• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

SKMM cadang had dua SIM prabayar bagi setiap telco di Malaysia

  • OLEH Putra Aziz
  • 4:23 pm
  • 22/10/2025
  • Komen
TIPS: 9 Cara betulkan kad SIM yang tidak dapat dibaca
Share on FacebookShare on Twitter

Selepas pengumuman sebelum ini bahawa MyDigital ID bakal diwajibkan untuk pendaftaran SIM prabayar, kini Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) mencadangkan satu lagi langkah tambahan, mengehadkan setiap pengguna Malaysia kepada hanya dua kad SIM prabayar bagi setiap syarikat telekomunikasi.

Cadangan ini dimaklumkan oleh Timbalan Menteri Komunikasi, Teo Nie Ching, di Dewan Rakyat hari ini. Beliau menjawab pertanyaan daripada Ahli Parlimen Sungai Petani, Dr Taufiq Johari, yang bertanya mengenai pembangunan dasar AI beretika dan keupayaan forensik digital SKMM.



Menurut Teo, langkah ini merupakan sebahagian daripada proses rundingan awam untuk menggubal garis panduan pendaftaran SIM baharu. Selain itu, rundingan tersebut turut mempertimbangkan cadangan untuk mengehadkan warga asing kepada hanya dua nombor prabayar secara keseluruhan, tanpa mengira syarikat telekomunikasi yang digunakan.

Rundingan tersebut dijangka selesai pada hujung November, dengan penguatkuasaan peraturan baharu dijadualkan pada suku pertama tahun depan (2026). Untuk makluman anda, pada ketika ini juga, SKMM sedang menjalankan siasatan awam mengenai penentuan Standard Mandatori baharu bagi pendaftaran pengguna perkhidmatan prabayar, dari 14 Oktober hingga 28 November.



Beliau menjelaskan, pengetatan garis panduan ini bertujuan untuk mengurangkan penyalahgunaan SIM prabayar, yang sering digunakan bagi membuka akaun media sosial palsu, aktiviti penipuan, penyebaran maklumat palsu dan ugutan.

Untuk konteks, garis panduan sedia ada yang diperkenalkan sejak 2017 masih membenarkan seseorang mendaftar sehingga lima nombor prabayar bagi setiap telco. Ini bermakna, pengguna boleh memiliki lima nombor daripada setiap penyedia seperti Maxis, Celcom, Digi, U Mobile dan YTL, jumlah yang kini agak besar bagi satu individu dan membuka ruang kepada penyalahgunaan.

Mengenai MyDigital ID yang bakal diwajibkan untuk pendaftaran kad SIM prabayar, setakat ini masih tiada perkembangan terbaharu. Sebelum ini, ia diumumkan akan mula dikuatkuasakan hujung tahun ini, dan butiran lanjut akan dikongsikan kemudian.

[Sumber: FMT]

Tags: kad simMCMCprabayarsimSKMMsuruhanjaya komunikasi multimedia malaysia
Putra Aziz

Putra Aziz

POPULAR

TIPS: 9 Cara betulkan kad SIM yang tidak dapat dibaca

SKMM cadang had dua SIM prabayar bagi setiap telco di Malaysia

22 October 2025
KTM tawar tambang sehala eksklusif RM375 ke Hat Yai dengan Mysawasdee!

KTM tawar tambang sehala eksklusif RM375 ke Hat Yai dengan Mysawasdee!

28 September 2026
BeONE Mobile dilancar, telco MVNO dikuasakan Maxis dengan pelan 150GB dari RM25

BeONE Mobile dilancar, telco MVNO dikuasakan Maxis dengan pelan 150GB dari RM25

28 September 2026
Xiaomi 18 Pro & 18 Pro Max dilancar dengan paparan ‘Privacy Display’, Snapdragon 8 Elite Gen 6

Xiaomi 18 Pro & 18 Pro Max dilancar dengan paparan ‘Privacy Display’, Snapdragon 8 Elite Gen 6

24 September 2026
1 Oktober ini, bekalan ubat kini terus ke pintu rumah melalui aplikasi MyUBAT!

1 Oktober ini, bekalan ubat kini terus ke pintu rumah melalui aplikasi MyUBAT!

30 September 2026
Beli iPhone 18 Pro mengikut gaya anda: Yes tawar lebih banyak pilihan dengan rebat & cashback

Beli iPhone 18 Pro mengikut gaya anda: Yes tawar lebih banyak pilihan dengan rebat & cashback

17 September 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN