• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

SARA RM100 dikreditkan hari ini, kini terpakai untuk makanan sejuk beku

  • OLEH Putra Aziz
  • 2:42 pm
  • 09/02/2026
  • Komen
SARA RM100 dikreditkan hari ini, kini terpakai untuk makanan sejuk beku
Share on FacebookShare on Twitter

Kredit Sumbangan Asas Rahmah (SARA) RM100 sekali beri dikreditkan ke MyKad semua rakyat Malaysia yang layak hari ini,, bermula 9 Februari 2026. Ini merupakan pusingan kedua bantuan SARA yang diumumkan sebelum ini dalam Bajet 2026.

Bantuan ini dikreditkan terus ke MyKad penerima dan boleh ditebus di lebih 10,000 kedai serta pasar raya yang mengambil bahagian di seluruh negara.



Siapa yang layak?

SARA RM100 diberikan kepada semua rakyat Malaysia berumur 18 tahun ke atas. Bantuan ini dijangka memanfaatkan sekitar 22 juta rakyat Malaysia, dengan kos keseluruhan dianggarkan mencecah RM2.2 bilion.

Kredit RM100 ini tidak perlu digunakan dalam satu transaksi. Baki yang masih ada boleh digunakan pada bila-bila masa sehingga 31 Disember 2026, namun sebarang baki yang tidak digunakan selepas tarikh tersebut akan luput secara automatik.



Kini merangkumi 15 kategori barangan asas, termasuk makanan sejuk beku

Seperti diumumkan oleh Perdana Menteri Anwar Ibrahim pagi ini, senarai barangan yang boleh ditebus menggunakan SARA kini diperluaskan untuk makanan sejuk beku.

Dengan kemas kini ini, jumlah kategori keperluan asas di bawah SARA meningkat kepada 15 kategori, melibatkan lebih 140,000 barangan yang layak ditebus di seluruh negara.

Antara contoh makanan sejuk beku yang kini boleh ditebus menggunakan kredit SARA termasuk ayam dan produk ternakan, ayam bersalut tepung, daging, ikan dan makanan laut, burger, sayur-sayuran sejuk beku, nuget, bebola daging, sosej, makanan sedia dimakan.

Penerima boleh menyemak kelayakan SARA RM100 secara dalam talian melalui laman rasmi program SARA. Tiada pendaftaran baharu diperlukan kerana bantuan ini diberikan secara automatik kepada semua rakyat Malaysia dewasa yang layak.

Cara tebus kredit SARA RM100

Untuk menebus kredit SARA, penerima hanya perlu:

  • Kunjungi kedai atau pasar raya yang menyertai program SARA.
  • Pilih barangan yang layak di bawah kategori SARA.
  • Pergi ke kaunter khas Sumbangan Asas Rahmah (SARA) / MyKasih.
  • Serahkan MyKad kepada juruwang.
  • Jika diminta, masukkan PIN 6 digit pertama nombor MyKad.
  • Simpan resit selepas transaksi selesai.

Tags: SARASARA RM100Sumbangan Asas Rahmah
Putra Aziz

Putra Aziz

POPULAR

SARA RM100 dikreditkan hari ini, kini terpakai untuk makanan sejuk beku

SARA RM100 dikreditkan hari ini, kini terpakai untuk makanan sejuk beku

9 February 2026
Penggabungan Maxis-U Mobile: Apa kesannya kepada pengguna di Malaysia?

Penggabungan Maxis-U Mobile: Apa kesannya kepada pengguna di Malaysia?

2 November 2026
RedMagic tawar tablet gaming Astra 2 versi rasmi SIRIM di Malaysia dari RM3,399

RedMagic tawar tablet gaming Astra 2 versi rasmi SIRIM di Malaysia dari RM3,399

31 October 2026
Tuju akhirnya “baiki” isu navigasi di Android dengan cara yang sangat menarik

Tuju akhirnya “baiki” isu navigasi di Android dengan cara yang sangat menarik

3 November 2026
Honor Pad X7b, tablet 4G mampu milik dengan skrin 2K & bateri 8,000mAh kini di Malaysia

Honor Pad X7b, tablet 4G mampu milik dengan skrin 2K & bateri 8,000mAh kini di Malaysia

30 October 2026
CelcomDigi dan ZK Racing Team bekerjasama lahirkan generasi baharu pelumba Malaysia

CelcomDigi dan ZK Racing Team bekerjasama lahirkan generasi baharu pelumba Malaysia

29 October 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN