• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Poco Pad X1 & Pad M1 dilancar, tablet bajet dengan skrin besar 12.1″ & Snapdragon 7s Gen 4

  • OLEH Putra Aziz
  • 6:09 pm
  • 26/11/2025
  • Komen
Poco Pad X1 & Pad M1 dilancar, tablet bajet dengan skrin besar 12.1″ & Snapdragon 7s Gen 4
Share on FacebookShare on Twitter

Selain siri Poco F8, Poco turut mengumumkan dua tablet baharu, iaitu Poco Pad M1 dan Pad X1. Kedua-duanya merupakan tablet kelas pertengahan, dan kelihatan ia adalah model berasaskan daripada tablet sedia ada Xiaomi.

Harga dan ketersediaan Poco Pad X1 dan Pad M1

Berikut adalah harga jualan tablet Poco Pad M1 dan Pad X1 di Malaysia:



  • Poco Pad M1 – RM1,199 RM999
  • Poco Pad X1 – RM1,499 RM1,299

Dari sekarang sehingga 18 september, selain diskaun, Poco turut menawarkan sarung tablet secara percuma kepada pembeli Pad M1, manakala pembeli Pad X1 boleh menikmati PWP 50% untuk keyboard dan Poco Focus Pen.

Sekiranya berminat, anda boleh dapatkan Poco Pad M1 dan Pad X1 menerusi mi.com serta stor rasmi di Lazada dan Shopee.



  • Poco Pad X1 – Shopee | Lazada
  • Poco Pad M1 – Shopee

Spesifikasi Poco Pad M1

Poco Pad M1 adalah sebuah tablet bersaiz 12.1″, dan ia dilihat adalah model yang dijenamakan semula daripada Xiaomi Redmi Pad 2 Pro yang baru dilancar September tahun ini.

Di hadapan, Poco Pad M1 dilengkapi panel IPS LCD 12.1″ dengan resolusi 2.5k (2560 x1600) dengan kecerahan sehingga 600 nits dan kadar segar semula 120Hz, selain turut menyokong Dolby Vision. Bunyi-bunyian tablet dikeluarkan oleh sistem kuadspeaker berteknologi Dolby Atmos dengan kelantangan 300%, dan terdapat jek audio 3.5mm untuk sambungan audio berwayar.

Dari segi prestasi, tablet ini dikuasakan cip kelas pertengahan Snapdragon 7s Gen 4, kemudian digandingkan RAM 8GB dan storan 256GB. Sekiranya anda perlukan storan lebih besar, tablet menyokong kad mikroSD sehingga 2TB. Menyalurkan tenaga pada tablet adalah bateri 12,000mAh, dan ia menyokong pengecasan pantas 33W USB-C serta pengecasan terbalik 27W.

Bahagian pengimejan tablet terdiri daripada kamera belakang 8MP f/2.1 dan kamera depan 8MP f/2.28. Tablet ini juga hadir dengan sokongan WiFi 6, Bluetooth 5.4, serta serasi dengan penggunaan aksesori papan kekunci dan stylus Poco Smart Pen. Dari segi dimensi, badan tablet senipis 7.5mm dan berat 610g, manakala badannya diperbuat daripada logam.

Ia tersedia dalam dua pilihan warna biru dan kelabu, dan akan menjalankan HyperOS 3 berasaskan Android 16 sejurus keluar kotak.

Spesifiasi Poco Pad X1

Sementara itu, Poco X1 nampaknya adalah model berasaskan Xiaomi Pad 7 tahun lepas. Dengan itu, tablet Poco X1 hadir dengan skrin IPS LCD sedikit lebih kecil, berukuran 11.2″ beresolusi 3.2k (3200 x 2136), tapi dengan kadar segar semula lebih pantas 144Hz. Kecerahan puncak yang disokong adalah setinggi 800 nits, dan ia menggunakan sistem kuadspeaker dengan kelantangan 200%.

Badannya diperbuat daripada aluminium aloi, dengan badan tablet senipis 6.18mm dan berat 500g. Ia ditawarkan dalam dua warna yang sama seperti Pad X1, iaitu kelabu dan biru.

Kuasa penggerak utama tablet Poco Pad X1 adalah cip Snapdragon 7+ Gen 3, dengan RAM LPDDR5X seluas 8GB dan storan UFS 4.0 seluas 512GB. Kapasiti bateri dimuatkan dalam tablet bersaiz 8,850mAh dan ia menyokong pengecasan lebih pantas 45W, namun tiada sokongan pengecasan terbalik disediakan.

Untuk kelengkapan kamera, tablet ini dilengkapi kamera utama 13MP f/2.2 dan kamera depan 8MP f/2.28. Dari segi ketersambungan, ia menyokong WiFi 6E, Bluetooth 5.4, dan turut menyokong aksesori seperti papan kekunci dan stailus Poco Focus Pen.

Untuk maklumat lanjut, anda boleh layari laman produk Poco Pad X1 dan Pad M1.

Tags: PocoPoco MalaysiaPoco Pad M1tabletxiaomi
Putra Aziz

Putra Aziz

POPULAR

Poco Pad X1 & Pad M1 dilancar, tablet bajet dengan skrin besar 12.1″ & Snapdragon 7s Gen 4

Poco Pad X1 & Pad M1 dilancar, tablet bajet dengan skrin besar 12.1″ & Snapdragon 7s Gen 4

26 November 2025
Realme C85 5G kini boleh didapati di Malaysia, telefon kalis air “IP69 Pro” & bateri 7,000mAh

Realme C85 5G kini boleh didapati di Malaysia, telefon kalis air “IP69 Pro” & bateri 7,000mAh

10 December 2025
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024
Menyambut era tanpa tunai, kemudahan yang bermanfaat buat semua

Menyambut era tanpa tunai, kemudahan yang bermanfaat buat semua

25 March 2025
AEON Bank sambut ulang tahun pertama dengan 8x ganjaran tunai, Kad Debit-i edisi khas, hadiah menarik & Neko Missions

AEON Bank sambut ulang tahun pertama dengan 8x ganjaran tunai, Kad Debit-i edisi khas, hadiah menarik & Neko Missions

28 May 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER