• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Samsung Galaxy Z TriFold: Telefon lipat tiga nipis dengan skrin besar 10″ & bateri 5,600mAh

  • OLEH Putra Aziz
  • 3:26 pm
  • 02/12/2025
  • Komen
Samsung Galaxy Z TriFold: Telefon lipat tiga nipis dengan skrin besar 10″ & bateri 5,600mAh
Share on FacebookShare on Twitter

Samsung kini memperkenalkan Galaxy Z TriFold, telefon pintar lipat tiga mereka yang pertama, dan turut dilihat sebagai pesaing kepada Huawei Mate XT yang diumumkan Februari tahun ini. Selain dilengkapi perkakasan bertaraf flagship, model ini juga hadir dengan skrin dalaman terbesar pernah digunakan pada telefon Galaxy serta memiliki rekaan sangat nipis dalam keadaan lipatannya dibuka.

Spesifikasi Samsung Galaxy Z TriFold

Salah satu keunikan Galaxy Z TriFold ialah rekaan “inward-folding”, di mana kedua-dua panel skrin dalam melipat ke arah bahagian dalam, sekali gus melindungi skrin utama ketika ditutup. Dengan pendekatan ini, peranti ini mempunyai dua skrin berasingan, satu di luar dan satu di dalam, berbeza daripada Huawei Mate XT yang menggunakan satu panel besar untuk kedua-dua



Untuk mencapainya, Samsung menggunakan dua engsel Armor FlexHinge yang berbeza saiz dengan struktur dwi-rail bagi memastikan lipatan yang lebih stabil dan selaras, selain mengekalkan jarak lipatan yang sangat minima antara panel skrin. Bahagian engsel turut menampilkan kepingan logam khusus untuk melindungi mekanisma lipatan. Keseluruhan bingkainya menggunakan Advanced Armor Aluminum yang tahan lasak, manakala panel belakang pula diperbuat daripada bahan polimer diperkukuh dengan seramik dan gentian kaca.

Untuk paparan, skrin luarnya berukuran 6.5” AMOLED Dynamic 2X FHD+ (2520×1080) dengan 120Hz dan kecerahan puncak 2,600 nits, dilindungi Gorilla Glass Ceramic 2 sama seperti Galaxy Z Fold 7. Apabila lipatan dibuka, ia berubah menjadi paparan besar 10” QXGA+ (2160×1584) 120Hz dengan kecerahan puncak 1,600 nits, lengkap dengan lapisan khas bagi menyerap hentakan. Saiz ini lebih besar berbanding skrin dalaman 7.9” pada Huawei Mate XT.



Galaxy Z TriFold juga merupakan peranti lipat Samsung paling nipis apabila dibuka, hanya 3.9mm, lebih nipis daripada Galaxy Z Fold 7 (4.2mm). Namun apabila dilipat, ia agak tebal 12.9mm dalam keadaan dilipat dan berat pada 309g. Peranti ini turut menerima penarafan IP48 untuk ketahanan debu dan percikan air.

Atas papan utama, Galaxy Z TriFold diperkasa cip flagship tahun lepas Snapdragon 8 Elite 3nm, dipadankan dengan RAM 16GB dan storan sehingga 1TB. Tenaganya disalurkan oleh bateri 5,600mAh dengan konfigurasi tiga sel, yang juga paling besar yang pernah dimuatkan dalam telefon lipat Samsung. Untuk mengecas, ia menyokong pengecasan 45W USB-C dan 15W wayarles

Konfigurasi kamera juga sama seperti Galaxy Z Fold 7, menampilkan kamera utama 200MP f/1.7, ultralebar 12MP f/2.4 dan telefoto 10MP f/2.4 dengan zum optikal 3x serta digital sehingga 30x. Untuk selfie, terdapat dua kamera 10MP masing-masing pada skrin luar dan skrin dalaman.

Selain itu, Samsung turut menyatakan bahawa Galaxy Z TriFold adalah telefon pintar pertama mereka menyokong Samsung DeX secara standalone terus pada peranti, membolehkan sehingga empat ruang kerja dibuka dan lima aplikasi dijalankan serentak. Bukan setakat itu, terdapat juga Extended Mode untuk penggunaan dengan monitor.

Ia hadir dengan One UI 8 berasaskan Android 16, lengkap dengan Galaxy AI dan integrasi Gemini untuk ciri seperti Photo Assist, Generative Edit, Sketch to Image dan Browsing Assist. Lain-lain termasuk sokongan 5G, WiFi 7, Bluetooth 5.4 dan ditawarkan hanya dalam satu warna hitam.

Ketersediaan Galaxy Z TriFold

Galaxy Z TriFold akan mula dijual di Korea Selatan bermula 12 Disember 2025 sebelum diperluas ke pasaran seperti China, Taiwan, Singapura dan UAE. Di Amerika Syarikat, jualan hanya bermula pada suku pertama 2026. Buat masa ini, belum ada maklumat rasmi untuk pelancaran di Malaysia.

Berkenaan harga, Galaxy TriFold boleh dibeli pada harga KRW 3,590,400 (-RM10,102) untuk storan 512GB di Korea Selatan.

Selain itu, Samsung turut menawarkan percuma langganan 6 bulan Google AI Pro dan diskaun 50% bagi satu kali pembaikan skrin kepada pembeli Galaxy Z TriFold.

[Sumber: Samsung]

Tags: Galaxy Z TriFoldsamsungsamsung galaxySamsung Galaxy Z TriFold
Putra Aziz

Putra Aziz

POPULAR

Galaxy A07: Telefon permulaan dengan storan besar & tahan lama, kini Percuma di CelcomDigi

Galaxy A07: Telefon permulaan dengan storan besar & tahan lama, kini Percuma di CelcomDigi

10 November 2025
Samsung Galaxy Z TriFold: Telefon lipat tiga nipis dengan skrin besar 10″ & bateri 5,600mAh

Samsung Galaxy Z TriFold: Telefon lipat tiga nipis dengan skrin besar 10″ & bateri 5,600mAh

2 December 2025
Perodua QV-E dilancar: EV sportback 201hp, jarak 445km NEDC, harga RM80k tak termasuk bateri

Perodua QV-E dilancar: EV sportback 201hp, jarak 445km NEDC, harga RM80k tak termasuk bateri

1 December 2025
Proton Saga MC3 2026 bakal dilancar pada 27 November

Proton Saga MC3 2026 bakal dilancar pada 27 November

20 November 2025
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024
Menyambut era tanpa tunai, kemudahan yang bermanfaat buat semua

Menyambut era tanpa tunai, kemudahan yang bermanfaat buat semua

25 March 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER