• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Hotlink perkenal pelan Postpaid 50 baharu dengan 500GB data pada harga RM50/bulan

  • OLEH Putra Aziz
  • 7:18 pm
  • 18/06/2026
  • Komen
Hotlink perkenal pelan Postpaid 50 baharu dengan 500GB data pada harga RM50/bulan
Share on FacebookShare on Twitter

Hotlink kini memperkenalkan pelan pascabayar baharu yang menawarkan lebih banyak data pada harga yang lebih berpatutan.

Menggantikan pelan Hotlink Postpaid 45 dan Hotlink Postpaid 60 sebelum ini, Hotlink kini menawarkan Hotlink Postpaid 50, lengkap dengan kuota data 5G/4G sebanyak 500GB setiap bulan.



Menariknya, pelanggan yang mendaftar secara dalam talian boleh menikmati yuran langganan yang lebih rendah menerusi promosi rebat selama 12 bulan.

Hotlink Postpaid 50: 500GB data pada harga RM50 sebulan

Pelan Hotlink Postpaid 50 ditawarkan pada harga RM50 sebulan dan hadir dengan:



  • 500GB data 5G/4G
  • Kelajuan tanpa had
  • Panggilan tanpa had
  • SMS tanpa had
  • Sokongan hotspot

Bagi pelanggan yang mendaftar secara dalam talian, Hotlink menawarkan rebat RM10 sebulan selama 12 bulan pertama. Ini bermakna pelanggan boleh menikmati penjimatan sebanyak RM120 sepanjang tahun pertama.

Hotlink Postpaid 75 kini dengan 600GB data

Bagi pengguna yang memerlukan lebih banyak data atau ingin mendapatkan telefon baharu melalui kontrak telco, Hotlink turut menawarkan pelan Hotlink Postpaid 75.

Pelan ini berharga RM75 sebulan dan kini telah dinaik taraf dengan:

  • 600GB data 5G/4G
  • Kelajuan tanpa had
  • Panggilan tanpa had
  • SMS tanpa had

Selain itu, pelanggan Postpaid 75 turut boleh menikmati ciri Roam Like Home, atau perayauan percuma di Singapura, Thailand dan Indonesia menggunakan kuota data domestik mereka tanpa perlu membeli pas data tambahan.

Sama seperti Postpaid 50, pelanggan yang mendaftar secara dalam talian turut layak menerima rebat RM10 sebulan selama 12 bulan pertama.

Ini menjadikan yuran langganan untuk tahun pertama hanya RM65 sebulan, tidak termasuk cukai.

Bagi pelanggan Hotlink Postpaid 75 sedia ada, Hotlink turut mengumumkan peningkatan kuota data bulanan daripada 400GB kepada 600GB. Naik taraf ini telah berkuat kuasa bermula 11 Jun 2026 tanpa sebarang caj tambahan.

Untuk maklumat lanjut mengenai pelan-pelan baharu ini, pengguna boleh melayari laman rasmi Hotlink Postpaid.

Tags: hotlinkHotlink Postpaid 50maxispascabayar
Putra Aziz

Putra Aziz

POPULAR

Hotlink perkenal pelan Postpaid 50 baharu dengan 500GB data pada harga RM50/bulan

Hotlink perkenal pelan Postpaid 50 baharu dengan 500GB data pada harga RM50/bulan

18 June 2026
KTM tawar tambang sehala eksklusif RM375 ke Hat Yai dengan Mysawasdee!

KTM tawar tambang sehala eksklusif RM375 ke Hat Yai dengan Mysawasdee!

28 September 2026
BeONE Mobile dilancar, telco MVNO dikuasakan Maxis dengan pelan 150GB dari RM25

BeONE Mobile dilancar, telco MVNO dikuasakan Maxis dengan pelan 150GB dari RM25

28 September 2026
Xiaomi 18 Pro & 18 Pro Max dilancar dengan paparan ‘Privacy Display’, Snapdragon 8 Elite Gen 6

Xiaomi 18 Pro & 18 Pro Max dilancar dengan paparan ‘Privacy Display’, Snapdragon 8 Elite Gen 6

24 September 2026
GSC keluarkan bekas popcorn eksklusif Nano Gauntlet Iron Man RM159!

GSC keluarkan bekas popcorn eksklusif Nano Gauntlet Iron Man RM159!

24 September 2026
Beli iPhone 18 Pro mengikut gaya anda: Yes tawar lebih banyak pilihan dengan rebat & cashback

Beli iPhone 18 Pro mengikut gaya anda: Yes tawar lebih banyak pilihan dengan rebat & cashback

17 September 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN