Jika anda sedang mencari TV baharu, PRISM+ ada sesuatu yang menarik untuk anda. Hari ini, mereka memperkenalkan barisan TV terbaharu iaitu Siri PRISM+ AI TV 2026, yang hadir dalam tiga siri berbeza, siri QE 4K UHD, Ultra QLED+, dan siri QD Mini LED.
Menurut PRISM+, brisan TV AI 2026 ini merupakan barisan paling lengkap mereka setakat ini, dengan pengalaman tontonan yang lebih pintar dan diperibadikan. Tapi, utnuk pengetahuan anda, ini bukan kali pertama mereka membawakan teknologi QD Mini LED, kerana PRISM+ sebelum ini pernah memperkenalkan siri U QD Mini-LED siri U pada tahun lalu.
Harga dan ketersediaan

Ketiga-tiga barisan TV QE 4K UHD, Ultra QLED+, dan QD Mini LED ini sudah dibuka untuk tempahan awal di Malaysia. Setiap siri ditawarkan dalam beberapa saiz berbeza, dan berikut adalah harga jualannya:
Siri QE 4K UHD
- 55″ – RM1,599
- 65″ – RM2,299
- 75″ – RM3,399
Siri Ultra QLED+
- 43″ – RM1,499
- 55″ – RM1899
- 65″ – RM2,699
- 75″ – RM2,699
- 85″ – RM5,399
Siri QD Mini LED
- 55″ – RM2,799
- 65″ – RM3,699
Yang menariknya, setiap pembelian TV baharu PRSIM+ ini turut disertakan dengan langganan penstriman percuma, termasuk langganan VIU 12 bulan (bernilai RM88), Durioo+ selama 3 bulan (RM38.70), dan iQiyi Premium VIP selama 1 bulan (RM24.90). Model tertentu turut dapat papan kekunci Logitech K400 dan pembersih skrin PRISM+ percuma.
Selain TV, PRISM+ juga memperkenalkan program baharu bernama EasyOwn, skim ansuran fleksibel untuk semua produk dalam barisan mereka, yang menjadikan pembelian lebih mudah tanpa perlu bayar penuh sekaligus.
Spesifikasi dan ciri utama

Ketiga-tiga siri ini berkongsi asas yang sama. Semuanya dilengkapi pemproses visual AI yang mampu meningkatkan kualiti gambar secara masa nyata, termasuk pengesanan objek, wajah, dan kedalaman untuk pengalaman tontonan yang lebih tajam dan semula jadi.
Ada juga ciri AI 4K Upscaling untuk menajamkan kandungan resolusi rendah, integrasi Google TV untuk carian kandungan dan kawalan suara, serta sokongan Dolby Vision dan Dolby Atmos pada semua model.

Perbezaan utama antara ketiga-tiga siri ini terletak pada jenis panel, sistem audio, dan ciri tambahan yang ditawarkan.

Siri QD Mini LED adalah yang paling premium, menggunakan teknologi Quantum Dot Mini LED yang mampu menghasilkan kecerahan lebih tinggi, warna hitam lebih dalam, dan kawalan cahaya belakang lebih tepat sesuai untuk pengalaman menonton seperti di pawagam. Dari segi audio, siri ini dilengkapi sistem 2.1 channel dengan output 100W.

Sementara itu, siri Ultra pula hadir dengan panel QLED+ yang menawarkan warna lebih tepu dan visual lebih mendalam. Kedua-dua siri QD Mini LED dan Ultra turut menyokong ciri gaming seperti kadar segar semula 120Hz melalui HDMI 2.1, Auto Low Latency Mode (ALLM), dan Variable Refresh Rate (VRR).

Bagi siri QE, ia adalah pilihan paling mampu milik dalam barisan ini. Ia menggunakan panel VA dengan kualiti 4K yang seimbang untuk kegunaan harian. Siri Ultra dan QE kedua-duanya menggunakan sistem stereo 2.0 channel dengan output 60W.






