• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

PUBG Mobile dan UiTM meterai MoU, buka peluang baharu dalam industri e-sukan dan digital

  • OLEH Putra Aziz
  • 5:11 pm
  • 21/04/2026
  • Komen
PUBG Mobile dan UiTM meterai MoU, buka peluang baharu dalam industri e-sukan dan digital
Share on FacebookShare on Twitter

PUBG Mobile kini mengumumkan kerjasama rasmi dengan Universiti Teknologi MARA (UiTM) menerusi pemeteraian Memorandum Persefahaman (MoU). Inisiatif ini merupakan usaha bersama untuk memupuk bakat baharu dalam industri permainan, e-sukan, dan digital di Malaysia.

Kerjasama ini melibatkan rangkaian kampus UiTM di seluruh negara, dan majlis penandatanganan turut dihadiri oleh YB Datuk Seri Dr Haji Ahmad bin Haji Maslan, Timbalan Menteri Kerja Raya.



YB Datuk Seri Dr Haji Ahmad bin Haji Maslan, Timbalan Menteri Kerja Raya.

Melalui MoU ini, pelajar UiTM akan mendapat akses kepada pelbagai peluang baharu, termasuk penempatan akademik, latihan industri, dan inisiatif penyelidikan berkaitan industri permainan dan digital. Di luar bilik kuliah, pelajar turut akan terlibat secara aktif dalam ekosistem e-sukan melalui penubuhan kelab e-sukan rasmi di kampus, penganjuran kejohanan, serta pelbagai aktiviti interaktif yang bertujuan membina kemahiran kompetitif dan kreatif.

Selain itu, kedua-dua pihak turut merancang untuk menganjurkan simposium, persidangan, dan kursus jangka pendek berkaitan berkaitan isu-isu dalam industri permainan, media digital, dan pembangunan pelajar.



Pada masa akan datang, kerjasama ini juga akan memperkenalkan kejohanan kampus PUBG MOBILE di seluruh UiTM, sekali gus membuka peluang kepada pelajar untuk bersaing secara lebih meluas, dan berpotensi melangkah ke liga e-sukan profesional. Kempen khas turut dirancang untuk menyokong pelajar yang berminat dalam bidang penghasilan kandungan digital, membantu mereka membina kehadiran dalam ekosistem permainan dan kandungan digital.

Ashley Phuah, Pengurus Produk PUBG MOBILE Malaysia, berkata kerjasama ini bertujuan merapatkan jurang antara minat pelajar dan kecemerlangan profesional dalam industri permainan. Beliau turut menyifatkan MoU ini sebagai langkah asas kepada pelbagai inisiatif jangka panjang yang akan membantu pelajar membina kemahiran, mengembangkan kreativiti dan menjadikan minat sebagai kerjaya.

Sementara itu, Prof Datuk Ts. Dr. Shahrin Sahib @ Sahibuddin, Naib Canselor UiTM, berkata kerjasama ini mencerminkan komitmen UiTM dalam menyediakan pendidikan yang holistik dan berpandangan jauh. Menurutnya, melalui kerjasama dengan PUBG MOBILE, UiTM dapat memperluaskan peluang pembelajaran melampaui laluan tradisional dan melengkapkan pelajar dengan kemahiran relevan dalam bidang e-sukan dan media digital.

Kerjasama ini menegaskan komitmen PUBG Mobile dalam memperkukuh ekosistem permainan di Malaysia, di samping menyokong pembangunan pendidikan, bakat dan komuniti di seluruh negara.

Tags: e-sukanpubgpubg mobileUiTMUniversiti Teknologi MARA (UiTM)
Putra Aziz

Putra Aziz

POPULAR

OPPO perkenal ColorOS 17: Lebih lancar, bawa keupayaan AI ke tahap baharu

OPPO perkenal ColorOS 17: Lebih lancar, bawa keupayaan AI ke tahap baharu

15 October 2026
PUBG Mobile dan UiTM meterai MoU, buka peluang baharu dalam industri e-sukan dan digital

PUBG Mobile dan UiTM meterai MoU, buka peluang baharu dalam industri e-sukan dan digital

21 April 2026
CelcomDigi dan ZK Racing Team bekerjasama lahirkan generasi baharu pelumba Malaysia

CelcomDigi dan ZK Racing Team bekerjasama lahirkan generasi baharu pelumba Malaysia

29 October 2026
iPad Mini 2026 Malaysia: Skrin OLED 8.5″, cip A20 Pro & iPad pertama kalis air

iPad Mini 2026 Malaysia: Skrin OLED 8.5″, cip A20 Pro & iPad pertama kalis air

27 October 2026
iPhone Duo kini rasmi di Malaysia, barisan di Apple Store TRX jauh lebih lengang

iPhone Duo kini rasmi di Malaysia, barisan di Apple Store TRX jauh lebih lengang

23 October 2026
RedMagic tawar tablet gaming Astra 2 versi rasmi SIRIM di Malaysia dari RM3,399

RedMagic tawar tablet gaming Astra 2 versi rasmi SIRIM di Malaysia dari RM3,399

31 October 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN