• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Tesla perkenal Model 3 Standard RWD di Malaysia, varian mampu milik WLTP 534km

  • OLEH Putra Aziz
  • 3:35 pm
  • 23/01/2026
  • Komen
Tesla perkenal Model 3 Standard RWD di Malaysia, varian mampu milik WLTP 534km
Share on FacebookShare on Twitter

Rakyat Malaysia kini boleh membeli sebuah Tesla baharu pada harga setanding Honda Civic. Tesla akhirnya melancarkan Model 3 Standard RWD di Malaysia, menjadikannya model Tesla paling mampu milik dalam barisan, atau boleh dianggap sebagai Tesla “Rahmah”.

Walaupun ditawarkan pada harga yang jauh lebih rendah, Model 3 Standard RWD masih mengekalkan kecekapan tenaga terbaik dalam kelasnya, ciri keselamatan menyeluruh serta akses penuh kepada ekosistem Tesla, termasuk aplikasi Tesla dan rangkaian Supercharger. Malah, varian ini turut menawarkan jarak pemanduan sedikit lebih jauh berbanding Model 3 Premium RWD sedia ada.



Lebih menarik, spesifikasi untuk pasaran Malaysia sebenarnya lebih baik berbanding versi yang dijual di Amerika Syarikat. Model 3 Standard RWD di Malaysia masih didatangkan dengan Autopilot Asas lengkap dengan Auto Steer sebagai ciri standard.

Harga Tesla Model 3 Standard RWD di Malaysia

Tesla Model 3 Standard RWD ditawarkan pada harga bermula RM147,600, sebelum sebarang opsyen tambahan. Ini menjadikannya RM21,400 lebih murah berbanding Model 3 Premium RWD. Dengan pengenalan varian ini, Model 3 bukan Performance kini dilabel semula sebagai model “Premium”.



Dari segi prestasi, perbezaannya agak kecil. Model 3 Standard RWD menawarkan jarak pemanduan WLTP sehingga 534km, sedikit lebih jauh berbanding Premium RWD pada 520km. Pecutan 0–100km/j mengambil masa 6.2 saat, hanya 0.1 saat lebih perlahan, manakala kelajuan maksimum kekal sama pada 201km/j.

Berikut ialah harga terkini barisan Tesla Model 3 di Malaysia:

  • Model 3 Standard RWD – RM147,600
  • Model 3 Premium RWD – RM169,000
  • Model 3 Premium Long Range RWD – RM185,000
  • Model 3 Premium Long Range AWD – RM199,000
  • Model 3 Performance AWD – RM229,000

Menurut Tesla Malaysia, Model 3 Standard RWD boleh dimiliki dengan ansuran bulanan serendah RM1,138, berdasarkan pembiayaan dengan bayaran pendahuluan 30%, tempoh 108 bulan dan kadar faedah 1.99%.

Apa yang berbeza pada Model 3 Standard RWD?

Bagi mengekalkan harga yang lebih rendah, Tesla telah melakukan beberapa langkah penjimatan kos. Antaranya termasuk penggunaan tempat duduk vegan leather dengan sisipan fabrik tanpa fungsi ventilasi, pelarasan stereng secara manual, ketiadaan kawalan fizikal untuk pelarasan tempat duduk berkuasa, serta tiada penutup gelangsar untuk dua pemegang cawan di bahagian hadapan.

Model spesifikasi asas ini juga tidak didatangkan dengan lampu pencahayaan dalam kabin, kaca akustik, radio FM dan skrin kedua untuk penumpang belakang. Walau bagaimanapun, corong penyaman udara belakang masih disertakan, walaupun dengan kawalan manual. Dari segi suspensi, Model 3 Standard RWD menggunakan penyerap hentakan pasif, berbeza dengan penyerap hentakan bergantung frekuensi pada varian lebih mahal.

Untuk bahagian dalaman, hanya satu pilihan warna hitam ditawarkan. Bagi luaran, warna Stealth Grey disertakan sebagai standard, manakala Pearl White Multi-Coat dan Diamond Black ditawarkan dengan bayaran tambahan. Hanya ada satu pilihan roda tersedia iaitu rim Prismata 18 inci.

Berita baiknya, pengguna di Malaysia masih menikmati ciri bantuan pemandu (ADAS) yang sama seperti Model 3 “Premium”. Autopilot Asas yang turut merangkumi Auto Steer disertakan sebagai standard, berbeza dengan apa yang ditawarkan di Amerika Syarikat. Selain itu, pembeli masih boleh menambah pakej Enhanced Autopilot yang merangkumi fungsi Autopark pada harga RM16,000.

Bagi ciri Full Self-Driving, ia turut ditawarkan sebagai pilihan tambahan dengan harga RM32,000.

Tempahan untuk Tesla Model 3 Standard RWD kini boleh dibuat sepenuhnya secara dalam talian menerusi laman web rasmi Tesla Malaysia.

Tags: TeslaTesla Model 3Tesla Model 3 Standard
Putra Aziz

Putra Aziz

POPULAR

Tesla perkenal Model 3 Standard RWD di Malaysia, varian mampu milik WLTP 534km

Tesla perkenal Model 3 Standard RWD di Malaysia, varian mampu milik WLTP 534km

23 January 2026
Kenapa masih ada ATM yang kenakan caj RM1 selepas 1 Julai? Ini sebabnya

Kenapa masih ada ATM yang kenakan caj RM1 selepas 1 Julai? Ini sebabnya

3 July 2026
Oppo Find X9 Ultra rasmi di Malaysia, guna telefoto 50MP 10x Hasselblad pertama industri

Meneroka Keunikan Warisan Kelantan Bersama Flagship Fotografi Muktamad, OPPO Find X9 Ultra!

16 June 2026
Acer Day 2026: Diskaun laptop sehingga RM2,000, kerusi gaming Nitro hanya RM99

Acer Day 2026: Diskaun laptop sehingga RM2,000, kerusi gaming Nitro hanya RM99

6 July 2026
Astro perkenal Astro X3, pelan penstriman tanpa dekoder & kontrak, dari RM39.99/bulan

Astro perkenal Astro X3, pelan penstriman tanpa dekoder & kontrak, dari RM39.99/bulan

7 July 2026
LRT3 Laluan Shah Alam kini dibuka: Tambang & parkir percuma sehingga 31 Julai

LRT3 Laluan Shah Alam kini dibuka: Tambang & parkir percuma sehingga 31 Julai

29 June 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN