• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Aplikasi telco kini diintegrasi MyDigital ID, wajib sahkan SIM prabayar

  • OLEH Putra Aziz
  • 12:21 pm
  • 01/12/2025
  • Komen
Aplikasi telco kini diintegrasi MyDigital ID, wajib sahkan SIM prabayar
Share on FacebookShare on Twitter

Bermula hari ini, 1 Disember 2025, proses pengesahan MyDigital ID mula diintegrasikan ke dalam semua aplikasi telco di Malaysia. Perkara ini pertama kali diumumkan oleh Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil awal November sebagai usaha memastikan setiap nombor telefon mudah alih dipautkan kepada identiti digital yang sah.

Menurut kenyataan rasmi MyDigital ID, langkah ini bertujuan melindungi pengguna daripada panggilan scam, penyamaran identiti dan penipuan, masalah yang sering berlaku apabila SIM prabayar didaftarkan tanpa pengesahan atau menggunakan maklumat dicuri. Ia juga akan menghalang individu daripada mengaktifkan SIM baharu menggunakan MyKad orang lain.



Tanpa integrasi ini, seseorang boleh mendaftarkan sehingga lima SIM bagi setiap telco. Dengan 12 telco beroperasi, ini bermakna seorang individu berpotensi memiliki sehingga 60 SIM berdaftar, satu kelompongan besar yang cuba ditutup melalui MyDigital ID.

Kelebihan penggunaan MyDigital ID di app telco

Dengan sokongan Agensi Keselamatan Siber Negara (NACSA) dan diselaraskan oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC), langkah baharu ini terdiri daripada tiga komponen utama:



  1. Pengguna boleh menyemak semua nombor prabayar yang didaftarkan menggunakan nombor MyKad mereka, dan mengesahkan yang benar-benar milik mereka.
  2. Semua pendaftaran SIM prabayar baharu wajib disahkan melalui aplikasi telco masing-masing.
  3. Pengguna akan menerima proses log masuk Single Sign-On (SSO) yang lebih selamat dan lancar, sekali gus mengelakkan pengambilalihan akaun, phishing dan akses tidak sah.

Ketua Eksekutif NACSA, Ir. Dr. Megat Zuhairy Megat Tajuddin menjelaskan bahawa pelaksanaan akan berbeza mengikut telco. Ada telco yang mula dengan satu komponen terlebih dahulu, manakala yang lain mungkin melaksanakan lebih daripada satu secara serentak. Pelaksanaan penuh akan dibuat secara berperingkat.

Untuk makluman anda, MyDigital ID ialah platform identiti digital yang bertindak sebagai sambungan digital yang sah kepada identiti MyKad anda. Ia telah pun digunakan dalam beberapa aplikasi kerajaan dan menjadi kaedah log masuk wajib untuk aplikasi MyBayar PDRM dan seterusnya MyJPJ . Sistem ini hanya terpakai kepada warganegara Malaysia.

Tags: Fahmi FadzilMyDigital IDtelco
Putra Aziz

Putra Aziz

POPULAR

AEON Bank Tawarkan Pembiayaan Peribadi-i Untuk Bantu Ringankan Kekangan Bajet

AEON Bank Tawarkan Pembiayaan Peribadi-i Untuk Bantu Ringankan Kekangan Bajet

25 December 2025
Aplikasi telco kini diintegrasi MyDigital ID, wajib sahkan SIM prabayar

Aplikasi telco kini diintegrasi MyDigital ID, wajib sahkan SIM prabayar

1 December 2025
AI dalam fotografi: Bagaimana telefon pintar ubah cara kita ambil gambar hari ini

AI dalam fotografi: Bagaimana telefon pintar ubah cara kita ambil gambar hari ini

31 December 2025
Siri Oppo Reno 15 tiba di Malaysia dengan kamera 200MP & bateri 7,000mAh, dari RM1,499

Siri Oppo Reno 15 tiba di Malaysia dengan kamera 200MP & bateri 7,000mAh, dari RM1,499

6 January 2026
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024
AI ubah cara rakyat Malaysia bekerja, Galaxy AI jadi alat produktiviti dalam poket

AI ubah cara rakyat Malaysia bekerja, Galaxy AI jadi alat produktiviti dalam poket

30 December 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER