• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Jenama Apple

Apple iPad Pro M5 kini di Malaysia, harga dari RM4,499

  • OLEH Putra Aziz
  • 3:25 pm
  • 10/11/2025
  • Komen
Apple iPad Pro M5 kini di Malaysia, harga dari RM4,499
Share on FacebookShare on Twitter

Selepas diumumkan pada pertengahan Oktober lalu, iPad Pro M5 kini rasmi dijual di Malaysia menerusi laman web Apple Malaysia. Berdasarkan semakan kami, penghantaran untuk model baharu ini dijangka bermula minggu ini, namun pilihan Store Pickup masih belum tersedia buat masa ini.

Harga iPad Pro M5 di Malaysia

iPad Pro (M5) 2025 11″



  • 256GB – RM4,499 (WiFi) / RM5,399 (5G)
  • 512GB – RM5,399 (WiFi) / RM6,299 (5G)
  • 1TB – RM7,199 (WiFi) / RM8,099 (5G)
  • 2TB – RM8,999 (WiFi) / RM9,899 (5G)

iPad Pro (M5) 2025 13″

  • 256GB – RM5,799 (WiFi) / RM6,699 (5G)
  • 512GB – RM6,699 (WiFi) / RM7,599 (5G)
  • 1TB – RM8,499 (WiFi) / RM9,399 (5G)
  • 2TB – RM10,299 (WiFi) / RM11,199 (5G)

Apple turut menawarkan aksesori untuk iPad Pro pada harga seperti berikut:



  • Nano-texture glass (1TB & 2TB sahaja) – RM400
  • Apple Pencil (USB-C) – RM349
  • Apple Pencil Pro – RM549
  • Magic Keyboard – RM1,599

Spesifikasi iPad Pro M5

iPad Pro baharu dikuasakan oleh cip Apple M5, yang dikatakan adalah sehingga 3.5 kali lebih pantas berbanding M4 dan 5.6 kali lebih pantas berbanding iPad Pro dengan M1. Tetapi terdapat perbezaan teras pada cip, di mana model 256GB dan 512GB hadir dengan CPU 9-teras, manakala model 1TB dan 2TB menggunakan CPU 10-teras.

Dari segi RAM, varian 256GB dan 512GB kini dilengkapi 12GB RAM (berbanding 8GB pada M4), manakala model 1TB dan 2TB menawarkan 16GB RAM. iPad Pro M5 juga menyokong sambungan WiFi 7 dan Bluetooth 6, sementara versi selular dengan modem C1X menawarkan prestasi data mudah alih sehingga 50% lebih pantas berbanding generasi sebelumnya.

Untuk skrin, iPad Pro M5 masih dikenakan dengan panel Ultra Retina XDR yang menggunakan teknologi tandem OLED dengan kadar segar semula 120Hz. Ia menyokong kecerahan 1,000 nits HDR setinggi 1,600 nits, sama seperti sebelum ini. Apple turut menawarkan pilihan skrin bertekstur nano yang lebih kurang silau.

Selain itu,  iPad Pro M5 kini menyokong sambungan ke paparan luaran sehingga 120Hz, lengkap dengan Adaptive Sync untuk memastikan latensi terendah ketika menggunakannya dengan paparan kedua. Hasilnya, pengguna boleh jangkakan gerakan lebih lancar dan kurang gangguan visual, terutamanya ketika gaming.

Hayat baterinya masih kekal sama seperti sebelum ini, sehingga 10 jam tontonan video. Namun yang bagusnya, iPad Pro ini hadir dengan sokongan pengecasan pantas, di mana model 11 inci dicas 0–50% dalam 30 minit, manakala 13 inci mengambil 35 minit apabila menggunakan Apple 40W Dynamic Power Adapter (60W Max) atau pengecas USB-C serasi 60W ke atas.

Untuk maklumat lanjut, layari laman produk iPad Pro M5.

Tags: appleapple malaysiaipad proiPad Pro M5
Putra Aziz

Putra Aziz

POPULAR

Apple iPad Pro M5 kini di Malaysia, harga dari RM4,499

Apple iPad Pro M5 kini di Malaysia, harga dari RM4,499

10 November 2025
Beli iPhone 18 Pro mengikut gaya anda: Yes tawar lebih banyak pilihan dengan rebat & cashback

Beli iPhone 18 Pro mengikut gaya anda: Yes tawar lebih banyak pilihan dengan rebat & cashback

17 September 2026
Mati-mati ingat TNB salah kira, rupanya ini sebab bil naik melambung!

Mati-mati ingat TNB salah kira, rupanya ini sebab bil naik melambung!

18 September 2026
Siri Oppo A7 Pro diumum dengan bateri 10,000mAh, tempahan dibuka dengan rebat RM200

Oppo A7 Pro 5G & A7 Pro Max 5G tiba di Malaysia, harga dari RM1,699

19 September 2026
iPhone 18 Pro: Ini perbandingan pelan telco paling ‘ngam’

iPhone 18 Pro: Ini perbandingan pelan telco paling ‘ngam’

16 September 2026
Siri Vivo X500 rasmi diumumkan, berkuasa Dimensity 9600 Pro, skrin 144Hz, telefoto ZEISS 200MP

Siri Vivo X500 rasmi diumumkan, berkuasa Dimensity 9600 Pro, skrin 144Hz, telefoto ZEISS 200MP

21 September 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN