy XR dilancar: Jawapan kepada Apple Vision Pro dengan harga lebih mesra poket
Share on FacebookShare on Twitter

Samsung kini rasmi perkenalkan set kepala realiti lanjutan (XR) baharu, Galaxy XR, yang sebelum ini dikenali sebagai Project Moohan. Set kepala ini boleh dianggap sebagai jawapan Samsung kepada Apple Vision Pro, menampilkan pengalaman XR premium dengan integrasi mendalam bersama Google Gemini, menjadikannya peranti “AI-native” pertama Samsung.

Galaxy XR juga menggunakan Android XR dan membolehkan interaksi menggunakan arahan suara, sekali gus memberikan kawalan lebih pintar dan lancar.



Harga Galaxy XR

Harga jualan Galaxy XR ialah USD1,799.99 (~RM7,613), jauh lebih rendah berbanding Apple Vision Pro (~USD3,499 / RM14,796).

Bagi mereka yang mahu kawalan tambahan, Samsung menawarkan Galaxy XR Controllers secara berasingan pada harga ~USD250 (~RM1,057).



Ciri dan spesifikasi Galaxy XR

Untuk kawalan dan navigasi, Samsung Galaxy XR membolehkan pengguna berinteraksi dengan antara muka dan aplikasi melalui isyarat tangan, sama seperti kebanyakan headset realiti lanjutan lain. Selain itu, pengguna juga boleh memilih untuk menggunakan alat kawalan fizikal Galaxy XR Controllers, yang dijual secara berasingan.

Salah satu ciri paling menarik pada headset ini ialah Circle To Search, di mana pengguna hanya perlu menunjuk ke arah objek, sama ada item maya atau dunia sebena, dan melukis bulatan dengan isyarat tangan untuk memulakan carian maklumat secara pantas.

Sebagai headset XR, Galaxy XR direka untuk memberikan pengalaman tontonan dan interaksi yang benar-benar imersif. Melalui demo rasmi, Samsung memperlihatkan beberapa aplikasi utama yang dioptimumkan untuk platform ini. Antara yang diketengahkan termasuk:

  • Google Maps: terokai dunia dalam 3D melalui pilihan Immersive View
  • Google Photos: tukar foto dan video 2D sedia ada kepada 3D dengan mudah
  • YouTube: tonton kandungan 180° dan 360° VR serta kandungan 3D spatial
  • Adobe Project Pulsar: cipta teks 3D, aset, dan kesan spatial untuk video sosial
  • Netflix for XR: laraskan saiz tontonan hanya dengan menarik pada bahagian sudut skrin

Selain itu, pengguna juga boleh meningkatkan produktiviti dengan menggunakan ruang tontonan yang luas dengan menghubungkan Galaxy XR ke Galaxy Book yang menggunakan Windows 11.

Dari segi spesifikasi, Galaxy XR dijana oleh cip Qualcomm Snapdragon XR2+ Gen 2, dipadankan dengan 16GB RAM dan storan dalaman 256GB. Ia menggunakan dua skrin Micro-OLED beresolusi tinggi 3,552 x 3,840, menyokong kadar penyegaran sehingga 90Hz, serta sudut pandangan 109 darjah secara mendatar dan 100 darjah secara menegak.

Untuk sistem pengimejan, headset ini dilengkapi kamera utama 6.5MP f/2.0 18mm bagi rakaman 3D, bersama dua kamera pass-through, enam kamera penjejak dunia, dan empat kamera penjejak mata. Ia turut disertakan lima sensor IMU, enam mikrofon, satu sensor kedalaman, dan satu sensor flicker bagi meningkatkan ketepatan interaksi maya.

Bagi pengalaman audio, Samsung melengkapkan headset ini dengan pembesar suara dua hala (2-way speakers) yang menyokong spatial audio, memberikan kesan bunyi yang lebih realistik dan mendalam.

Galaxy XR menggunakan pek bateri luaran yang mampu bertahan sehingga dua jam untuk penggunaan biasa, atau sehingga 2.5 jam jika digunakan khusus untuk menonton video. Selain itu, pengguna juga boleh terus memakai dan menggunakan set kepala sambil ia dicas pada masa yang sama.

Untuk maklumat lanjut, anda boleh layari laman produk Galaxy XR.

Tags: androidGalaxy XRProject MoohansamsungSamsung Galaxy XR
Putra Aziz

Putra Aziz

POPULAR

Infinix XPAD Edge tiba di Malaysia, tablet  mampu milik dengan 4G & skrin besar 13.2″

Infinix XPAD Edge tiba di Malaysia, tablet mampu milik dengan 4G & skrin besar 13.2″

18 December 2025
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024
Samsung Galaxy XR dilancar: Jawapan kepada Apple Vision Pro dengan harga lebih mesra poket

Samsung Galaxy XR dilancar: Jawapan kepada Apple Vision Pro dengan harga lebih mesra poket

22 October 2025
Realme C85 5G kini boleh didapati di Malaysia, telefon kalis air “IP69 Pro” & bateri 7,000mAh

Realme C85 5G kini boleh didapati di Malaysia, telefon kalis air “IP69 Pro” & bateri 7,000mAh

10 December 2025
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024
TIPS: 5 Cara semak kiblat dengan tepat jika anda tidak jumpa arah kiblat

TIPS: 5 Cara semak kiblat dengan tepat jika anda tidak jumpa arah kiblat

6 April 2023

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER