• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Aplikasi MyJPJ akan guna kaedah log masuk tunggal MyDigital ID bermula Feb 2026

  • OLEH Putra Aziz
  • 8:48 pm
  • 28/11/2025
  • Komen
Aplikasi MyJPJ akan guna kaedah log masuk tunggal MyDigital ID bermula Feb 2026
Share on FacebookShare on Twitter

Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia (JPJ) mengumumkan bahawa aplikasi MyJPJ akan beralih kepada kaedah log masuk tunggal menggunakan MyDigital ID, menggantikan sistem kata laluan sedia ada. Menurut JPJ, langkah ini penting bagi mengelakkan pembukaan akaun palsu serta akses tidak sah ke dalam sistem MyJPJ.

Berdasarkan pengumuman JPJ di laman Facebook mereka, peralihan ini akan berkuat kuasa mulai 1 Februari 2026 untuk semua warganegara Malaysia berumur 18 tahun ke atas.



Namun, JPJ menjelaskan bahawa pengguna bawah 18 tahun serta pemegang MyPR masih boleh menggunakan kaedah log masuk sedia ada melalui pautan khas, yang memerlukan 12 digit nombor MyKad atau MyPR bersama kata laluan. Bagi mereka yang belum pernah mendaftar MyJPJ, proses log masuk boleh dilakukan terus melalui MyDigital ID tanpa perlu membuat pendaftaran manual.

Setakat ini, MyJPJ memiliki 13 juta pengguna berdaftar, dan 1.3 juta daripadanya sudah menggunakan MyDigital ID untuk log masuk. Masih terdapat 11 juta pengguna yang perlu menyelesaikan proses pradaftar melalui pengesahan wajah bagi mempercepatkan pengaktifan MyDigital ID.



JPJ turut menggesa semua pengguna MyJPJ supaya mendaftar MyDigital ID lebih awal bagi memastikan urusan log masuk berjalan lancar apabila pelaksanaan baharu ini dikuatkuasakan pada Februari tahun depan. Pelaksanaan ini sebenarnya bukan perkara mengejutkan kerana ia telah diumumkan sejak Ogos lepas, uma tarikh penguatkuasaannya sedikit lewat berbanding aplikasi MyBayar PDRM yang sudah bermula pada 1 Oktober 2025.

MyDigital ID ialah platform identiti digital yang mengesahkan identiti pengguna secara tepat melalui pangkalan data Kerajaan, Jabatan Pendaftaran Negara tanpa menyimpan sebarang data peribadi pengguna, diumumkan pada April tahun lalu. Penggunaan MyDigital ID dikatakan bukan sahaja meningkatkan keselamatan transaksi digital, malah lebih mudah dan lancar, tanpa perlu pengguna ingat kata laluan.

Tags: jabatan pengangkutan jalanJPJmyjpj
Putra Aziz

Putra Aziz

POPULAR

Aplikasi MyJPJ akan guna kaedah log masuk tunggal MyDigital ID bermula Feb 2026

Aplikasi MyJPJ akan guna kaedah log masuk tunggal MyDigital ID bermula Feb 2026

28 November 2025
PDRM uji Nissan Kicks e-Power selama 2 bulan untuk operasi barisan hadapan

PDRM uji Nissan Kicks e-Power selama 2 bulan untuk operasi barisan hadapan

7 August 2026
Redmi A7 Malaysia: Telefon bajet bawah RM500 dengan skrin 120Hz & bateri 5,200mAh

Redmi A7 Malaysia: Telefon bajet bawah RM500 dengan skrin 120Hz & bateri 5,200mAh

7 August 2026
Tren ECRL EMU Kota Bharu ke Stesen Terminal Bersepadu Gombak, berapa jam perjalanan?

Tren ECRL EMU Kota Bharu ke Stesen Terminal Bersepadu Gombak, berapa jam perjalanan?

14 August 2026
Omoda C7 PHEV dibuka untuk tempahan di Malaysia, harga anggaran RM180,000

Omoda C7 PHEV dibuka untuk tempahan di Malaysia, harga anggaran RM180,000

10 August 2026
Tiket F1 Bahrain GP 2026 di Malaysia rasmi mula dijual, harga dari RM200 untuk rakyat Malaysia

Tiket F1 Bahrain GP 2026 di Malaysia rasmi mula dijual, harga dari RM200 untuk rakyat Malaysia

13 August 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN