• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

WhatsApp umum ciri keselamatan lebih ketat, sekat media & panggilan tak dikenali

  • OLEH Putra Aziz
  • 6:13 pm
  • 28/01/2026
  • Komen
WhatsApp umum ciri keselamatan lebih ketat, sekat media & panggilan tak dikenali
Share on FacebookShare on Twitter

Sempena Data Privacy Day, WhatsApp hari ini telah mengumumkan satu ciri keselamatan baharu yang dikenali sebagai “Strict Account Settings“. Ciri ini merupakan lapisan perlindungan tambahan yang direka khusus untuk pengguna tertentu yang berdepan risiko tinggi menjadi sasaran serangan siber yang “canggih”.

Berbeza dengan ciri keselamatan sedia ada yang dibangunkan untuk kegunaan umum, Strict Account Settings bukan ditujukan kepada semua pengguna. Sebaliknya, ia diperkenalkan sebagai mod perlindungan “lockdown” untuk individu yang benar-benar memerlukan tahap keselamatan lebih ketat, seperti wartawan, aktivis, dan individu berprofil tinggi.



Menurut WhatsApp, kebanyakan pengguna tidak menjadi sasaran serangan siber berskala besar. Namun bagi segelintir pengguna yang berisiko tinggi, ciri ini diwujudkan bagi mengurangkan pendedahan kepada eksploitasi keselamatan yang disasarkan.

Apa yang berlaku apabila Strict Account Settings diaktifkan?

Apabila diaktifkan, Strict Account Settings akan mengunci beberapa tetapan akaun kepada tahap paling ketat, sekali gus mengehadkan beberapa fungsi WhatsApp demi memaksimumkan perlindungan.



Antaranya, lampiran dan media daripada individu yang tidak berada dalam senarai kenalan akan disekat secara automatik, serta panggilan daripada nombor tidak dikenali yang akan disenyapkan. Selain itu, alamat IP pengguna juga akan disembunyikan semasa panggilan bagi mengelakkan pengesanan lokasi.

Dari segi keselamatan akaun, ciri ini akan mengaktifkan pengesahan dua langkah (two-step verification), menghidupkan dan mengunci notifikasi keselamatan. WhatsApp juga menggalakkan penggunaan sandaran mesej yang disulitkan hujung ke hujung untuk pengguna yang menggunakan fungsi sandaran.

Bagi mesej pula, pratonton pautan akan dimatikan dan mesej dalam jumlah besar daripada akaun tidak dikenali akan disekat. Ini bertujuan mengurangkan risiko pendedahan kepada pautan berbahaya atau fail berniat jahat yang sering digunakan dalam serangan siber bersasar.

Maklumat profil seperti status Last seen dan Online, gambar profil, ruangan About serta pautan pada profil juga akan dikunci supaya hanya boleh diakses oleh kenalan atau senarai terhad yang telah ditetapkan. Untuk ciri kumpulan pula, hanya kenalan atau individu dalam senarai tertentu sahaja dibenarkan menambah pengguna ke dalam kumpulan.

Tetapan keselamatan ini tidak boleh diubah selagi Strict Account Settings diaktifkan. Langkah ini diambil bagi mengelakkan pengguna daripada menurunkan tahap perlindungan akaun mereka secara tidak sengaja.

Cara mengaktifkan Strict Account Settings

WhatsApp memaklumkan ciri Strict Account Settings ini akan diperkenalkan secara berperingkat dalam tempoh beberapa minggu akan datang. Pengguna yang ingin mengaktifkannya boleh berbuat demikian dengan pergi ke bahagian Settings > Privacy > Advanced.

Perlu diingatkan, ciri ini hanya boleh dihidupkan atau dimatikan melalui peranti utama pengguna.

[Sumber: WhatsApp]

Tags: metaStrict Account Settingswhatsapp
Putra Aziz

Putra Aziz

POPULAR

WhatsApp umum ciri keselamatan lebih ketat, sekat media & panggilan tak dikenali

WhatsApp umum ciri keselamatan lebih ketat, sekat media & panggilan tak dikenali

28 January 2026
Vivo V80 Lite 5G dengan bateri 10,000mAh rasmi di Malaysia, harga dari RM1,399

Vivo V80 Lite 5G dengan bateri 10,000mAh rasmi di Malaysia, harga dari RM1,399

4 September 2026
8 perkara wajib tahu sebelum naik ETS EMUPlus ke Ipoh di stesen Bandar Tasik Selatan!

8 perkara wajib tahu sebelum naik ETS EMUPlus ke Ipoh di stesen Bandar Tasik Selatan!

3 September 2026
Redmi Note 17 5G & 4G Malaysia: Skrin besar 6.99″, bateri 7,700mAh, dari RM749

Redmi Note 17 5G & 4G Malaysia: Skrin besar 6.99″, bateri 7,700mAh, dari RM749

2 September 2026
Proton S70 Lite & Prime dibuka untuk tempahan: Anggaran harga bawah RM60k, guna enjin 1.5L NA & CVT

Proton S70 Lite & Prime dibuka untuk tempahan: Anggaran harga bawah RM60k, guna enjin 1.5L NA & CVT

7 September 2026
Belum dilancar, rekaan iPhone 18 Pro & iPhone lipat “Ultra” sudah terdedah menerusi dbrand

Belum dilancar, rekaan iPhone 18 Pro & iPhone lipat “Ultra” sudah terdedah menerusi dbrand

9 September 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN