• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Nubia Z80 Ultra tiba, telefon pertama diperkasa Snapdragon 8 Elite Gen 5 di Malaysia

  • OLEH Putra Aziz
  • 5:26 pm
  • 06/11/2025
  • Komen
Nubia Z80 Ultra tiba, telefon pertama diperkasa Snapdragon 8 Elite Gen 5 di Malaysia
Share on FacebookShare on Twitter

Nubia, jenama telefon pintar di bawah ZTE, kini melancarkan Nubia Z80 Ultra, model flagship terbaharu terbaru yang menggantikan tempat Z70 Ultra tahun lalu. Dengan pelancaran ini, Nubia Z80 Ultra juga menjadi telefon pintar pertama di Malaysia yang dikuasakan cip Snapdragon 8 Elite Gen 5.

Harga Nubia Z80 Ultra di Malaysia

Tersedia dalam satu varian, berikut adalah harga jualan Nubia Z80 Ultra di pasaran kita:



  • Nubia Z80 Ultra (16GB + 512GB) – RM3,699

Pengguna di Malaysia boleh dapatkan Nubia Z80 Ultra bermula hari ini, 6 November dan Nubia turut menawarkan hadiah percuma berupa pelindung telefon bernilai RM99 untuk pembeli awal. Promosi jualan pertama ini hanya sah sehingga 17 November, selagi stok masih ada.

Nubia Z80 Ultra boleh didapati dalam pilihan warna hitam dan putih, dan boleh dibeli secara dalam talian melalui laman rasmi Nubia Malaysia, atau kedai rasmi mereka di Lazada dan Shopee.



Spesifikasi Nubia Z80 Ultra

Bermula dengan rekaan, Nubia masih mengekalkan rekaan sama seperti sebelum ini dengan badan berkotak bagi Nubia Z80 baharu ini. Cuma perbezaan ketara adalah pada susunan kamera di belakang dan mereka turut menyatakan model baru ini tampil dengan badan gentian kristal yang ada lengkungan natural di keempat-empat sisi untuk genggaman lebih selesa.

Bahagian hadapan peranti menampilkan skrin AMOLED BOE X10 berukuran 6.85 inci, dengan resolusi 1.5K, kadar segar semula 144Hz, kecerahan puncak 2,000 nits, dan kadar pensampelan sentuh 3,000Hz. Ia turut mengekalkan kamera swafoto bawah skrin 16MP.

Untuk pengimejan di belakang, kiraan megapiksel kekal tidak berubah daripada generasi sebelumnya, masih gabungan 50MP+50MP+64MP. Namun, Nubia kini memuatkan sensor kamera utama baharu Omnivision 990 bersaiz 1/1.3 inci, dikatakan mampu menghasilkan imej lebih tajam dan terang walaupun dalam keadaan cahaya rendah.

Kamera utama ini menggunakan resolusi 50MP f/1.7 dengan jarak fokal 35mm. Ia digandingkan dengan kamera ultra lebar 50MP f/1.8 berjarak fokal 18mm serta kamera telefoto periskop 64MP f/2.4 yang menyokong zum optikal 2.7x.

Dari segi prestasi, nubia Z80 Ultra dikuasakan oleh cip Snapdragon 8 Elite Gen 5, digabungkan dengan RAM LPDDR5X sehingga 16GB dan storan UFS 4.1 sehingga 1TB. Untuk pengalaman gaming, ia dilengkapi dengan CUBE Gaming Engine dari siri RedMagic, menyokong permainan pada resolusi 2K dengan kadar 144Hz menerusi sistem AI Super Frame Stabilization bagi visual lebih lancar.

Sistem penyejukannya turut dinaik taraf dengan gabungan 3D Ice Steel VC dan cecair logam komposit, yang menurut Nubia meningkatkan kawasan penyejukan sehingga 35%. Di dalam, terdapat bateri besar 7,500mAh dengan sokongan pengecasan pantas 90W berwayar dan 80W wayarles. Ia juga menyokong sambungan 5G, WiFi 7 dan Bluetooth 6.0.


Tags: NubiaNubia Z80 UltraZTE
Putra Aziz

Putra Aziz

POPULAR

Now Brief di Galaxy S25: Ciri yang mudahkan hidup tanpa anda sedar

Now Brief di Galaxy S25: Ciri yang mudahkan hidup tanpa anda sedar

24 December 2025
AI dalam fotografi: Bagaimana telefon pintar ubah cara kita ambil gambar hari ini

AI dalam fotografi: Bagaimana telefon pintar ubah cara kita ambil gambar hari ini

31 December 2025
AI ubah cara rakyat Malaysia bekerja, Galaxy AI jadi alat produktiviti dalam poket

AI ubah cara rakyat Malaysia bekerja, Galaxy AI jadi alat produktiviti dalam poket

30 December 2025
Kenapa akaun TNG eWallet boleh digantung sementara, dan apa yang perlu anda tahu

Kenapa akaun TNG eWallet boleh digantung sementara, dan apa yang perlu anda tahu

27 January 2026
Nubia Z80 Ultra tiba, telefon pertama diperkasa Snapdragon 8 Elite Gen 5 di Malaysia

Nubia Z80 Ultra tiba, telefon pertama diperkasa Snapdragon 8 Elite Gen 5 di Malaysia

6 November 2025
Proton e.MAS 7 2026 pemasangan tempatan dilancarkan, harga dari RM99,800

Proton e.MAS 7 2026 pemasangan tempatan dilancarkan, harga dari RM99,800

21 January 2026

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER