• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Feature

Mentor Kewangan ‘AI Neko Sensei’ Boleh Bantu Anda Selesaikan Teka-Teki Kewangan

  • OLEH Penaja
  • 1:01 pm
  • 16/06/2026
  • Komen
Mentor Kewangan ‘AI Neko Sensei’ Boleh Bantu Anda Selesaikan Teka-Teki Kewangan
Share on FacebookShare on Twitter

Artikel ini dibawakan oleh AEON Bank

Setiap bulan, tak dinafikan, detik-detik menjelang hari gaji memang jadi saat yang paling dinanti ramai orang. Masa itu juga anda akan semak akaun bank dan mula berangan dengan apa yang nak dibeli. Namun, selepas beberapa hari, anda mula tertanya-tanya ke mana hilangnya semua gaji bulan tersebut. Lebih mengelirukan, anda tidak pulak ada perbelanjaan besar pada bulan itu. Jadi bagaimana pendapatan hasil titik peluh sendiri boleh habis begitu cepat?



Walaupun rata-rata semua aplikasi perbankan dan eWallet mampu memaparkan sejarah transaksi secara masa nyata, deretan rekod pembayaran itu tidak semestinya memberi gambaran jelas tentang kedudukan kewangan anda.

Ramai pengguna lebih memberi tumpuan kepada perbelanjaan besar seperti pembelian gajet, bercuti atau ansuran pinjaman. Namun realitinya, perbelanjaan harian yang kecil sering terkumpul tanpa disedari dan lama-kelamaan boleh memberi kesan kepada kewangan anda.



Kopi latte, pesanan penghantaran makanan, langganan yang terlupa dibatalkan atau pembelian impulsif mungkin nampak kecil, tetapi semua transaksi ini boleh terkumpul lebih cepat daripada yang anda sangkakan. Apabila ditambah pula dengan bayaran ansuran bulanan dan bil-bil lain, mulalah timbul persoalan besar seperti “Adoi!! Mana perginya duit saya?”

Di sinilah AI Neko Sensei yang dibawakan oleh AEON Bank mampu membantu anda. Matlamat utama AI Neko Sensei adalah untuk memudahkan pengurusan bajet dengan membantu pengguna membuat keputusan kewangan yang lebih bijak dan bermaklumat.

Anggaplah ia sebagai mentor kewangan yang membantu anda lebih celik Ringgit dalam mengurus wang dengan lebih bijak mengawal kewangan secara proaktif. Fungsi utama Neko Sensei boleh ibaratkan sebagai “Budget Bestie” atau mentor kewangan yang dikuasakan oleh  AI. Ia mampu menterjemahkan data kewangan yang kompleks kepada maklumat yang lebih mudah difahami, di samping membantu anda mengenal pasti “kebocoran wang” yang mungkin tidak disedari, memberi nasihat praktikal untuk meningkatkan simpanan, serta memberi pemahaman yang lebih jelas tentang tabiat perbelanjaan anda. Ianya praktikal dan lengkap dengan tip mudah untuk mengurus kewangan dengan lebih baik, malah juga mampu mencadangkan pelan bagaimana nak gandakan wang.

Neko Sensei (ねこ先生) boleh terus diakses menerusi aplikasi AEON Bank.  Fungsi dinamik tersebut dikuasakan oleh  AI dan direka untuk membantu anda memahami kecenderungan  perbelanjaan dan rentak kewangan mereka dengan lebih baik. Ia bukan setakat  memaparkan rekod transaksi, malah Neko Sensei mampu menganalisis perbelanjaan anda dan menerangkannya dalam konteks yang lebih mudah difahami.

Salah satu ciri utamanya ialah Spending Recap (Imbasan Perbelanjaan), yang memaparkan ringkasan perbelanjaan mingguan dan bulanan untuk memberikan gambaran yang lebih jelas tentang aktiviti kewangan dan rentak perbelanjaan anda. Daripada menyemak transaksi satu persatu secara manual, dengan bantuan Neko Sensei, anda boleh mendapatkan cerapan perbelanjaan yang mudah difahami serta cadangan praktikal yang boleh membantu memperbaiki tabiat kewangan anda.

Neko Sensei juga boleh mengenal pasti trend perbelanjaan yang mungkin tidak disedari, antaranya  termasuk pesanan penghantaran makanan yang terlalu kerap pada kos yang mahal, langganan bulanan yang dibayar tetapi mungkin kurang digunakan atau pembelian impulsif yang sedikit demi sedikit bertambah dari semasa ke semasa.

Selain itu, anda juga boleh memanfaatkan keupayaan utama AI Neko Sensei seperti berikut:

  • Perbualan Santai Dengan AI Neko Sensei : Dikuasakan oleh teknologi pemprosesan bahasa semula jadi (natural language processing), anda hanya perlu membuka aplikasi AEON Bank dan terus berbual santai dengan Neko Sensei , seolah-olah berborak  dengan seorang perancang kewangan.
  • Gandakan Simpanan Dengan Mudah : Neko Sensei boleh merumuskan data berdasarkan maklumat yang relevan, lantas memberikan panduan dan tip kewangan mengikut keperluan anda, demi mengoptimumkan Savings Pots anda dalam aplikasi AEON Bank, justeru membolehkan anda menikmati pulangan sehingga 3.00% setahun.
  • Keupayaan Dwibahasa yang Inklusif: Aplikasi AEON Bank dan fungsian seperti Neko Sensei direka dengan antara muka pelanggan (user interface) yang intuitif dan mesra pengguna. Malah ia menawarkan sokongan Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris bagi memenuhi keperluan pengguna majmuk pelbagai kaum di Malaysia.
  • Gabungan Budaya dan Teknologi : Neko ialah maskot ikonik AEON Bank. Nama “Neko Sensei” diambil daripada perkataan Jepun “Neko” yang bermaksud kucing dan “Sensei” yang bermaksud pakar yang dihormati, guru atau mentor. Berlandaskan konsep tersebut, AEON Bank menggabungkan pengurusan kewangan yang praktikal dengan UI/UX (antara muka/pengalaman pengguna) yang mesra dan mudah difahami. “Neko Sensei” bukan sekadar paparan dashboard digital biasa, tetapi ianya merupakan fungsian yang direkakhas untuk bertindak sebagai mentor kewangan yang mampu membimbing anda untuk mengurus kewangan dengan lebih bijak dan proaktif.

Selain membantu menganalisis perbelanjaan, Neko Sensei turut dilengkapi dengan ciri Smart Budget (Bajet Bijak), di mana Neko Sensei akan menyediakan pelan bajet secara automatik mengikut matlamat dan keperluan kewangan pengguna. Ia juga boleh membantu pengguna memahami cara mengurus bajet dengan lebih baik serta membina tabiat perbelanjaan yang lebih bijak pada masa hadapan.

Anda  juga boleh melihat pecahan perbelanjaan bulanan mengikut kategori seperti makanan, membeli-belah, hiburan dan pengangkutan. Dengan gambaran yang lebih jelas tentang tabiat perbelanjaan, Neko Sensei membantu pengguna mengenal pasti perbelanjaan yang tidak perlu dan mencari peluang untuk berjimat dengan lebih baik.

Bagi mereka yang memerlukan bantuan kewangan segera, AEON Bank turut menyediakan Neko Sensei Chat 24/7 dalam aplikasi. Pengguna boleh bertanya soalan seperti “Kalau saya beli telefon pintar baharu pada bulan  ini, apa kesan pada kewangan saya?” atau “Katakan saya nak beli kereta idaman dalam masa 2 tahun lagi, tolong bagi pelan praktikal untuk saya kumpul duit?” atau selamba tanya Neko Sensei,  “Saya dah serik asyik tak ada duit. Bagaimana saya boleh gandakan  simpanan?”, lantas menerima panduan kewangan pada bila-bila masa.

Secara keseluruhannya, Neko Sensei  direka untuk membantu anda memahami corak perbelanjaan mereka dengan lebih jelas supaya mereka dapat membuat keputusan kewangan yang lebih bijak untuk jangka panjang.

Bukan itu sahaja, sempena sambutan ulang tahun kedua AEON Bank, pelanggan baharu boleh nikmati bonus aluan selamat datang, termasuk Takaful freemium. Pelanggan sedia ada pula boleh dapat ganjaran ekstra dan pelbagai manfaat, termasuk ganjaran tunai RM2 sepanjang kempen ulang tahun ‘2gether Lagi Better’. Hanya perlu akses aplikasi AEON Bank, kemudian klik pada ikon Neko Sensei dan butang ‘2gether Lagi Better’ untuk tebus ganjaran menarik.

Bagi produk berasaskan deposit yang layak di bawah AEON Bank dan AEON Bank Biz, antaranya Akaun Simpanan-i, Savings Pot, Deposit Bertempoh-i, Akaun Semasa Perniagaan-i dan Biz Term Deposit-i, deposit tersebut dilindungi sehingga RM250,000 bagi setiap pendeposit. AEON Bank ialah ahli Perbadanan Insurans Deposit Malaysia (PIDM) dan perlindungan deposit tersebut adalah automatik dan percuma. Untuk maklumat lanjut, klik SINI.

AI Neko Sensei boleh diakses dengan mudah menerusi aplikasi AEON Bank, di samping pelbagai fungsian dan ciri-ciri dinamik yang membuatkan aktiviti perbankan mudah dan santai. Untuk maklumat lanjut, layari laman web AEON Bank dan klik pada pautan tersebut untuk mengenali AI Neko Sensei dengan lebih dekat. Atau lebih mudah, imbas kod QR yang disediakan untuk memuat turun aplikasi AEON Bank dan beranikan diri untuk  berbual celik Ringgit dengan  AI Neko Sensei.

Tags: aeon bankBank DigitalNeko Sensei
Penaja

Penaja

POPULAR

Mentor Kewangan ‘AI Neko Sensei’ Boleh Bantu Anda Selesaikan Teka-Teki Kewangan

Mentor Kewangan ‘AI Neko Sensei’ Boleh Bantu Anda Selesaikan Teka-Teki Kewangan

16 June 2026
KLIMS 2026 bakal kembali Jun ini, lebih daripada sekadar pameran kereta

KLIMS 2026 bakal kembali Jun ini, lebih daripada sekadar pameran kereta

10 June 2026
ASUS ExpertBook Ultra dilancar di Malaysia, laptop ringan 0.99kg, skrin Tandem OLED 3K & Intel Core Ultra X7

ASUS ExpertBook Ultra dilancar di Malaysia, laptop ringan 0.99kg, skrin Tandem OLED 3K & Intel Core Ultra X7

12 June 2026
Vivo Y31s 5G Malaysia: Bateri BlueVolt 6,500mAh & kalis air IP69+ pada harga RM1,199

Vivo Y31s 5G Malaysia: Bateri BlueVolt 6,500mAh & kalis air IP69+ pada harga RM1,199

11 June 2026
Hantar WhatsApp tanpa save nombor? Ini caranya

Cara hantar mesej WhatsApp tanpa perlu simpan nombor telefon

27 May 2024
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN