• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Feature

5 Terbaik: Fon putik bawah RM100, ada ANC dan bateri tahan lama!

  • OLEH Putra Aziz
  • 4:34 pm
  • 06/11/2025
  • Komen
5 Terbaik: Fon putik bawah RM100, ada ANC dan bateri tahan lama!
Share on FacebookShare on Twitter

Dah bosan dengan fon telinga berwayar dan nak beralih ke fon putik wayarles, tapi bajet tak besar? Jangan risau, dalam artikel ini kami senaraikan 5 fon putik wayarles terbaik bawah RM100 yang bukan sahaja berkualiti audio baik, tetapi juga menawarkan kependaman rendah, hayat bateri panjang, dan malah ada yang dilengkapi penyaring hingar aktif (ANC).

1. SonicGear Earpump XP2 – RM100

Kita mulakan senarai ini dengan SonicGear Earpump XP2. Kelebihan utama fon putik ini adalah ia datang dengan dongle USB-C di bawah bekas fon putik, membolehkan anda untuk mendapatkan kependaman lebih rendah 60ms dengan sambungan 2.4G melalui USB-C, selain masih boleh digunakan secara wayarles melalui Bluetooth 5.4.



Audio pula dikeluarkan oleh pemandu audio bersaiz 13mm, dan yang menariknya, fon putik ini juga dilengkapi dengan penyaring hingar aktif, sesuatu yang jarang ada untuk harga ini. Ia juga dibantu oleh teknologi Environmental Noise Cancellation (ENC) dengan empat mikrofon bagi memastikan panggilan lebih jelas. Hayat bateri fon putik pula boleh bertahan sehingga 3.5 jam, dan sampai 32 jam kalau gandingkan dengan bekas pengecas.

Anda boleh dapatkan SonicGear Earpump XP2 di Lazada dan Shopee. Untuk maklumat lanjut, layari laman produknya di sini.



2. Realme Buds T200 Lite – RM60

Kalau anda nak yang lebih murah sikit, Realme Buds T200 Lite ini juga pilihan menarik. Baru sahaja diumumkan pada April tahun ini, fon putik ini menawarkan masa penggunaan sehingga 7 jam pada fon putik dan sehingga 48 jam bersama bekas pengecas. Malah, ia turut menyokong dwisambungan peranti melalui Bluetooth 5.4.

Tiada fungsi ANC disediakan, tetapi fon putik ini dilengkapi dengan ciri “Call Noise Cancellation” bagi memastikan panggilan yang lebih jelas. Dari segi audio, Realme Buds T200 Lite hadir dengan pemandu dinamik 12.4mm. Menariknya, fon putik ini juga direka tahan lasak, lulus ujian jatuh setinggi 1.8m dan mampu bertahan suhu ekstrem -20°C hingga 60°C.

Anda boleh dapatkan Realme Buds T200 Lite di Lazada dan Shopee. Untuk maklumat lanjut, layari laman produknya di sini.

3. Earfun Air Life – RM70

Nak bateri tahan lebih lama? Earfund Air Life ini mampu menawarkan masa penggunaan sehingga 11 jam pada fon putik, dan sehingga 35 jam dengan bekas pengecas. Untuk audio, fon putik ini menggunakan pemandu komposit dinamik bersaiz 12mm, dan anda juga boleh melaras kualiti bunyi mengikut citarasa dengan 30 preset dan EQ tersuai melalui aplikasi Earfun Audio.

Untuk panggilan, ada juga fungsi ENC bagi mengurangkan bunyi luar dan memastikan suara anda kedengaran lebih jelas, serta boleh disambungkan pada peranti menggunakan Bluetooth 5.4. Ia juga diiktiraf kalis percikan air IPX5, jadi tak ada masalah kalau nak bawa masa bersukan.

Anda boleh dapatkan Earfun Air Life di Lazada dan Shopee. Untuk maklumat lanjut, layari laman produknya di sini.

4. QCY HT15 – RM75

Mungkin tidak ramai yang kenal dengan jenama QCY, tetapi jenama dari China ini sebenarnya cukup aktif menghasilkan pelbagai produk audio mampu milik. Model QCY HT15 hadir dengan pemandu audio 10mm, serta menawarkan 9 preset EQ yang boleh dipilih mengikut citarasa anda. Uniknya, ia juga tampil dengan kemasan kulit pada bekas fon putik, selain turut mempunyai tahap kalis percikan air IPX4.

Tapi yang paling menonjol, QCY HT15 ialah satu-satunya fon putik dalam senarai ini yang dilengkapi ANC adaptif sehingga 45dB, yang boleh melaras tahap penyaring bunyi mengikut persekitaran. Ia juga disokong 6 mikrofon dengan teknologi ENC untuk panggilan yang lebih jelas. Dengan Bluetooth 5.4, ia juga menyokong sambungan dwiperanti dan mod gaming untuk kependaman serendah 68ms.

Anda boleh dapatkan QCY HT15 di Lazada dan Shopee.

5. Huawei Freebuds SE 4 ANC – RM99

Huawei Freebdus SE ini masa dilancarkan September berharga RM249, tetapi sekarang boleh didapati jauh lagi murah, RM99 selepas baucar diskaun. Ia hadir dengan tiga mod ANC dengan kemampuan menyingkir hingar sehingga 24dB, serta hayat bateri panjang sampai10 jam pada fon putik dan sehingga 50 jam jika dengan bekas pengecas.

Fon putik ini juga kalis percikan air dan debu IP54 dan tahan lasak melepasi pelbagai ujian, menggunakan Bluetooth 5.4, dan menyokong pautan automatik apabila didekatkan ke telefon yang serasi.Ia menggunakan Bluetooth 5.4 serta menyokong pautan automatik apabila didekatkan ke telefon yang serasi. Selain itu, pengguna boleh mengesan fon putik dengan fungsi “Find Earbuds” dan melaras tetapan EQ melalui aplikasi Huawei AI Life atau Huawei Audio Connect.

Anda boleh dapatkan Huawei Freebuds SE 4 ANC di Lazada dan Shopee. Untuk maklumat lanjut, layari laman produknya di sini.

Tags: HuaweiHuawei Freebuds SE 4 ANCQCYQCY HT15RealmeSonicGearSonicGear Earpump XP2
Putra Aziz

Putra Aziz

POPULAR

5 Terbaik: Jam pintar bawah RM1,000 dengan GPS, bateri tahan & ciri kesihatan lengkap

5 Terbaik: Jam pintar bawah RM1,000 dengan GPS, bateri tahan & ciri kesihatan lengkap

18 November 2025
Proton Saga MC3 2026 bakal dilancar pada 27 November

Proton Saga MC3 2026 bakal dilancar pada 27 November

20 November 2025
5 Terbaik: Fon putik bawah RM100, ada ANC dan bateri tahan lama!

5 Terbaik: Fon putik bawah RM100, ada ANC dan bateri tahan lama!

6 November 2025
Xiaomi akan lancar siri flagship Poco F8 pada 26 November ini

Xiaomi akan lancar siri flagship Poco F8 pada 26 November ini

17 November 2025
Galaxy A07: Telefon permulaan dengan storan besar & tahan lama, kini Percuma di CelcomDigi

Galaxy A07: Telefon permulaan dengan storan besar & tahan lama, kini Percuma di CelcomDigi

10 November 2025
Honor Magic 8 Pro tiba di Malaysia 27 November, pembeli awal dapat Insta360 Ace percuma

Honor Magic 8 Pro tiba di Malaysia 27 November, pembeli awal dapat Insta360 Ace percuma

19 November 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER