• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Jenama Acer

Acer Predator Atlas 8 diperkenal, konsol gaming mudah alih dengan Intel Arc & bateri 80Wh

  • OLEH Putra Aziz
  • 12:07 pm
  • 01/06/2026
  • Komen
Acer Predator Atlas 8 diperkenal, konsol gaming mudah alih dengan Intel Arc & bateri 80Wh
Share on FacebookShare on Twitter

Selain mengumumkan barisan laptop gaming baharu sempena Computex 2026, Acer turut memperkenalkan sebuah konsol gaming mudah alih baharu di bawah jenama Predator, dikenali sebagai Predator Atlas 8. Ia menjadi konsol gaming mudah alih kedua daripada Acer, selepas Nitro Blaze 7 yang diperkenal dua tahun lalu, dan sama sekali berbeza dengan Nitro Blaze Link yang menggunakan format menstrim permainan dari PC.

Berbeza dengan Nitro Blaze 7, model ini hadir dengan cip Intel Arc siri G baharu yang lebih berkuasa.



Predator Atlas 8 dikuasakan Intel Arc siri G

Predator Atlas 8 merupakan antara peranti pertama yang menggunakan platform Intel Arc siri G baharu untuk segmen konsol gaming mudah alih.

Ia tersedia dengan pilihan pemproses Intel Arc G3 Extreme atau Intel Arc G3, dipadankan dengan GPU sehingga Intel Arc B390 atau Intel Arc B370. Kedua-dua GPU menyokong ray tracing untuk visual lebih realistik, ditambah teknologi Intel XeSS 3 yang menggunakan AI untuk upscaling membantu kekalkan kadar bingkai yang lebih stabil walaupun semasa sesi gaming yang berat.



RAM yang disertakan adalah sehingga 24GB LPDDR5x, dengan storan sehingga 1TB PCIe Gen 4 NVMe SSD yang boleh dikembangkan lagi melalui slot mikroSD.

Predator Atlas 8 hadir dengan skrin 8″ WUXGA (1920×1200) jenis IPS dengan nisbah 16:10, kadar segar semula 120Hz, kecerahan puncak 500 nits, dan sokongan VRR untuk visual yang lebih lancar semasa bermain bersama cakupan warna 100% sRGB. Skrin ini turut menyokong sentuhan 10 titik multi-touch dan dilindungi kaca Corning Gorilla Glass Victus dengan DXC.

Dari segi bateri, Predator Atlas 8 hadir dengan pilihan bateri 80Wh atau 60Whr. Bagi memastikan prestasi dan suhu kekal stabil, konsol ini menampilkan sistem penyejukan dwi-kipas, dengan gabungan kipas logam AeroBlade yang menampilkan 89 bilah setebal 0.1mm dikatakan mampu meningkatkan aliran udara sehingga 10%.

Dari segi kawalan, Predator Atlas 8 hadir dengan susun atur kawalan lengkap seperti yang anda jangka pada sebuah konsol gaming mudah alih.Ia dilengkapi butang ABXY, D-pad, joystick kiri dan kanan bersaiz penuh, bumper, butang trigger, serta butang khas untuk Xbox Game Bar dan PredatorSense. Selain tu, ada juga butang makro di kiri dan kanan, butang PredatorSense, serta sensor cap jari yang diintegrasikan pada butang kuasa.

Sistem audio pula terdiri daripada dua pembesar suara 2W dengan sokongan DTS Ultra dan Hi-Res Audio. Untuk komunikasi suara, terdapat dua mikrofon terbina dengan teknologi Acer PurifiedVoice yang menggunakan AI bagi mengurangkan bunyi latar belakang. Dari segi sambungan, ia menawarkan dua port Thunderbolt 4, pembaca kad mikroSD UHS-II, jek audio 3.5mm, WiFi 7 Intel Killer dan Bluetooth 5.4.

Seperti kebanyakan konsol gaming PC sekarang, Predator Atlas 8 menjalankan Windows 11 Home dan menyokong Xbox Mode untuk akses yang lebih pantas kepada permainan. PredatorSense yang sebelum ini hanya ada pada laptop Predator kini hadir untuk pertama kali pada peranti handheld, membolehkan pengguna pantau sistem secara langsung, aktifkan mod prestasi, tetapkan pencahayaan RGB, dan akses tetapan

Ketersediaan Predator Atlas

Acer memaklumkan bahawa Predator Atlas 8 akan mula ditawarkan di pasaran Amerika Utara, EMEA dan Australia bermula Oktober 2026.

Bagaimanapun, harga rasmi serta maklumat ketersediaan untuk pasaran Malaysia masih belum diumumkan.

Tags: AcerAcer Malaysiaacer predatorPredator Gaming Atlas
Putra Aziz

Putra Aziz

POPULAR

Acer Predator Atlas 8 diperkenal, konsol gaming mudah alih dengan Intel Arc & bateri 80Wh

Acer Predator Atlas 8 diperkenal, konsol gaming mudah alih dengan Intel Arc & bateri 80Wh

1 June 2026
Poco C81 Pro, telefon bajet skrin besar 6.9″ 120Hz, bateri 6,000mAh, dari RM389

Poco C81 Pro, telefon bajet skrin besar 6.9″ 120Hz, bateri 6,000mAh, dari RM389

25 May 2026
Caj tol Genting Highlands akan bermula 28 Mei, ini kadar anda perlu bayar

Caj tol Genting Highlands akan bermula 28 Mei, ini kadar anda perlu bayar

26 May 2026
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024
TIPS: 5 Cara semak kiblat dengan tepat jika anda tidak jumpa arah kiblat

TIPS: 5 Cara semak kiblat dengan tepat jika anda tidak jumpa arah kiblat

6 April 2023
Siri Xiaomi 17T akan dilancar 28 Mei, hadir dengan zum optikal 5x

Siri Xiaomi 17T akan dilancar 28 Mei, hadir dengan zum optikal 5x

25 May 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN