• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Oppo Find X9 Ultra rasmi di Malaysia, guna telefoto 50MP 10x Hasselblad pertama industri

  • OLEH Putra Aziz
  • 2:59 am
  • 23/04/2026
  • Komen
Oppo Find X9 Ultra rasmi di Malaysia, guna telefoto 50MP 10x Hasselblad pertama industri
Share on FacebookShare on Twitter

Oppo akhirnya melancarkan secara rasmi flagship terbaru mereka, Oppo Find X9 Ultra, di Malaysia. Model ultra terbaru ini hadir dengan empat kamera belakang berturutan Hasselblad sebagai tarikan utama, termasuk beberapa ciri yang dikatakan pertama kali diperkenalkan dalam industri.

Harga & Ketersediaan Oppo Find X9 Ultra di Malaysia

Buat masa ini, Oppo Find X9 Ultra hanya tersedia dalam satu varian sahaja:



  • 16GB + 1TB — RM6,799

Varian 12GB + 512GB pula akan diumumkan kemudian.

Tempahan awal sudah dibuka sekarang sehingga 7 Mei 2026. Untuk menempah, anda perlu bayar deposit sebanyak RM200 dan akan mendapat beberapa keistimewaan menarik termasuk naik taraf storan percuma bernilai RM1,000, pelan perlindungan skrin 1 tahun dengan harga PWP RM99 sahaja (harga asal RM399), serta pelbagai keistimewaan melalui My OPPO App termasuk baucar Hasselblad Kit bernilai RM700, perlindungan lensa percuma dan waranti lanjutan 1 tahun percuma.



Spesifikasi Oppo Find X9 Ultra

Dari segi reka bentuk, Oppo Find X9 Ultra hadir dengan rekaan yang mengingatkan kepada telefon lipat Find N6. Bingkainya diperbuat daripada aluminium manakala bahagian belakang pula dibalut dengan kulit yang memberikan rasa premium di tangan, khusus untuk varian Tundra Umber. Ia turut ditawarkan dalam warna Canyon Orange.

Untuk skrin, ia menggunakan panel LTPO AMOLED beresolusi QHD berukuran 6.8″ dengan kadar segar semula 144Hz, lebih dari cukup untuk pengalaman skrol dan gaming yang lancar. Oppo Find X9 Ultra dikuasakan cip Snapdragon 8 Elite Gen 5 terbaru Qualcomm, dipasangkan dengan RAM 16GB dan storan 1TB pada varian yang ada sekarang.

Seperti biasa, kamera tetap menjadi tarikan utama siri Find Ultra. Ia hadir dengan empat kamera belakang yang semuanya ditala oleh Hasselblad.

Kamera utamanya menggunakan sensor Sony LYTIA-901 bersaiz 1/1.12 inci dengan resolusi 200MP dan bukaan f/1.5, dilengkapi OIS untuk kestabilan imej. Untuk zum, terdapat kamera telefoto 3x beresolusi 200MP dengan sensor 1/1.26 inci, dan Oppo mendakwa saiznya hampir sembilan kali lebih besar berbanding telefoto 10MP pada Samsung Galaxy S26 Ultra. Selain itu, terdapat juga kamera telefoto 10x 50MP yang dikatakan pertama kali diperkenalkan dalam industri, serta kamera ultralebar 50MP. Untuk selfie pula, kamera hadapan 50MP disertakan.

Bagi pengguna yang mahukan zum lebih jauh, Oppo turut menyediakan aksesori Hasselblad 300mm Explorer Teleconverter lens yang boleh dipasang terus pada telefon.

Dari segi rakaman video, Oppo Find X9 Ultra menyokong 4K pada 120fps, 4K 60fps dengan Dolby Vision merentasi kesemua empat kamera belakang, malah boleh rakam pada resolusi 8K 30fps pertama kali untuk mana-mana peranti Oppo dalam format O-Log 2 baharu Oppo.

Bateri silikon karbon berkapasiti 7,025mAh dimuatkan dalam Find X9 Ultra ini. Ia menyokong pengecasan berwayar 100W melalui teknologi SuperVoocmelalui USB-C, serta pengecasan wayarles 50W AirVOOC.

Sejurus keluar kotak, Oppo Find X9 Ultra menjalankan ColorOS 16 berasaskan Android 16. Sistem operasi itu turut hadir dengan beberapa ciri baharu termasuk Live Space, fungsi yang hampir menyerupai Now Bar milik Samsung serta AI Mind Pilot, AI Bill Manager dan AI Menu Translation. Oppo turut menyatakan bahawa sokongan Quick Share untuk pemindahan fail ke peranti Apple akan hadir tidak lama lagi.

Tags: oppoOppo Find X9 UltraOPPO Malaysia
Putra Aziz

Putra Aziz

POPULAR

Beli iPhone 18 Pro mengikut gaya anda: Yes tawar lebih banyak pilihan dengan rebat & cashback

Beli iPhone 18 Pro mengikut gaya anda: Yes tawar lebih banyak pilihan dengan rebat & cashback

17 September 2026
Oppo Find X9 Ultra rasmi di Malaysia, guna telefoto 50MP 10x Hasselblad pertama industri

Oppo Find X9 Ultra rasmi di Malaysia, guna telefoto 50MP 10x Hasselblad pertama industri

23 April 2026
Jangan simpan GrabCoins anda. Tukarkannya kepada baucar dan diskaun!

Jangan simpan GrabCoins anda. Tukarkannya kepada baucar dan diskaun!

14 August 2026
Cari laptop kerja & gaming berbaloi? Ini sebab MSI Cyborg 15 Max patut jadi pilihan

Cari laptop kerja & gaming berbaloi? Ini sebab MSI Cyborg 15 Max patut jadi pilihan

2 October 2026
Sukar pilih laptop kerja yang tepat? MSI Modern 16S AI+ mungkin selesaikan dilema anda

Sukar pilih laptop kerja yang tepat? MSI Modern 16S AI+ mungkin selesaikan dilema anda

6 October 2026
Bajet 2027: Rakyat dewasa dapat SARA RM100 dua kali, penerima STR sehingga RM1,800 setahun

Bajet 2027: Rakyat dewasa dapat SARA RM100 dua kali, penerima STR sehingga RM1,800 setahun

10 October 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN