• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

EV pertama Perodua bakal dilancar hujung November, disasarkan sebagai agenda nasional

  • OLEH Putra Aziz
  • 8:05 pm
  • 12/11/2025
  • Komen
EV pertama Perodua bakal dilancar hujung November, disasarkan sebagai agenda nasional
Share on FacebookShare on Twitter

Kenderaan elektrik (EV) baharu Perodua dijangka dilancarkan hujung November ini. Perkara itu dimaklumkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim semasa lawatannya ke ibu pejabat Perodua di Sungai Choh, Rawang, baru-baru ini.

Dalam ucapan beliau, Anwar beberapa kali memberi bayangan bahawa pelancaran EV pertama Perodua akan berlangsung pada penghujung bulan ini.Namun, tarikh tepat pelancaran masih belum didedahkan, namun beliau menjelaskan bahawa ia akan disahkan dalam tempoh satu atau dua hari lagi.



Lawatan Perdana Menteri Anwar Ibrahim ke fasiliti pengilangan Perodua di Rawang. Sumber: Facebook

Menariknya, beliau turut menyatakan bahawa EV baharu Perodua itu menepati konsep Malaysia Madani, kerana ia bersifat mampan, mesra alam, menggunakan teknologi canggih, dihasilkan secara tempatan, dan mampu milik.

…dan saya sedang menantikan pelancaran kereta yang konsep serta falsafahnya sangat berteraskan Madani.

Mampan, mesra alam, dihasilkan secara tempatan, dan menggunakan teknologi terkini. Itulah Perodua yang akan kita lancarkan pada hujung bulan ini, insya-Allah.

Saya sebut ia menepati konsep Madani kerana ia juga mampu milik, dan pengeluarannya perlu memenuhi keperluan negara. Pengeluaran yang dapat merangsang pertumbuhan ekonomi yang lebih segar dan seterusnya, untuk dieksport.

Apabila kita menggunakan EV, dan EV ini pula buatan tempatan, saya sangat kagum dengan keupayaan bakat-bakat tempatan.” – Perdana Menteri Anwar Ibrahim.

Apa yang kita tahu tentang EV Perodua setakat ini

Prototaip eV Perodua di Malaysia Autoshow 2025

Perjalanan Perodua dalam dunia EV bermula dengan model skala Electric Motion Online (eMO) yang diperkenalkan di Malaysia Auto Show 2023. Setahun kemudian, mereka memperkenalkan eMO-I, iaitu model Myvi yang diubah suai menjadi EV sepenuhnya.



Beberapa bulan selepas itu, Perodua memperkenalkan pula konsep eMO-II EV di KL International Mobility Show 2024, yang direalisasikan dengan bantuan daripada Bufori. Pada ketika itu juga, Perodua mendedahkan bahawa EV pertamanya akan dijual di bawah harga RM90,000.

Model Perodua eMO
Prototaip Perodua eMO-I
Prototaip Perodua eMO-II

Perodua turut berkongsi beberapa maklumat awal mengenai EV mereka semasa acara tersebut, antaranya:

  • Bateri LFP sekitar 50kWh daripada CATL
  • Jarak pemanduan sekitar 400km (kitaran ujian tidak didedahkan)
  • Pecutan 0–100km/j di bawah 7 saat
  • Masa pengecasan AC sekitar 8 jam untuk pengecasan penuh
  • Pengecasan pantas DC sekitar 30 minit untuk 30% hingga 80%

Pada Mei 2025, Perodua sekali lagi tampil besar-besaran di Malaysia Autoshow dengan memperkenalkan prototaip EV yang hampir siap untuk pengeluaran dalam bentuk separa potongan. Prototaip baharu ini menampilkan rekaan fastback dan tidak lagi menggunakan nama eMO, sebaliknya dipanggil sebagai “Perodua Aspirations”.

Ketika itu juga, Presiden dan CEO Perodua, Datuk Seri Zainal Abidin Ahmad, mengesahkan bahawa EV keluaran Perodua akan ditawarkan bersama perkhidmatan sewaan bateri dengan harga di bawah RM80,000. Walaupun tiada pemakluman baru tentang spesifikasi, beliau menyatakan bahawa EV ini mampu mencapai kelajuan maksimum 165km/j, dilengkapi sistem bantuan pemandu Tahap 2 (L2 ADAS), serta direka untuk memenuhi penarafan keselamatan 5-bintang A-NCAP.

Melihat kepada garis masa pembangunan yang panjang ini, EV pertama Perodua yang mungkin dikenali sebagai QV-E dijangka bakal membuat penampilan penuh dalam beberapa minggu akan datang.

Tags: Anwar IbrahimEVkenderaan elektrikPeroduaperodua ev
Putra Aziz

Putra Aziz

POPULAR

Infinix XPAD Edge tiba di Malaysia, tablet  mampu milik dengan 4G & skrin besar 13.2″

Infinix XPAD Edge tiba di Malaysia, tablet mampu milik dengan 4G & skrin besar 13.2″

18 December 2025
Realme C85 5G kini boleh didapati di Malaysia, telefon kalis air “IP69 Pro” & bateri 7,000mAh

Realme C85 5G kini boleh didapati di Malaysia, telefon kalis air “IP69 Pro” & bateri 7,000mAh

10 December 2025
EV pertama Perodua bakal dilancar hujung November, disasarkan sebagai agenda nasional

EV pertama Perodua bakal dilancar hujung November, disasarkan sebagai agenda nasional

12 November 2025
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024
AEON Bank sambut ulang tahun pertama dengan 8x ganjaran tunai, Kad Debit-i edisi khas, hadiah menarik & Neko Missions

AEON Bank sambut ulang tahun pertama dengan 8x ganjaran tunai, Kad Debit-i edisi khas, hadiah menarik & Neko Missions

28 May 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER