• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Meta perkenal Incognito Chat untuk perbualan AI lebih privasi

  • OLEH Putra Aziz
  • 3:20 pm
  • 18/05/2026
  • Komen
Meta perkenal Incognito Chat untuk perbualan AI lebih privasi
Share on FacebookShare on Twitter

Meta kini mengumumkan ciri baharu untuk kecerdasan buatan mereka, dikenali sebagai Incognito Chat with Meta AI. Ciri ini diperkenalkan untuk membolehkan pengguna berinteraksi dengan AI dalam mod yang lebih peribadi, khususnya di WhatsApp dan aplikasi Meta AI.

Menurut Meta, ciri ini dibina menggunakan teknologi yang dipanggil Private Processing, dengan fokus untuk memastikan perbualan kekal sulit. Meta turut menjelaskan bahawa mod “incognito” pada sesetengah aplikasi lain masih membenarkan penyedia melihat soalan dan jawapan yang dihantar.



Namun, untuk Incognito Chat, Meta mendakwa sistem ini direka supaya tiada sesiapa boleh mengakses perbualan tersebut, termasuk Meta sendiri.

Apabila pengguna memulakan sesi perbualan Incognito Chat, perbualan akan berlaku dalam bentuk sesi sementara yang hanya boleh diakses oleh pengguna. Semua mesej diproses dalam persekitaran yang selamat, dan secara lalai tidak akan disimpan. Selepas sesi tamat, mesej juga akan dipadam secara automatik.



Ciri ini dilihat sesuai untuk pengguna yang ingin bertanya soalan sensitif atau berkongsi maklumat peribadi seperti hal kewangan, kesihatan atau perkara berkaitan kerja tanpa perlu risau tentang privasi.

Dalam masa sama, Meta turut merancang untuk memperluaskan penggunaan teknologi Private Processing ke lebih banyak ciri AI dalam beberapa bulan akan datang. Antaranya termasuk fungsi Side Chat di WhatsApp, yang membolehkan Meta AI membantu pengguna secara peribadi berdasarkan konteks perbualan tanpa mengganggu chat utama.

Meta memaklumkan bahawa Incognito Chat with Meta AI akan dilancarkan secara berperingkat dalam beberapa bulan akan datang untuk pengguna WhatsApp dan aplikasi Meta AI.

Bagi yang ingin mengetahui lebih lanjut tentang aspek teknikal Private Processing, anda boleh layari dokumen yang disediakan oleh Meta di sini.

Tags: Incognito Chatmetameta aiwhatsapp
Putra Aziz

Putra Aziz

POPULAR

Meta perkenal Incognito Chat untuk perbualan AI lebih privasi

Meta perkenal Incognito Chat untuk perbualan AI lebih privasi

18 May 2026
Penggabungan Maxis-U Mobile: Apa kesannya kepada pengguna di Malaysia?

Penggabungan Maxis-U Mobile: Apa kesannya kepada pengguna di Malaysia?

2 November 2026
RedMagic tawar tablet gaming Astra 2 versi rasmi SIRIM di Malaysia dari RM3,399

RedMagic tawar tablet gaming Astra 2 versi rasmi SIRIM di Malaysia dari RM3,399

31 October 2026
Tuju akhirnya “baiki” isu navigasi di Android dengan cara yang sangat menarik

Tuju akhirnya “baiki” isu navigasi di Android dengan cara yang sangat menarik

3 November 2026
CelcomDigi dan ZK Racing Team bekerjasama lahirkan generasi baharu pelumba Malaysia

CelcomDigi dan ZK Racing Team bekerjasama lahirkan generasi baharu pelumba Malaysia

29 October 2026
Honor Pad X7b, tablet 4G mampu milik dengan skrin 2K & bateri 8,000mAh kini di Malaysia

Honor Pad X7b, tablet 4G mampu milik dengan skrin 2K & bateri 8,000mAh kini di Malaysia

30 October 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN