• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Unifi tawarkan FTTR percuma untuk pelan fiber 1Gbps, dari RM249/bulan

  • OLEH Putra Aziz
  • 12:48 am
  • 14/11/2025
  • Komen
Unifi tawarkan FTTR percuma untuk pelan fiber 1Gbps, dari RM249/bulan
Share on FacebookShare on Twitter

Unifi nampaknya kini sudah mula menawarkan Fibre-to-the-Room (FTTR) untuk pengguna rumah dan perniagaan yang mahukan sambungan internet lebih pantas dan stabil di setiap ruang. Menariknya, penyelesaian FTTR ini ditawarkan secara percuma apabila anda melanggan pelan Unifi Home atau Unifi Business 1Gbps dengan kontrak 24 bulan.

Berbeza daripada WiFi Mesh biasa, FTTR menggunakan sambungan gentian optik lutsinar yang disambung terus ke setiap bilik, membolehkan kelajuan ultra pantas dengan latensi sangat rendah, tanpa perlu tebuk atau ubah struktur dinding sedia ada.



Unifi Home 1Gbps percuma dengan FTTR

Untuk pelanggan rumah, Unifi menawarkan pelan 1Gbps + FTTR pada harga promosi RM249/bulan (harga asal RM289/bulan) dengan kontrak 24 bulan.

Pelan ini memberikan kelajuan 1Gbps untuk muat turun dan 500Mbps untuk muat naik, bersama 600 minit panggilan percuma ke talian mudah alih dan tetap seluruh negara. Jika berlaku gangguan, pelanggan turut dilindungi dengan jaminan pemulihan servis dalam masa 12 jam bekerja.



Dengan pelan ini, Unifi menyertakan Huawei OptiXstar HG8141XR-10 FTTR Hub dan Huawei OptiXstar K662d Mesh Satellite Hub, kedua-duanya menyokong WiFi 6.

Turut disertakan ialah Huawei ATB2119-S-4-XC-UPC FTTR Splitter dan Huawei ATB3116-T-2-XC-UPC Access Terminal Box (ATB), yang digunakan untuk menyambungkan Satellite Hub kepada Hub utama melalui kabel gentian optik lutsinar.

Untuk liputan lebih menyeluruh, pengguna boleh menambah sehingga 7 Mesh Satellite Hub tambahan. Setiap tambahan berharga RM850 sekali bayar atau RM40 sebulan, termasuk kabel gentian optik lutsinar sepanjang 30m, 1x ATB, dan 1.5m Fibre Patch Cord.

Perlu diingat, FTTR Splitter yang disertakan hanya menyokong sehingga 4 Satellite Hub. Jika mahu menambah unit keempat dan seterusnya, anda perlu membayar tambahan RM120 untuk Splitter dan RM80 untuk kabel 30m.

Unifi Business 1Gbps percuma dengan FTTR

Penyelesaian FTTR turut ditawarkan untuk pelanggan perniagaan melalui pelan Unifi Business 1Gbps + FTTR, yang berharga RM319/bulan (harga asal RM399/bulan) dengan kontrak 24 bulan.

Sama seperti versi rumah, pelan ini menawarkan kelajuan 1Gbps muat turun, 500Mbps muat naik, serta panggilan percuma bernilai RM70 (SVP70). Setiap langganan datang dengan satu FTTR Hub dan satu Mesh Satellite Hub percuma.

Jika perlu menambah liputan di ruang pejabat lebih luas, anda boleh menambah Satellite Hub tambahan dengan harga RM850 sekali bayar atau RM40/bulan. Untuk pemasangan yang memerlukan lebih daripada tiga satelit tambahan, pelanggan perlu menambah RM120 bagi Splitter tambahan dan RM80 untuk kabel gentian 30m.

Untuk maklumat lanjut, anda boleh layari laman rasmi Unifi FTTR bagi kategori Home dan Business.

Tags: fttrUnifiUnifi 1Gbps
Putra Aziz

Putra Aziz

POPULAR

Beli iPhone 18 Pro mengikut gaya anda: Yes tawar lebih banyak pilihan dengan rebat & cashback

Beli iPhone 18 Pro mengikut gaya anda: Yes tawar lebih banyak pilihan dengan rebat & cashback

17 September 2026
Unifi tawarkan FTTR percuma untuk pelan fiber 1Gbps, dari RM249/bulan

Unifi tawarkan FTTR percuma untuk pelan fiber 1Gbps, dari RM249/bulan

14 November 2025
Jangan simpan GrabCoins anda. Tukarkannya kepada baucar dan diskaun!

Jangan simpan GrabCoins anda. Tukarkannya kepada baucar dan diskaun!

14 August 2026
Sukar pilih laptop kerja yang tepat? MSI Modern 16S AI+ mungkin selesaikan dilema anda

Sukar pilih laptop kerja yang tepat? MSI Modern 16S AI+ mungkin selesaikan dilema anda

6 October 2026
Cari laptop kerja & gaming berbaloi? Ini sebab MSI Cyborg 15 Max patut jadi pilihan

Cari laptop kerja & gaming berbaloi? Ini sebab MSI Cyborg 15 Max patut jadi pilihan

2 October 2026
Bajet 2027: Rakyat dewasa dapat SARA RM100 dua kali, penerima STR sehingga RM1,800 setahun

Bajet 2027: Rakyat dewasa dapat SARA RM100 dua kali, penerima STR sehingga RM1,800 setahun

10 October 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN