• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Jenama Apple

iPhone 17e: Cip A19, sokong MagSafe dan storan 256GB pada harga RM2,999

  • OLEH Putra Aziz
  • 2:22 pm
  • 03/03/2026
  • Komen
iPhone 17e: Cip A19, sokong MagSafe dan storan 256GB pada harga RM2,999
Share on FacebookShare on Twitter

Apple akhirnya memperkenalkan iPhone 17e, model paling mampu milik dalam barisan iPhone 17 yang diumumkan September tahun lalu. Walaupun reka bentuknya masih sama seperti iPhone 16e tahun lalu, model baharu ini hadir dengan cip Apple terkini, ketahanan skrin yang dipertingkat serta sokongan MagSafe buat pertama kali untuk siri “e”.

Menariknya, harga permulaan masih kekal RM2,999, tetapi kini storan asas kini lebih besar 256GB.



Harga iPhone 17e di Malaysia

iPhone 17e akan dibuka untuk pratempahan di lebih 70 negara termasuk Malaysia bermula Rabu, 4 Mac 2026. Ia akan mula dijual secara rasmi pada 11 Mac 2026. Berikut adalah harga rasmi di Malaysia:

  • iPhone 17e 256GB – RM2,999
  • iPhone 17e 512GB – RM3,999

Telefon ini ditawarkan dalam tiga pilihan warna iaitu Black, White dan Soft Pink.



Apple turut memperkenalkan aksesori MagSafe khusus untuk model ini. Sarung Silicone Case dengan MagSafe ditawarkan dalam enam warna pada harga RM239, manakala Clear Case dengan MagSafe juga dijual pada harga RM239.

Apa yang baharu pada iPhone 17e?

Secara asasnya, iPhone 17e merupakan kemas kini kepada iPhone 16e. Ia masih menggunakan paparan 6.1″ inci” jenis Super Retina XDR beresolusi 2532×1170 dengan panel OLED berkadar segar semula 60Hz. Ia juga mengekalkan takuk di bahagian atas berbanding menggunakan Dynamic Island yang lebih baru.

Namun begitu, skrinnya kini menampilkan kaca Ceramic Shield 2 yang dikatakan menawarkan ketahanan calar sehingga tiga kali lebih baik. Ia juga masih mengekalkan penarafan IP68 untuk ketahanan habuk dan air.

Dari segi saiz, dimensinya tidak berubah, tetapi beratnya sedikit meningkat kepada 170g berbanding 167g sebelum ini.

Atas papan utama, iPhone 17e kini dikuasakan cip Apple A19, cip yang sama digunakan pada model iPhone 17, tetapi dengan kekurangan satu teras GPU. Ia dilengkapi GPU 4-teras dan Neural Engine 16-teras. Hayat bateri pula masih menawarkan sehingga 26 jam tontonan video, sama seperti generasi sebelumnya.

Seperti model iPhone 17 lain, pilihan storan 128GB kini tiada lagi. Model asas bermula dengan 256GB tanpa kenaikan harga.

Selain itu, ia turut dilengkapi modem baharu C1X yang dikatakan dua kali lebih pantas berbanding cip C1 pada iPhone 16e, dan setanding dengan kelajuan iPhone Air. Sokongan sambungan termasuk 5G, LTE, WiFi 6 dan Bluetooth 5.3.

Untuk fotografi, ia masih menggunakan kamera tunggal 48MP Fusion yang menyokong 2x “zoom optikal”. Kamera hadapan pula kekal menggunakan sensor 12MP. Apple mendakwa iPhone 17e mampu menghasilkan gambar potret yang lebih baik menerusi ciri “Next Generation Portraits”, yang membolehkan pengguna menambah bokeh dan melaraskannya terus dalam aplikasi Photos.

Selain sokongan MagSafe, iPhone 17e kini menyokong pengecasan tanpa wayar Qi2 yang lebih pantas sehingga 15W, berbanding hanya 7.5W pada iPhone 16e. Port USB-C masih digunakan, dan dengan pengecas 20W, bateri boleh dicas sehingga 50% dalam masa sekitar 30 minit.

Tags: appleapple malaysiaiPhone 17e
Putra Aziz

Putra Aziz

POPULAR

Oppo Find X9 Ultra rasmi di Malaysia, guna telefoto 50MP 10x Hasselblad pertama industri

Meneroka Keunikan Warisan Kelantan Bersama Flagship Fotografi Muktamad, OPPO Find X9 Ultra!

16 June 2026
iPhone 17e: Cip A19, sokong MagSafe dan storan 256GB pada harga RM2,999

iPhone 17e: Cip A19, sokong MagSafe dan storan 256GB pada harga RM2,999

3 March 2026
Kenapa masih ada ATM yang kenakan caj RM1 selepas 1 Julai? Ini sebabnya

Kenapa masih ada ATM yang kenakan caj RM1 selepas 1 Julai? Ini sebabnya

3 July 2026
Acer Day 2026: Diskaun laptop sehingga RM2,000, kerusi gaming Nitro hanya RM99

Acer Day 2026: Diskaun laptop sehingga RM2,000, kerusi gaming Nitro hanya RM99

6 July 2026
LRT3 Laluan Shah Alam kini dibuka: Tambang & parkir percuma sehingga 31 Julai

LRT3 Laluan Shah Alam kini dibuka: Tambang & parkir percuma sehingga 31 Julai

29 June 2026
Astro perkenal Astro X3, pelan penstriman tanpa dekoder & kontrak, dari RM39.99/bulan

Astro perkenal Astro X3, pelan penstriman tanpa dekoder & kontrak, dari RM39.99/bulan

7 July 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN