• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Infinix umum kerjasama Pininfarina, bakal lancar Note 60 Ultra dengan rekaan premium Itali

  • OLEH Putra Aziz
  • 4:39 pm
  • 04/12/2025
  • Komen
Infinix umum kerjasama Pininfarina, bakal lancar Note 60 Ultra dengan rekaan premium Itali
Share on FacebookShare on Twitter

Infinix telah mengumumkan kerjasama strategik bersama Pininfarina, syarikat reka bentuk automotif Itali yang terkenal dengan legasi lebih 95 tahun, untuk penghasilan telefon pintar flagship mereka yang akan datang. Pengumuman ini dibuat semasa persidangan Business of Design Week 2025 yang berlangsung di Hong Kong.

Menurut Infinix, kolaborasi ini akan diperlihatkan pada reka bentuk telefon siri flagship baharu mereka, bermula dengan Infinix Note 60 Ultra yang dijangka dilancar pada 2026. Pininfarina sendiri terkenal sebagai pereka bagi beberapa model automotif ikonik seperti Ferrari Testarossa dan Alfa Romeo Spider.



Berdasarkan teaser poster yang dikongsikan, ia menampilkan garisan melengkung berwarna merah, ciri ikonik jenama automotif tersebut, yang dijangka digunakan pada rekaan Note 60 Ultra. Imej yang dikongsi semasa pembentangan turut memperlihatkan lencana Pininfarina dengan kemasan merah pada peranti ini, walaupun keseluruhan reka bentuk masih belum didedahkan.

Ini bukan kali pertama Infinix menjalinkan kerjasama dengan syarikat automotif, kerana sebelum ini mereka pernah bekerjasama dengan BMW Group Designworks untuk siri Note 40 Racing Edition tahun lalu.



Dalam strategi mereka untuk memperkukuh imej produk kelas premium, Infinix melihat elemen reka bentuk sebagai faktor penting. CEO Infinix, Tony Zhao, berkata kerjasama dengan rakan industri terkemuka seperti Pininfarina adalah langkah penting untuk memperkukuhkan asas reka bentuk bagi produk masa depan, bermula dengan siri Note 60.

Sementara itu, Fabio Caloril, Naib Presiden Kanan Pininfarian berkata, kerjasama ini memberikan peluang untuk membawa warisan reka bentuk Itali Pininfarina ke dalam dunia teknologi, menggabungkan kecantikan dan prestasi bagi menghasilkan pengalaman pengguna yang lebih mendalam dan berkesan.

Dalam masa sama, Infinix dilaporkan sedang mencatat pertumbuhan kukuh di pasaran global. Laporan IDC Q2 2025 menunjukkan Infinix mencatatkan peningkatan penghantaran paling besar di Asia Tenggara bagi suku tersebut.

Berbalik kepada Note 60 Ultra, buat masa ini, Infinix masih belum mengumumkan tarikh pelancaran rasmi Note 60 Ultra, namun butiran lanjut mengenai rekaan, ciri, dan ketersediaan dijangka dikongsi dalam masa terdekat.

Tags: Infinixinfinix noteInfinix Note 60 UltraPininfarina
Putra Aziz

Putra Aziz

POPULAR

Infinix umum kerjasama Pininfarina, bakal lancar Note 60 Ultra dengan rekaan premium Itali

Infinix umum kerjasama Pininfarina, bakal lancar Note 60 Ultra dengan rekaan premium Itali

4 December 2025
Xiaomi TV Stick 4K Gen-2 dilancar, tukar TV biasa jadi Google TV pada RM219

Xiaomi TV Stick 4K Gen-2 dilancar, tukar TV biasa jadi Google TV pada RM219

20 February 2026
Guna kalkulator ini untuk kira amaun KWSP Akaun 3 yang boleh dikeluarkan

Guna kalkulator ini untuk kira amaun KWSP Akaun 3 yang boleh dikeluarkan

8 May 2024
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024
Huawei Band 11 & 11 Pro: Skrin lebih cerah & ada GPS terbina, harga bermula RM149

Huawei Band 11 & 11 Pro: Skrin lebih cerah & ada GPS terbina, harga bermula RM149

24 February 2026
Infinix Note 60 Pro dilancar dengan Snapdragon 7s Gen 4 & paparan Active Matrix

Infinix Note 60 Pro dilancar dengan Snapdragon 7s Gen 4 & paparan Active Matrix

27 February 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN