• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Tune Talk perbaharui pelan asas dengan Epik+ 28, tawar data 5G 50GB dengan hotspot

  • OLEH Putra Aziz
  • 3:15 pm
  • 05/11/2025
  • Komen
Tune Talk perbaharui pelan asas dengan Epik+ 28, tawar data 5G 50GB dengan hotspot
Share on FacebookShare on Twitter

Tune Talk kini telah menaik taraf prabayar Epik+ mereka dengan nilai lebih baik. Pelan asas Epik+ 25 kini digantikan dengan Epik+ 28, dengan sedikit kenaikan harga sebanyak RM3, namun menawarkan lebih banyak data dan kini membolehkan penggunaan hotspot.

Untuk perlindungan lebih baik, Tune Talk juga telah meningkatkan perlindungan Insurans Kemalangan Diri (PA) sebanyak 3 kali ganda tanpa sebarang caj tambahan. Seperti biasa, semua pelan Epik+ ini menyokong rangkaian 5G dan tiada had kelajuan.



Epik+ 25 digantikan dengan Epik+ 28

Macam yang dinyatakan tadi, Tune Talk kini menggantikan pelan Epik+ 25 berharga RM25/bulan sebelum ini kepada Epik+ 28 yang berharga RM28/bulan. Pelan asas ini menawarkan data 5G/4G sebanyak 50GB berkelajuan tanpa had, lengkap dengan panggilan tanpa had serta sokongan hotspot.

Sebelum ini, pelan Epik+ 25 hanya menyediakan 40GB data dan panggilan tanpa had, namun tidak menyediakan kuota hotspot.



Jika anda perlukan lebih banyak data, terdapat dua pilihan sedia ada lain. Epik+ 35 menyediakan kuota 150GB data 4G/5G pada harga RM35/bulan, manakala Epik+ 50 menyediakan kuota 350GB data 4G/5G pada harga RM50/bulan.

Kedua-dua pelan ini turut memberi akses dalam aplikasi Tune Talk untuk permainan dan drama.

Dari segi kelajuan, pelan Epik+ menyokong 5G sehingga 900Mbps sepanjang hari, bergantung pada liputan rangkaian. Tune Talk turut menyertakan 10 SMS percuma ke semua rangkaian. Dengan kemas kini baharu ini, semua pelan Epik+ kini membenarkan hotspot, namun jumlah peranti yang boleh disambung bergantung pada jenis pelan.

Menurut laman FAQ, hanya 1 peranti dibenarkan untuk hotspot di bawah pelan Epik+ 28. Untuk pelan Epik+ 35, ia menyokong sehingga 2 peranti, manakala Epik+ 50 membenarkan sehingga 3 peranti.

Bagi yang mahu lebih nilai, Tune Talk juga menawarkan penjimatan tambahan jika anda melanggan untuk tempoh lebih panjang. Langganan selama 12 bulan akan memberi diskaun RM26 untuk pelan Epik+ 28, atau 1 bulan percuma untuk pelan Epik+ 35 dan Epik+ 50.

Perlindungan insurans PA kini lebih tingi hingga RM150,000

Sejak diperkenalkan pada tahun 2009, Tune Talk memang dikenali sebagai satu-satunya telco prepaid yang menawarkan Perlindungan Kemalangan Diri (PA Insurance) secara percuma kepada pelanggan. Kini, nilai perlindungan tersebut dinaikkan sehingga 3 kali ganda, tanpa sebarang bayaran tambahan.

Pelan Epik+ 35 kini menerima perlindungan RM100,000 (sebelumnya RM50,000), manakala Epik+ 50 menikmati perlindungan RM150,000 (sebelumnya RM50,000).

Untuk melayakkan diri, pelanggan hanya perlu aktifkan pelan Epik+ 35 atau Epik+ 50 dan kekal aktif dengan tambah nilai selama 60 hari berturut-turut. Pelanggan sedia ada pelan Epik+ 35 dan Epik+ 50 juga akan layak secara automatik untuk perlindungan baharu ini.

Insurans PA percuma Tune Talk ini ditaja jamin oleh RHB Insurance, dan maklumat lanjut boleh didapati di laman rasmi Tune Talk.

Tags: insuransprabayartelcotune talkTune Talk Epik+ 28Tune Talk Epik+ 35Tune Talk Epik+ 50TuneTalk Epik
Putra Aziz

Putra Aziz

POPULAR

Tren ECRL EMU Kota Bharu ke Stesen Terminal Bersepadu Gombak, berapa jam perjalanan?

Tren ECRL EMU Kota Bharu ke Stesen Terminal Bersepadu Gombak, berapa jam perjalanan?

14 August 2026
Tune Talk perbaharui pelan asas dengan Epik+ 28, tawar data 5G 50GB dengan hotspot

Tune Talk perbaharui pelan asas dengan Epik+ 28, tawar data 5G 50GB dengan hotspot

5 November 2025
Siri Redmi Note 17 akan tiba di Malaysia 2 September dengan bateri gergasi 10,000mAh

Siri Redmi Note 17 akan tiba di Malaysia 2 September dengan bateri gergasi 10,000mAh

18 August 2026
Vibe Mobile tampil pelan prabayar dari RM17/bulan, dikuasai rangkaian Ultra 5G U Mobile

Vibe Mobile tampil pelan prabayar dari RM17/bulan, dikuasai rangkaian Ultra 5G U Mobile

15 August 2026
Honor Robot Phone kini rasmi: Kamera gimbal bermotor, dwikamera 200MP ARRI & bateri 7,060mAh

Honor Robot Phone kini rasmi: Kamera gimbal bermotor, dwikamera 200MP ARRI & bateri 7,060mAh

14 August 2026
Oppo beri rebat promosi sehingga RM300 sempena Hari Kebangsaan

Oppo beri rebat promosi sehingga RM300 sempena Hari Kebangsaan

18 August 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN