• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Setel kini sokong pembayaran bil, promo cashback 10% untuk masa terhad

  • OLEH Putra Aziz
  • 7:11 pm
  • 18/05/2026
  • Komen
Setel kini sokong pembayaran bil, promo cashback 10% untuk masa terhad
Share on FacebookShare on Twitter

Setel kini memperkenalkan ciri baharu dalam aplikasi mereka, iaitu Pembayaran Bil. Dengan ciri ini, pengguna kini boleh membayar pelbagai bil utiliti terus melalui aplikasi Setel tanpa perlu beralih kepada platform lain.

Buat masa ini, ciri ini menyokong lebih daripada 25 penyedia bil, antaranya Astro, CelcomDigi, Telekom Malaysia, Air Selangor dan Indah Water Konsortium. Setel turut memaklumkan bahawa lebih banyak penyedia akan ditambah pada masa hadapan.



Pengenalan ciri ini dilihat sebagai sebahagian daripada usaha Setel untuk berkembang melangkaui pembayaran bahan api dan perkhidmatan berkaitan mobiliti. Bermula sebagai aplikasi pengisian minyak, Setel kini turut menawarkan pelbagai perkhidmatan lain seperti parkir, pengecasan EV, pembaharuan cukai jalan, insurans dan takaful kenderaan.

“Pengenalan ciri Pembayaran Bil ini merupakan satu lagi langkah dalam evolusi kami untuk memenuhi keperluan harian pengguna yang semakin meluas, bukan hanya terhad kepada pengisian minyak. Kami memastikan setiap penambahbaikan memberi nilai sebenar kepada kehidupan seharian. Sebagai jenama tempatan, kami kekal komited membangunkan solusi yang praktikal, relevan dan dekat dengan realiti pengguna,” kata Abdullah Ayman Awaluddin, Ketua Pegawai Eksekutif Setel.



Tambah beliau, “Ke hadapan, Setel akan terus berkembang sebagai platform yang bukan sahaja berinovasi, tetapi juga memberi pengalaman bermakna kepada rakyat Malaysia dari semasa ke semasa”.

Sempena pelancaran ciri ini, Setel menawarkan pulangan tunai 10% untuk setiap transaksi pembayaran bil, dengan had maksimum RM10 sebulan. Promosi ini berlangsung selama dua bulan, dari 18 Mei hingga 18 Julai 2026.

Selain itu, pengguna Setel juga boleh mengumpul 1 mata ganjaran Mesra bagi setiap RM5 yang dibelanjakan untuk pembayaran bil.

Cara bayar bil dalam aplikasi Setel

Untuk menggunakannya, buka aplikasi Setel dan pergi ke bahagian perkhidmatan, kemudian pilih “Bills Payment”. Pilih penyedia, masukkan nombor akaun serta jumlah bayaran, kemudian sahkan dan buat pembayaran menggunakan Setel Wallet atau kad kredit/debit.

Untuk maklumat lanjut, anda boleh layari laman Pembayaran Bil Setel.

Tags: bilsetel
Putra Aziz

Putra Aziz

POPULAR

Setel kini sokong pembayaran bil, promo cashback 10% untuk masa terhad

Setel kini sokong pembayaran bil, promo cashback 10% untuk masa terhad

18 May 2026
Penggabungan Maxis-U Mobile: Apa kesannya kepada pengguna di Malaysia?

Penggabungan Maxis-U Mobile: Apa kesannya kepada pengguna di Malaysia?

2 November 2026
RedMagic tawar tablet gaming Astra 2 versi rasmi SIRIM di Malaysia dari RM3,399

RedMagic tawar tablet gaming Astra 2 versi rasmi SIRIM di Malaysia dari RM3,399

31 October 2026
Tuju akhirnya “baiki” isu navigasi di Android dengan cara yang sangat menarik

Tuju akhirnya “baiki” isu navigasi di Android dengan cara yang sangat menarik

3 November 2026
CelcomDigi dan ZK Racing Team bekerjasama lahirkan generasi baharu pelumba Malaysia

CelcomDigi dan ZK Racing Team bekerjasama lahirkan generasi baharu pelumba Malaysia

29 October 2026
Honor Pad X7b, tablet 4G mampu milik dengan skrin 2K & bateri 8,000mAh kini di Malaysia

Honor Pad X7b, tablet 4G mampu milik dengan skrin 2K & bateri 8,000mAh kini di Malaysia

30 October 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN