• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Jenama Apple

Ciri notifikasi hipertensi Apple Watch kini tersedia di Malaysia

  • OLEH Putra Aziz
  • 5:08 pm
  • 29/01/2026
  • Komen
Ciri notifikasi hipertensi Apple Watch kini tersedia di Malaysia
Share on FacebookShare on Twitter

Apple telah mengumumkan ketersediaan ciri notifikasi hipertensi pada Apple Watch untuk pengguna di Malaysia. Ciri notifikasi hipertensi ini boleh memberi amaran kepada pengguna jika tanda-tanda tekanan darah tinggi kronik atau hipertensi dikesan.

Ciri ini pertama kali diumumkan semasa acara pelancaran Apple pada September 2025, bersama pengenalan Apple Watch Series 11 dan Watch Ultra 3. Namun, ia tidak terhad kepada model baharu sahaja, sebaliknya turut disokong pada Apple Watch Series 9 ke atas, termasuk Apple Watch Ultra 2.



Hipertensi atau tekanan darah tinggi merupakan faktor risiko utama bagi penyakit serius seperti serangan jantung, strok dan penyakit buah pinggang. Menurut Apple, di peringkat global, dianggarkan sekitar 1.4 bilion orang dewasa hidup dengan tekanan darah tinggi. Walau bagaimanapun, ramai tidak menyedari keadaan ini kerana mereka jarang menjalani pemeriksaan kesihatan berkala, dan bacaan tekanan darah yang diambil sekali-sekala di klinik juga boleh terlepas pandang.

Bagaimana notifikasi hipertensi Apple Watch berfungsi

Ciri notifikasi hipertensi ini menggunakan sensor optik kadar denyutan jantung pada Apple Watch untuk menganalisis bagaimana salur darah bertindak balas terhadap setiap denyutan jantung. Algoritma ini berfungsi secara pasif di latar belakang, dengan data dianalisis dalam tempoh 30 hari.



Sekiranya sistem mengesan tanda-tanda hipertensi yang konsisten, pengguna akan menerima notifikasi. Maklumat ini bertujuan memberi gambaran awal tentang risiko kesihatan yang mungkin dihadapi, hanya dengan memakai Apple Watch seperti biasa.

Disokong kajian dan pengesahan klinikal

Seperti ciri kesihatan Apple yang lain, notifikasi hipertensi dibangunkan berasaskan pengesahan saintifik. Ia menggunakan teknologi pembelajaran mesin yang dilatih dengan data daripada lebih 100,000 peserta. Selepas itu, prestasi ciri ini disahkan melalui kajian klinikal yang melibatkan lebih 2,000 peserta.

Apple menganggarkan ciri ini berpotensi memaklumkan lebih 1 juta orang yang menghidap hipertensi tetapi belum tahu tentangnya dalam tahun pertama pelancarannya.

Selain itu, Apple turut menjelaskan bahawa ciri ini bukan alat diagnosis perubatan dan ia tidak akan mengesan semua kes tekanan darah tinggi. Namun, sebagai alat amaran awal, ia boleh membantu pengguna mengambil langkah seterusnya lebih awal.

Sekiranya pengguna menerima notifikasi hipertensi, Apple mengesyorkan agar mereka merekod bacaan tekanan darah selama tujuh hari berturut-turut menggunakan alat pengukur tekanan darah (blood pressure cuff). Rekod tersebut kemudian boleh dikongsi dengan doktor atau penyedia penjagaan kesihatan semasa lawatan seterusnya.

Pendekatan ini selari dengan garis panduan semasa untuk diagnosis dan pengurusan hipertensi yang disyorkan.

[Sumber: Apple]

Tags: appleapple malaysiaapple watchApple Watch Series 11apple watch series 9apple watch ultra 2Apple Watch Ultra 3Notifikasi hipertensi
Putra Aziz

Putra Aziz

POPULAR

Ciri notifikasi hipertensi Apple Watch kini tersedia di Malaysia

Ciri notifikasi hipertensi Apple Watch kini tersedia di Malaysia

29 January 2026
Vivo V70 rasmi di Malaysia dengan skrin OLED 6.59″, bateri 6,500mAh, harga dari RM1,999

Vivo V70 rasmi di Malaysia dengan skrin OLED 6.59″, bateri 6,500mAh, harga dari RM1,999

5 March 2026
Honor Magic V6 rasmi, telefon lipat pertama kalis air IP69 dengan bateri besar 6,660mAh

Honor Magic V6 rasmi, telefon lipat pertama kalis air IP69 dengan bateri besar 6,660mAh

2 March 2026
MacBook Neo: Laptop “Rahmah” Apple dengan cip A18 Pro dan bateri hingga 16 jam

MacBook Neo: Laptop “Rahmah” Apple dengan cip A18 Pro dan bateri hingga 16 jam

5 March 2026
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024
iQoo 15R 15R tiba di Malaysia dengan Snapdragon 8 Gen 5, bateri 7,600mAh, dari RM2,499

iQoo 15R 15R tiba di Malaysia dengan Snapdragon 8 Gen 5, bateri 7,600mAh, dari RM2,499

2 March 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN