• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Aplikasi WCE dapat kemaskini baharu, kini lagi mudah nak navigasi guna laluan WCE

  • OLEH Putra Aziz
  • 7:19 pm
  • 26/05/2026
  • Komen
Aplikasi WCE dapat kemaskini baharu, kini lagi mudah nak navigasi guna laluan WCE
Share on FacebookShare on Twitter

Jika anda pernah cuba memaksa Google Maps atau Waze untuk menggunakan laluan West Coast Expressway (WCE) berbanding laluan biasa North-South Expressway (PLUS), anda mungkin perasan ia bukanlah sesuatu yang mudah. Kebanyakan aplikasi navigasi cenderung memilih laluan PLUS secara automatik, walaupun WCE sebenarnya boleh jadi alternatif yang lebih sesuai dalam situasi tertentu.

Untuk mengatasi masalah ini, WCE kini telah mengemas kini aplikasi mudah alih mereka dengan ciri baharu yang dinamakan Route Assistant.



Melalui fungsi Route Assistant, pengguna kini boleh terus memilih laluan WCE dengan hanya satu klik. Ciri ini akan memudahkan navigasi ke destinasi melalui WCE tanpa perlu lagi “paksa” aplikasi navigasi seperti sebelum ini. Buat masa ini, Route Assistant menyokong integrasi dengan Google Maps dan Apple Maps, namun sokongan untuk Waze masih belum tersedia.

Selain Route Assistant, aplikasi WCE yang dikemas kini ini turut hadir dengan beberapa ciri tambahan yang berguna untuk pengguna lebuh raya. Antara yang diperkenalkan termasuk paparan CCTV trafik secara langsung, membolehkan pengguna menyemak keadaan trafik semasa di sepanjang laluan sebelum memulakan perjalanan.



Turut disediakan ialah fungsi Traffic Update, yang memberikan notifikasi masa nyata mengenai kemalangan, penutupan jalan sementara serta gangguan trafik lain.

Aplikasi ini juga dilengkapi beberapa ciri lain yang menjadikannya lebih lengkap, antaranya:

  • WCE Assistant berasaskan AI untuk menjawab pertanyaan berkaitan perjalanan
  • Kalkulator tol berdasarkan plaza masuk dan keluar serta jenis kenderaan
  • Navigasi ke lokasi penting seperti:
    • Stesen pengecas EV
    • Kawasan Rehat dan Rawat (R&R)
    • Plaza tol
    • Nombor kecemasan

Selain itu, pengguna juga boleh menemui pelbagai lokasi menarik sepanjang laluan WCE seperti tempat pelancongan, tapak bersejarah, hotel dan restoran. Setiap lokasi boleh dipilih dan terus dinavigasi melalui aplikasi yang disokong.

Menurut Pengarah Urusan WCE, Lyndon Alfred Felix, penambahbaikan aplikasi ini adalah sebahagian daripada usaha berterusan untuk meningkatkan pengalaman pengguna lebuh raya melalui teknologi digital.

“Kami mahu memastikan pengguna WCE bukan sahaja menikmati perjalanan yang lebih lancar dan selamat, malah turut mempunyai akses mudah kepada maklumat yang tepat pada setiap masa,” katanya.

Aplikasi WCE yang telah dikemaskini ini boleh dimuat turun melalui Google Play Store dan Apple App Store.

Setakat ini, 8 daripada 11 seksyen WCE telah dibuka kepada orang ramai, iaitu Seksyen 1, 2, 5 dan 6 di kawasan Selangor, serta Seksyen 8, 9, 10 dan 11 di kawasan Perak. Seksyen 4 sudah siap dibina tetapi belum dibuka lagi, manakala Seksyen 3 dan 7 dijangka siap menjelang akhir 2026. Untuk kemudahan rehat, 6 R&R kini sudah beroperasi, dengan baki 4 lagi dijangka siap sebelum hujung tahun ini.

Selain itu, terdapat juga 4 lokasi pengecas EV aktif di sepanjang laluan WCE di Plaza tol Taiping Selatan, Plaza Tol Trong, Plaza Tol Assam Jawa, dan Plaza Tol SAE. Dua stesen minyak baharu pula sedang dalam proses kelulusan.

Dalam masa sama, WCE juga kini menyokong pembayaran tol melalui Touch ‘n Go eWallet PayDirect di semua plaza tol.

Tags: Aplikasi WCEapple mapGoogle Maplebuhraya WCEWCE
Putra Aziz

Putra Aziz

POPULAR

Tren ECRL EMU Kota Bharu ke Stesen Terminal Bersepadu Gombak, berapa jam perjalanan?

Tren ECRL EMU Kota Bharu ke Stesen Terminal Bersepadu Gombak, berapa jam perjalanan?

14 August 2026
Aplikasi WCE dapat kemaskini baharu, kini lagi mudah nak navigasi guna laluan WCE

Aplikasi WCE dapat kemaskini baharu, kini lagi mudah nak navigasi guna laluan WCE

26 May 2026
Siri Redmi Note 17 akan tiba di Malaysia 2 September dengan bateri gergasi 10,000mAh

Siri Redmi Note 17 akan tiba di Malaysia 2 September dengan bateri gergasi 10,000mAh

18 August 2026
Vibe Mobile tampil pelan prabayar dari RM17/bulan, dikuasai rangkaian Ultra 5G U Mobile

Vibe Mobile tampil pelan prabayar dari RM17/bulan, dikuasai rangkaian Ultra 5G U Mobile

15 August 2026
Honor Robot Phone kini rasmi: Kamera gimbal bermotor, dwikamera 200MP ARRI & bateri 7,060mAh

Honor Robot Phone kini rasmi: Kamera gimbal bermotor, dwikamera 200MP ARRI & bateri 7,060mAh

14 August 2026
Oppo beri rebat promosi sehingga RM300 sempena Hari Kebangsaan

Oppo beri rebat promosi sehingga RM300 sempena Hari Kebangsaan

18 August 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN