• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Infinix Note Edge dilancar di Malaysia, harga RM999 dengan bateri besar 6,500mAh

  • OLEH Putra Aziz
  • 3:27 pm
  • 04/02/2026
  • Komen
Infinix Note Edge dilancar di Malaysia, harga RM999 dengan bateri besar 6,500mAh
Share on FacebookShare on Twitter

Selepas membuat kemunculan di pasaran antarabangsa, kini Infinix melancarkan Infinix Note Edge untuk pasaran Malaysia. Ia merupakan telefon pintar kelas pertengahan yang dikatakan pertama di dunia menggunakan cip MediaTek Dimensity 7100 5G, selain menampilkan rekaan nipis dan kapasiti bateri yang besar.

Harga dan ketersediaan Infinix Note Edge di Malaysia

Di Malaysia, Infinix Note Edge ditawarkan pada harga RM999 untuk satu konfigurasi sahaja, iaitu 8GB RAM dan 256GB storan.



Sebagai tawaran pelancaran, setiap pembelian turut disertakan dengan hadiah percuma bernilai RM109, merangkumi sarung telefon, tali strap dan kaca pelindung skrin.

Jika berminat, anda boleh membeli Infinix Note Edge menerusi stor rasmi Infinix di TikTok, kedai jenama Infinix dan pengedar sah Infinix di seluruh Malaysia.



Spesifikasi Infinix Note Edge

Infinix Note Edge dikuasakan oleh cip kelas pertengahan terbaharu MediaTek Dimensity 7100 5G. Menurut Infinix, peranti ini mampu mencatat skor melebihi 810,000 mata dalam ujian AnTuTu, selain menyokong kadar bingkai sehingga 90fps untuk permainan seperti Honor of Kings. Ia dipadankan dengan RAM 8GB dan storan dalaman 256GB, dengan sokongan MemFusion bagi memperluas RAM secara maya sehingga 16GB.

Telefon ini turut dilengkapi One-Tap Button yang boleh disesuaikan untuk mengaktifkan pembantu maya Folax AI. Dari segi audio, ia menggunakan sistem pembesar suara stereo ditala JBL. Infinix Note Edge juga hadir dengan rekaan nipis 7.2mm, berat 185g, dan ditawarkan dalam empat pilihan warna iaitu Lunar Titanium (kelabu), Silk Green (hijau), Stellar Blue (biru) dan Shadow Black (hitam).

Di bahagian hadapan, telefon ini menampilkan skrin AMOLED melengkung 3D bersaiz 6.78 inci dengan resolusi 1.5K, kadar segar semula 120Hz, serta kecerahan puncak sehingga 4,500 nits. Ia juga mempunyai bezel ultra nipis 1.87mm pada bahagian paling nipis, dan dan dilindungi oleh Corning Gorilla Glass 7i.

Lubang pada bahagian atas skrin menempatkan kamera hadapan 12MP. Di belakang pula, walaupun kelihatan seperti mempunyai dua modul kamera, Infinix Note Edge sebenarnya hanya dilengkapi satu kamera utama 50MP. Kamera ini menggunakan sensor bersaiz 1/2 inci dengan piksel 0.8μm, yang dikatakan mampu menghasilkan gambar dengan butiran baik dan warna lebih semula jadi, termasuk dalam keadaan cahaya rendah.

Untuk tenaga, telefon ini dimuatkan dengan bateri 6,500mAh, iaitu kapasiti terbesar yang pernah digunakan oleh Infinix setakat ini. Menurut syarikat itu, bateri ini mampu menawarkan sehingga 26 jam penggunaan Google Maps secara berterusan atau 22 jam tontonan YouTube. Ia turut menyokong pengecasan pantas 45W, yang didakwa mampu mencapai sekitar 45% dalam masa 27 minit.minit.

Sejurus keluar kotak, Infinix Note Edge menjalankan XOS 16 berasaskan Android 16. Infinix juga menjanjikan sokongan tiga kali kemas kini sistem operasi serta lima tahun tampalan keselamatan untuk peranti ini.

Untuk maklumat lanjut, anda boleh layari laman produk Infinix Note Edge.

Tags: InfinixInfinix MalaysiaInfinix Note Edge
Putra Aziz

Putra Aziz

POPULAR

Infinix Note Edge dilancar di Malaysia, harga RM999 dengan bateri besar 6,500mAh

Infinix Note Edge dilancar di Malaysia, harga RM999 dengan bateri besar 6,500mAh

4 February 2026
KLIMS 2026 bakal kembali Jun ini, lebih daripada sekadar pameran kereta

KLIMS 2026 bakal kembali Jun ini, lebih daripada sekadar pameran kereta

10 June 2026
Vivo Y31s 5G Malaysia: Bateri BlueVolt 6,500mAh & kalis air IP69+ pada harga RM1,199

Vivo Y31s 5G Malaysia: Bateri BlueVolt 6,500mAh & kalis air IP69+ pada harga RM1,199

11 June 2026
Oppo Find X9 Ultra rasmi di Malaysia, guna telefoto 50MP 10x Hasselblad pertama industri

Meneroka Keunikan Warisan Kelantan Bersama Flagship Fotografi Muktamad, OPPO Find X9 Ultra!

16 June 2026
ASUS ExpertBook Ultra dilancar di Malaysia, laptop ringan 0.99kg, skrin Tandem OLED 3K & Intel Core Ultra X7

ASUS ExpertBook Ultra dilancar di Malaysia, laptop ringan 0.99kg, skrin Tandem OLED 3K & Intel Core Ultra X7

12 June 2026
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN