• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

YouTube Premium Lite kini di Malaysia, pelan bebas iklan berharga RM12.90/bulan

  • OLEH Putra Aziz
  • 6:04 pm
  • 04/05/2026
  • Komen
YouTube Premium Lite kini di Malaysia, pelan bebas iklan berharga RM12.90/bulan
Share on FacebookShare on Twitter

Kini ada cara lebih murah untuk menonton video di YouTube tanpa iklan. Pelan YouTube Premium Lite kini ditawarkan secara rasmi di Malaysia pada harga RM12.90 sebulan, lebih murah kira-kira 38% berbanding pelan Premium biasa.

Menurut laman sokongan Google, pelan Lite ini menawarkan pengalaman bebas iklan untuk kebanyakan kandungan bukan muzik, berserta sokongan muat turun untuk tontonan luar talian dan main video di latar belakang.



Pelan YouTube Premium di Malaysia

SeYouTube Malaysia kini menawarkan empat pelan langganan. Berikut adalah senarai penuh:

  • YouTube Premium Lite — RM12.90/bulan
  • YouTube Premium — RM20.90/bulan
  • YouTube Premium Family (sokong sehingga lima ahli tambahan) — RM41.90/bulan
  • YouTube Premium Student (memerlukan pengesahan) — RM12.90/bulan

Langganan boleh dibuat melalui pelayar web atau terus melalui aplikasi YouTube.



Apa beza Premium dan Premium Lite?

Perbezaan utama antara Premium dan Premium Lite terletak dari segi liputan kandungan bebas iklan.

Untuk harga yang lebih murah, Premium Lite hanya menawarkan pengalaman tanpa iklan untuk kebanyakan video bukan muzik. Ini termasuk video pencipta kandungan, podcast dan kandungan umum, lengkap dengan sokongan main di latar belakang dan muat turun.

Namun, ciri ini tidak terpakai untuk kandungan melibatkan muzik seperti video muzik rasmi, cover atau video tarian. Dalam kategori ini, iklan masih boleh muncul dan fungsi seperti background playback atau muat turun turut mungkin tidak tersedia. Selain itu, pelan lebih murah ini turut tidak disertakan dengan akses untuk YouTube Music.

Sebagai perbandingan, pelan YouTube Premium penuh menawarkan pengalaman tanpa iklan untuk semua jenis kandungan, termasuk video muzik. Ia juga membuka akses penuh kepada YouTube Music dengan ciri seperti main tanpa iklan, muat turun dan main muzik di latar belakang.

Ringkasnya, YouTube Premium Lite adalah pilihan yang berbaloi jika anda lebih banyak menonton kandungan bukan muzik. Namun jika anda bergantung pada YouTube untuk mendengar muzik atau mahukan pengalaman sepenuhnya bebas iklan di seluruh platform, pelan Premium penuh mungkin lebih sesuai untuk anda.

Tags: GoogleYouTubeYouTube Premiumyoutube premium lite
Putra Aziz

Putra Aziz

POPULAR

YouTube Premium Lite kini di Malaysia, pelan bebas iklan berharga RM12.90/bulan

YouTube Premium Lite kini di Malaysia, pelan bebas iklan berharga RM12.90/bulan

4 May 2026
KTM tawar tambang sehala eksklusif RM375 ke Hat Yai dengan Mysawasdee!

KTM tawar tambang sehala eksklusif RM375 ke Hat Yai dengan Mysawasdee!

28 September 2026
BeONE Mobile dilancar, telco MVNO dikuasakan Maxis dengan pelan 150GB dari RM25

BeONE Mobile dilancar, telco MVNO dikuasakan Maxis dengan pelan 150GB dari RM25

28 September 2026
Xiaomi 18 Pro & 18 Pro Max dilancar dengan paparan ‘Privacy Display’, Snapdragon 8 Elite Gen 6

Xiaomi 18 Pro & 18 Pro Max dilancar dengan paparan ‘Privacy Display’, Snapdragon 8 Elite Gen 6

24 September 2026
GSC keluarkan bekas popcorn eksklusif Nano Gauntlet Iron Man RM159!

GSC keluarkan bekas popcorn eksklusif Nano Gauntlet Iron Man RM159!

24 September 2026
Nothing Phone (3) turun harga sehingga RM500 di Malaysia, kini bermula RM2,599

Nothing Phone (3) turun harga sehingga RM500 di Malaysia, kini bermula RM2,599

28 September 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN