• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Time perkenal pelan internet fiber tanpa kontrak untuk masa terhad

  • OLEH Putra Aziz
  • 5:05 pm
  • 08/01/2026
  • Komen
Time perkenal pelan internet fiber tanpa kontrak untuk masa terhad
Share on FacebookShare on Twitter

Kalau anda tidak mahu terikat dengan kontrak Internet rumah yang panjang atau risau kena bayar deposit, Time kini ada jawapannya. Time Home Internet kini memperkenalkan Pelan Tanpa Kontrak untuk tempoh terhad, bermula hari ini 8 Januari 2026.

Dengan pelan ini, anda boleh menikmati Internet fiber ultra pantas tanpa perlu bayar deposit, dan tiada penalti sekiranya ingin hentikan perkhidmatan. Ini menjadikannya sesuai untuk untuk penyewa, digital nomad atau sesiapa sahaja yang memerlukan langganan jangka pendek.



Untuk pengetahuan anda, sebelum ini Time pernah menawarkan kontrak lebih singkat 12 bulan dan pilihan tanpa kontrak, tetapi dengan bayaran bulanan lebih tinggi dan caj pendahuluan untuk pemasangan serta peralatan. Dengan promosi baharu ini, pengguna boleh menikmati kelebihan yang sama dengan langganan kontrak 24 bulan tetapi tanpa terikat kontrak dan tanpa caj pendahuluan.

Terdapat dua pilihan pelan yang ditawarkan untuk promosi Pelan Tanpa Kontrak, iaitu 600Mbps pada harga RM139 sebulan dan 1Gbps pada harga RM199 sebulan. Kedua-duanya termasuk pemasangan percuma dengan jadual pemasangan fleksibel, router WiFi 6, dan kedua-dua pelan juga mempunyai kelajuan muat naik 500Mbps.



Sila ambil perhatian bahawa promosi pelan tanpa kontrak ini hanya berlangsung dari 7 Januari hingga 7 Februari 2026 dan terhad kepada 1,000 pengguna sahaja, jadi mereka yang berminat perlu bertindak segera.

Menurut FAQ Time, anda masih layak untuk promosi ini walaupun pemasangan dilakukan selepas tempoh promosi, selagi pendaftaran dibuat dalam tempoh promosi dan pengaktifan perkhidmatan diselesaikan dalam masa dua bulan dari tarikh langganan.

Pengguna juga bebas untuk menaik taraf atau menurunkan taraf pelan bila-bila masa kerana promosi ini hanya mengecualikan caj pendahuluan semasa pendaftaran. Tiada penalti awal dikenakan kerana ini adalah Pelan Tanpa Kontrak, tetapi sekiranya menamatkan langganan, peranti yang diberikan perlu dipulangkan dalam keadaan baik atau caj penalti mungkin dikenakan

Jika langganan dibatalkan sebelum perkhidmatan diaktifkan atau sebelum pemasangan dilakukan, permohonan akan ditarik balik dan promosi tidak lagi sah.

Untuk maklumat lanjut, anda boleh layari laman Pelan Tanpa Kontrak Time.

Tags: Jalur lebarJalur Lebar FiberPelan Tanpa Kontraktime
Putra Aziz

Putra Aziz

POPULAR

Time perkenal pelan internet fiber tanpa kontrak untuk masa terhad

Time perkenal pelan internet fiber tanpa kontrak untuk masa terhad

8 January 2026
GXBank kini tawar eSIM Firsty dalam aplikasi, pelanggan baharu dapat pulangan tunai 100%

GXBank kini tawar eSIM Firsty dalam aplikasi, pelanggan baharu dapat pulangan tunai 100%

13 July 2026
Amazfit Balance 3 & Balance Ultra: Jam pintar untuk latihan HYROX, bateri sehingga 30 hari

Amazfit Balance 3 & Balance Ultra: Jam pintar untuk latihan HYROX, bateri sehingga 30 hari

13 July 2026
Huawei Pura 90s Pro dan Pro Max akan tiba di Malaysia 14 Julai, tempahan awal sudah dibuka

Huawei Pura 90s Pro dan Pro Max akan tiba di Malaysia 14 Julai, tempahan awal sudah dibuka

6 July 2026
Microsoft Surface Pro 12 & Surface Laptop 8 dikuasakan Snapdragon X2 kini rasmi, dari RM6,999

Microsoft Surface Pro 12 & Surface Laptop 8 dikuasakan Snapdragon X2 kini rasmi, dari RM6,999

9 July 2026
RedMagic 11S Pro rasmi: Snapdragon 8 Elite & bateri 7,500mAh, harga bermula RM3,799

RedMagic 11S Pro rasmi: Snapdragon 8 Elite & bateri 7,500mAh, harga bermula RM3,799

7 July 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN