• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Sekatan Grok ditarik balik di Malaysia, MCMC sahkan X laksana langkah keselamatan

  • OLEH Putra Aziz
  • 5:01 pm
  • 23/01/2026
  • Komen
Sekatan Grok ditarik balik di Malaysia, MCMC sahkan X laksana langkah keselamatan
Share on FacebookShare on Twitter

Kerajaan Malaysia sebelum ini mengumumkan penyekatan terhadap penggunaan kecerdasan buatan Grok di Malaysia, susulan isu penyalahgunaan penjanaan imej AI. Kini akses Grok telah dikembalikan semula di Malaysia selepas kenyatan terbaharu yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) hari ini di laman Facebook-nya.

Menurut kenyataan tersebut, MCMC memaklumkan bahawa sekatan akses sementara terhadap penggunaan aplikasi Grok di platform X telah ditarik balik berkuat kuasa hari ini. Keputusan itu dibuat selepas platform berkenaan melaksanakan langkah-langkah pencegahan dan keselamatan tambahan bagi menangani kebimbangan yang dibangkitkan sebelum ini.



MCMC turut mendedahkan bahawa satu mesyuarat telah diadakan pada 21 Januari 2026 melibatkan Kementerian Komunikasi, MCMC serta wakil platform X berhubung aplikasi Grok. Mesyuarat tersebut bertujuan mendapatkan penjelasan serta komitmen daripada pihak X berkaitan pelaksanaan langkah pencegahan dan pematuhan terhadap undang-undang di Malaysia.

Dalam pertemuan itu, pihak X telah mengesahkan bahawa langkah keselamatan yang diperlukan telah dilaksanakan terhadap aplikasi Grok.



Susulan penjelasan dan pengesahan awal tersebut, MCMC mengambil keputusan untuk menarik balik sekatan akses sementara yang dikenakan sebelum ini. Walau bagaimanapun, MCMC menegaskan bahawa penggunaan aplikasi Grok masih tertakluk kepada pemantauan berterusan oleh pihak berkuasa tempatan.

MCMC turut menekankan bahawa keselamatan pengguna kekal sebagai keutamaan utama. Sebarang kegagalan mematuhi keperluan kawal selia atau pelanggaran undang-undang Malaysia akan ditangani secara tegas selaras dengan peruntukan undang-undang sedia ada.

Dalam perkembangan berkaitan, sebelum ini Kementerian Komunikasi juga dilaporkan sedang mengkaji semula had 8 juta pengguna bagi pelesenan automatik media sosial. Langkah itu dipertimbangkan susulan kebimbangan terhadap tahap akauntabiliti platform besar, khususnya berkaitan kandungan berasaskan AI dan keselamatan pengguna dalam talian.

Tags: grokKementerian KomunikasiMCMCsuruhanjaya komunikasi multimedia malaysia
Putra Aziz

Putra Aziz

POPULAR

Sekatan Grok ditarik balik di Malaysia, MCMC sahkan X laksana langkah keselamatan

Sekatan Grok ditarik balik di Malaysia, MCMC sahkan X laksana langkah keselamatan

23 January 2026
Kenapa masih ada ATM yang kenakan caj RM1 selepas 1 Julai? Ini sebabnya

Kenapa masih ada ATM yang kenakan caj RM1 selepas 1 Julai? Ini sebabnya

3 July 2026
Oppo Find X9 Ultra rasmi di Malaysia, guna telefoto 50MP 10x Hasselblad pertama industri

Meneroka Keunikan Warisan Kelantan Bersama Flagship Fotografi Muktamad, OPPO Find X9 Ultra!

16 June 2026
Acer Day 2026: Diskaun laptop sehingga RM2,000, kerusi gaming Nitro hanya RM99

Acer Day 2026: Diskaun laptop sehingga RM2,000, kerusi gaming Nitro hanya RM99

6 July 2026
Astro perkenal Astro X3, pelan penstriman tanpa dekoder & kontrak, dari RM39.99/bulan

Astro perkenal Astro X3, pelan penstriman tanpa dekoder & kontrak, dari RM39.99/bulan

7 July 2026
LRT3 Laluan Shah Alam kini dibuka: Tambang & parkir percuma sehingga 31 Julai

LRT3 Laluan Shah Alam kini dibuka: Tambang & parkir percuma sehingga 31 Julai

29 June 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN